Saturday, October 10, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN

Hai orang-orang yang beriman, jangan kalian membunuh binatang liar ketika kalian sedang ihram (mengerjakan ibadat haji). Barang siapa di antara kalian membunuhnya dengan sengaja, maka balasannya menggantikannya dengan haiwan ternakan serupa dengan yang dibunuhnya, menurut keputusan dua orang yang adil di antara kalian, sebagai pengorbanan yang diberi kepada kaabah, atau sebagai denda memberi makan kepada orang-orang miskin atau diganti dengan mengerjakan puasa.

Allah telah mendirikan Kaabah rumah suci untuk kepentingan (peribadatan) manusia.

Adapun Kaabah itu mulai dibina oleh Nabi Adam a.s., tetapi Kaabah tersebut telah roboh dalam kejadian banjir dan taufan zaman Nabi Nuh a.s.

Nabi Ibrahim khalilul Lah dan puteranya, Nabi Ismail a.s. telah membina semula Kaabah di tempat Kaabah yang asal, iaitu terletak di lembah Mekah. Kaabah adalah menjadi 'The worship of God'.

Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. melakukan revolusi Islam dan mengislamisasikan orang-orang Arab di Mekkah, Kaabah dikuasai oleh orang-orang kafir Arab. Mereka mendirikan patung-patung di sekitarnya dan Kaabah berada dalam kawasan kekufuran.

Nabi Muhammad s.a.w. dan pemerintah revolusi Islam telah menguasai Kaabah setelah orang-orang kafir kalah dan tunduk kepada pemerintahan Islam.

Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w. telah membersihkan kekotoran dan berhala-berhala di sekitar Kaabah itu dan meletakkan Hajar Aswad (batu hitam) di salah satu sudut di luar dinding Kaabah.

Menurut buku 'Sejarah Dan Perjuangan Nabi Muham­mad' karangan H. Zainal Arifin Abbas, bahawa Kaabah itu tingginya 9 hasta (lebih kurang 387 cm) panjang utara - selatan dari sebelah kiri 32 hasta (kira-kira 983 cm), dari kanan 31 hasta (kira-kira 894 cm).

Melihat kepada ukuran-ukurannya, maka nyatalah, Kaabah tidak benar-benar empat segi. Dan ini mengikut bentuknya yang asal, iaitu sejak dibina oleh Nabi Adam a.s. dan diikuti pula oleh Nabi Ibrahim khalilul Lah dan puteranya, Nabi Ismail s.a.w..

Ada falsafah dan hikmatnya Allah Taala menyebut Kaabah dalam dua wahyu seperti di atas kepada Nabi Muhammad s.a.w., kerana hingga kini Kaabah menjadi tempat kaji selidik ahli-ahli seni bina dan sains teknologi dari beberapa bahagian dunia ini.

Sama ada ahli-ahli seni bina mahupun ahli-ahli sains teknologi, mereka mencipta-reka binaan telah mengikut bentuk Kaabah.

Cara dan sistem membancuh simen hitam dan menyusun batu-batu oleh Nabi Ibrahim Khalilul Lah dan puteranya, Nabi Ismail a.s. telah dikaji oleh para ahli sains teknologi yang mencari formula untuk membuat simen.

Maha Mengetahui Allah Taala mengemukakan Kaabah sebagai pokok perkara dalam wahyu-wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.(Dari RDaQ. Mp)


HADI


MINUMAN


Rasul Allah Muhammad s.a.w. memmaklumkan: Semua jenis minum yang memabukkan adalah haram.

Perawi: Abu Musa.


PETUA


ADIK BERADIK


Jika anda mndapat tidak sesuai dengan adik beradik (saudara kandung) atau anda sentiasa dicemuh dan dibenci mereka, cara yang lebih baik, anda menjauhkan diri daripada mereka.


TAHUKAH?


BAGAN PINANG


Kalangan orang UMNO yang berkuasa telah sekata, jika calon Barisan Nasional kalah dan calon PAS menang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinagn, Port Dicksaon esok, jangan orang –penduduk – penduduk di sana akan mendapat bantuan dan projek – projek kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.