Mokhtar Petah
Pada hari itu, tahun 1966, di Kelab Sa’adatul Islam,Kuala Kangsar. Dr.Bruhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Haji Fadzil Khalid, Mansor Tobing, saya dan beberapa orang lagi sedang rehat di dewan tamu kelab tersebut.
Dr. Burhanuddin Helami memulakan percakapannya: Kita orang Melayu ada satu tulang belakang yang kukuh, iaitu agama Islam. Selagi orang Melayu berpegang kukuh kepada agama Islam dan tidak menolak segala amalan dalam kehidupan mengikut Islam seperti yang di jelaskan Allah dalam Quran, selagi itu orang Melayu kukuh dan padu.
Beliau telah membaca tiga ayat Quran yang maksudnya:
Hai orang – orang yang beriman, bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar – benar taqwa, dan jangan sekali – kali kalian mati melainkan dalam keadaan Islam.
Dan berpegang teguhlah kalian pada tali Allah (agama Islam), dan jangan kalian berpecah belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kalian pada ketika kalian bermusuh – musuhan (pada jahiliah kuno), zaman lalu Allah menyatukan di antara hati kalian (sehingga kalia bersatu poadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kalian dengan nikmat Allah itu orang – orang Islam yang bersaudara. Dan dahulunya kalian beraeda di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kalian pada zaman jahilian kuno), lalu Allah menyelamatkan kalian dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikian Allah menjelaskan kepada kalian ayat – ayat keterang – Nya, agar kalian mendapat hidayah.
Dan hendaklah ada di antara kalian satu golongan (organisasi) yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembang dan menegakkan peribadastan dan perundangan Islam), dan menuruh melakukan segala perkara yang baik serta melarang melakukan segala perkara yang salkah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang – orang yang berjaya.
Dan janganlah kalian menjadui seperti orang - orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai beai dan betrselisihan (dalam agama mereka) setelah datang kepada mereka ketgerangan – keterangan yang jelas (yang dibawa oleh para rasul Allah). Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. – Ali Imran: 103 – 105.
Menurunya, bahawa orang Melayu tidak akan mencapai perpaduan, selagi ada segolongan orang Melayu yang mendewa- dewakan perundangan yang dibawa oleh golongan Krisitian, iaitu perundangan ciptaan yang tidak beragama Islam.
Perundangan ciptaan manusia laksana racun yang membunuh manusia secara berasur – ansur. Manusia akan hanya berada dalam kekhayalan dan melupakan perundangan ciptaan Allah, lalu mereka bermusuhan sesama sendiri, menurutnya lagi.
Orang Melayu, genarasi Melayu mestilah berjuang menegakkan negara Islam, walaupun dalam perjuangan aitu ada yang dibunuh atau dipenjara. Mesti berani dan kuatkan iman kepada Allah.
Kata – kata, ”Melayu tak hilang didunia” hanya karut dan khayal. Melayu akan hilang dari dunia ini jika mereka tidak bertegak dengan Islam dan jadikan Islam sistem dalam kehidupan.
Allah telah menerangkan dalam Quran, banyak kaum yang kuat di dunia ini, kerana mereka tidak berpegang kepada agama Allah, Allah binasakan mereka. Mereka hilang dari dunia ini.
Ahmad Boestamam berkata, ”Sosilisme mengikut iklim,iaitu amalan sosialisme yang tidak menolak Allah tetapi memparaktikan segala kerukunan hidup dan sosial mengiku Karl Marx, boleh bekerjasama dengan umat Islam,.”
”Kita kena hati – hati, kerana Karl Marx tidak percaya wujudnya Allah, maka apa yang kita lakukan – untuk kehidupan dunia ini mengikut mereka yang menafikan wujud Allah, kita tidak akan mendapat keredaan Allah,” kata Dr. Burnauddin.
Saya berkata, sekarang golongam mempertahankan perundangan ciptaan manusia tetap tidak mahu menerima perundangan yang ditunjukkan oleh Allah, bagaimana kalau Doktor dan rakan – rakan Doktor sendiri masuk dalam harakah mereka dan membetulkan mereka dari dalam?
Dr. Burhanuddin Helmi menjelaskan, tidak boleh. Misalnya besi, sewaja mana besi kalau dimasukkan dalam satu – satu komponen jentera, ia tetap sama dengan besi yang lain.
”Kila melihat ulat tahi yang banyak dalam lubang di bumi, kita mahu membersihkannya, kita tidak boleh masuk kedalam lubang itu, kita akan jadi macam ulat itu,”katasnya.
Mengenangkan percakapan kami itu, pada petang semalam, saya berdiri di tepi tasik Putrajaya dan merenung ke sekitar bangunan kerajaan, hati saya berkata, ”Saya bangunan – bangunan yang tersegam indah tidak menjadi simbul perpaduan orang Melayu, kerana sebilangan orang Melayu menolak perlembagaan berdasarkan Quran – Islam.”
Unggas – ungas di sekitar tasik berbunyi seperti bermadah: Biar, biarkan, biarkan si Luncai terjun dengn lanbu – labunya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.