MANUSIA
Allah yang mencipakan kalian dalam keadaan lemah, kemudian dijadikan kuat, kemudian dijadikan - Nya lemah (kembali) dan beruban. Dicipta – Nya apa yang dikehendaki - Nya dan Dia (Allah) mengetahui dan berkuasa. – Ar Rum: 54
HADIS
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Saya takut berlaku atas (individu dari) umat saya, ialah: Perut Buncit, penidur dan pemalas.
Perawi: Ad Darqutni
PETUA
BATANG BURUK
Jika anda dalam keadaan muda – belia - , gunakanlah kesempatan itu untuk beribadat kepada Allah, berkhidmat kepada kedua ibu bapa, rumah tangga, masyarakat dan orang ramai, kerana jika anda telah tua, hidup anda sama dengan batang buruk hanyut dalam sungai, hendak dijdikan rakit tidak boleh, dijadikan titi juga tidak boleh, Buaya pun lari melihatnya.
TAHUKAH?
HADIAH
Islam tidak memandang salah seseorang saudagar menghadiahkan wang atau harta bendanya kepada seseorang ketua negara atau negeri untuk melakukan amal ibadat, seperti korbankan haiwan pada hari raya korban dan menunaikan haji di Makah, asalkan hadiah itu tidak ada maksud ’ada udang di sebalik batu’ atau ’kalau tidak ada berada masakan tempua bersarang rendah’. Tetapi undang – undang penyecagahan rasuah tidak sama dengan Islam, pemberian atau hadian secara ikhlas pun dikira rasuah juga – salah. Begitulah Allah memandang manusia dan manusia tidak nampak Allah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.