Friday, October 9, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



GUA

Adakah kamu kira, bahawa orang-orang yang diam dalam gua dan tulisan (batu bersurat) itu termasuk keterangan-keterangan kami yang menakjubkan?

Ketika beberapa orang pemuda mencari tempat perlindungan di dalam gua itu sambil mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami kurniaan dari sisi Engkau dan siapkanlah jalan yang lurus bagi kami untuk pekerjaan kami.

Lalu kami tutup pendengaran mereka dalam gua itu beberapa tahun lamanya.

Dalam dunia ini telah dijadikan oleh Allah Taala akan gua-gua batu yang keadaan di dalamnya seperti dalam rumah-rumah tempat kediaman manusia.

Semenjak zaman purba hingga zaman ini terdapat manusia-manusia yang tinggal dalam gua-gua. Di sekitar bandar Ipoh Perak beberapa gua batu kapur telah didiami oleh manusia dan ada yang dijadikan rumah berhala.

Di Kuala Lumpur, iaitu gua batu (Batu Cave) kapur telah dijadikan rumah berhala oleh orang-orang yang beragama Hindu.

Di Amerika Syarikat misalnya, lebih 100 buah gua dijadikan tempat pelancongan termasuk 13 buah dijadikan taman negara atau tugu peringatan (monument), di antaranya Mammoth Cave, di Kentucky, Carlsbad Cav­erns, di New Mexico, Lurray Caverns, di Virginia, Wind Cave, di Dakota Selatan dan Onondaga Cave di Missouri.

Di Eropah terdapat banyak gua, di antaranya Altamira Cave di Spain, gua Dordogne di Francis, dan gua Frederikshall di Norway.

Gua-gua itu dijadikan oleh Allah Taala sebagai contoh bagi manusia untuk melagang dan membina rumah-rumah atau bangunan-bangunan mengikut sistem sains teknologi.

Begitu juga Gua yang dikemukakan oleh Allah dalam Quran seperti di atas ini - terletak kira-kira 18 kilometer dari bandar Jordan, hingga kini bentuk dalamannya dan pintu masuknya terpelihara dan menjadi tempat para sarjana reka bentuk bangunan dan sains teknologi melakukan penyelidikan untuk tujuan-tujuan membangunkan bangunan dan rumah di tempat lain.

Di dalam gua - kebanyakannya terdapat hasil baja tahi kelawar yang dapat digunakan oleh manusia - diproses melalui sains teknologi untuk dijadikan baja tanaman.

Pada masa-masa silam gua-gua didiami haiwan-haiwan seperti monyet, tetapi sekarang ini manusia yang mempunyai pengetahuan sains teknologi membina gua-­gua di bandar-bandar besar dan kecil- iaitu rumah-rumah batu untuk tempat kediaman mereka.

Sekadarkan antara rumah dan gua mempunyai perbedaan di segi ukuran lebar dan tinggi serta hiasan-hiasan dalamannya.

Kebanyakan manusia yang ahli di bidang sains teknologi dan membelakangkan ajaran Allah , mereka mempunyai cara hidup seperti haiwan-haiwan yang mendiami gua-gua dalam rimba.

Sesungguhnya seperti yang diakui oleh Allah, bahawa setiap yang

diciptakan-Nya adalah menjadi bukti atau keterangan kekuasaan-Nya.

(Dari RdaQ.mp)



HADIS

HAMBA


Nabi Muhammad s.a.w. memberitahu: Seorang hamba (atau pekerja) berhak mendapat makanan (minuman) dan pakaian dengan cara yang baik dan tidak boleh dibebankan dengan pekerjaan yang tidak upaya dia melakukannya.

Perawi: Imam Bukhari.


PETUA


ANAK YATIM

Keluarga yang paling baik dan mendapat rahmat Allah adalah yang di dalamnya ada anak yatim. Keluarga yang paling buruk dan dibenci Allah yang di dalamnya ada anak yatim dan memakan harta anak yatim itu dan menyusahkannya.


TAHUKAH?


PEMBOHONGAN

Dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang (Dewan Parlimen), Permatang Pasir, Bukit Selambau, Manik Urai dan Bagan Pinang (Dewan Undangan Negeri) paling banyak pembohongan dilakukan oleh individu – individu pihak parti politik – parti politik penguasa kerajaan dan parti – parti politik pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.