Friday, November 13, 2009

CATATAN SEJARAH NUSANTARA


MAKAM HANG TUAH

Oleh: Mokhtr Petah

Menziarah makam Hang Tuah, yang terletak di Kampung Balik Bukit, berjiran dengan kampung Kelenkong dan Kampung Lereh, Tanjung Keling, Melaka, menjadikan saya terkenang kepada zaman silam; Raja Melaka, Sultan Mahmud yang dikatakan bertindak tanpa fikiran dan melangkah tanpa hitungan.
Hang Tuah dihukum kerana asutan, tohmahan atau fitnah orang luar yang hendak menguasai Melaka. Hang Jebat; kesetiaannya kepada Sultan Mahmud ada batasannya. Raja adil Raja di sembah. Raja zalim, Raja di sanggah. Hang Jebat pelopor demokrasi pertama di bumi Semenanjung Melayu.




Pintu masuk ke Makam

Walaupun ramai yang mengatakan Hang Tuah tidak meninggal di Melaka. Dia meninggal di Patani, Selatan Thailand. Makamnya ada di Kampung Kota. Tetapi orang ramai dan ahli sejarah yakin Hang Tuah disemadikan di Kampung Balik Bukit, Tanjung Keling, Melaka.
'Melaka telah mencapai puncak kegemilangannya pada zaman ini (zaman Sultan
Mansur) dengan adanya sultan yang kaya raya, adil, pemurah dan pencinta
agama dan ilmu pengetahuan. Pegawai - pegawai Baginda terdiri daripada
tokoh - tokoh yang cemerlang dalam bidang masing - masing: Bendahara: Tun
Perak, Penghulu Bendahara: Tun Ali, Hulubalang Besar: Tun Hamzah,
Laksamana Hang Tuah dan ramai lagi.
Semasa pemerintahan Sultan Alauddin, raja Pahang mencuba menyerang
Melaka tetapi dapat dipatahkan oleh kebijaksanaan Bendahara Tun Perak
yang menghantar Laksamana Hang Tuah menyelesaikan pertelingkahan
sebelum perang berlaku.Begitu juga raja Siak mencuba menguji sejauh mana
Siak dapat bebas daripada kuasa Melaka. Sekali lagi Laksamana Hang Tuah
diutus ke sana untuk membetulkan kedudukan dengan kata - kata yang
pedas: Tiada berbudi tuan hamba orang hutan, maka tiada hamba tahu adat
bahasa! Benar membunuh orang tiada memberitahu ke Melaka? Hendak
merajalela tuan hamba di Siak ini?
... setelah berlaku tragedi besar itu, segala orang yang terlibat pula dihukum
bunuh, kecuali Laksamana dikasi dan dirampas kerana raja Melaka sudah
bersumpah tidak akan membunuh keluarga Laksamana (atas jasa - jasa
Laksamana Hang Tuah dan Laksamana Khawaja Hassan dahulu).
(Dari buku Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) 1991. Hlm: 107, 108 dan 109).


Haji Khalid bin Muhammad

Makam Hang Tuah dan semua makam di sekitarnya dijaga rapi oleh seorang penjaga, Haji Khalid bin Muhammad, 65 tahun. Dia mendapat kontrak menjaga makam itu dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan bayaran RM700.00 sebulan.
"Saya ada tanah dan rumah dekat sini. Saya telah beri pakai (wakaf) 1 ekar tanah saya kepada makam ini," katanya.
"Tak tahu saya, pehak Jabatan Kebudayaan kata tak ada duit ..., dulu ada paip air untuk orang - orang yang ziarah gunakan, tapi dah kena potong ...," katanya lagi.
" ... pada hari - hari minggu dan kelepasan, ramai orang menziarah makan Hang Tuah ni, ada yang datang ziarah sahaja, ada yang datang untuk kaji selidik," tambahnya.


* Kawasan pusara * Makam Hang Tuah




* Simbul Hang Tuah * Catatan Sejarah

Benarkah Hang Tuah dan rakan - rakannya wujud?
Nama mereka digunakan pada jalan - jalan dalam Bandar Kuala Lumpur, itu sekitar Pasar Seni dan Jalan Petaling.
Siapa pengarang buku Hang Tuah?
Banyak penmdapat, bahawa pahlawan - pahlawan Melayu Melaka itu wujud. Tetapi mereka bukanlah bernama Hang Tuah, Hang Jabat dan begitu juga rakan - rakan mereka.
Pengarang buku itu seorang yang alim akan ilmu pengetahuan Islam. Dia tidak berani menerakan namanya, kerana dia berada dalam zaman 'beraja di mana bersultan di hati' atau 'pancuk tak bertanya'. Begitu juga dalam keadaan Melayu telah diceroboh secara hormat dan tidak hormat oleh musuh - musuh dari luar. Maka nama para pelaku (pahlawan) dalam buku itu digunakan nama samaran, iaitu Hang Tuan, Hang Jebat dan rakan - rakan mereka.
Pengarang buku itu merakamkan ideanya menentang kezaliman raja Melaka. Caranya, dia mengemukakan pelaku Hang Jebat yang berfalsafahkan, 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Hang Jebat adalah simbul keadilan mengikut ajaran Islam dan demokrasi terpimpin, iaitu mengikut Quran.
Manakala Hang Tuah sebagai pelaku utama; taat membut tuli kepada raja Melaka. Dia berekandaan hamba pada zaman Kerajaan Rom tua yang taat kepada raja secara membuta tuli, kerana Kerajaan Rom tua memandang dan yakin raja sebagai Tuhan yang kedua atau wakil Tuhan yang mutlak.
Apa sahaja dilakukan raja, semuanya betul, adanya.Cara demikian tidak berlandaskan ajaran Islam.
Pada ketika saya berdiri di tepi makam Hang Tuah yang panjang kira - kira 22 kaki dan lebar 7 kaki, saya terfikir: Pada hari ini ada manusia Melayu macam Hang Tuan dan ada hari ini juga ada manusia Melayu macam Hang Jebat.
Jika roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Jika sungai bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan.
(Dr. Burhanuddin Helmi)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.