Thursday, October 8, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



BINTANG

Dia (Allah) yang menjadikan bintang-bintang supaya kamu dapat mengetahui jalan dalam kegelapan di daratan dan di lautan. Sesungguhnya kami telah menjelaskan keterangan-keterangan kami bagi kaum yang mengetahui.

Dan matahari, bulan dan bintang-bintang masing-masing menjalankan kewajipan dengan perintah-Nya (Allah).

Dan, dia adakannya tanda-tanda (penunjuk jalan) dan dengan bintang itu mereka dapat mengetahui jalan.

Kemudian dipandangnya bintang sekali pandang.

Dan ketika bintang-bintang jatuh bertaburan.

Iaitu bintang yang terang cahayanya.

Maha Suci Allah Taala menjadikan berjuta-juta bintang di langit.

Bintang itu diakui oleh Allah sebagai petunjuk jalan bagi manusia di daratan dan di lautan pada waktu malam.

Orang-orang yang mengembara dalam padang pasir yang luas dan berlayar dalam lautan, bintang-bintang adalah menjadi penunjuk jalan dan menentukan hal nelayan-nelayan di laut misalnya sangat-sangat bergantung kepada bintang-bintang.

Bintang menurut kamus Dwibahasa - Dewan Bahasa dan Pustaka ialah benda yang berkilat di langit (pada malam hari).

Sesiapa yang mempelajari ilmu mengenai bintang-bintang, mereka mengetahui, bahawa ada berjenis-jenis bintang dijadikan oleh Allah. Ada bintang yang kelihatan seperti puntung pai jatuh dan disebut oleh orang kita, ialah tahi bintang.

Bintang ditakdirkan oleh Allah Taala menjadi pendorong bagi manusia mempelajari sains teknologi untuk mengkaji bintang-bintang dengan harapan dapat memberi manfaat kepada manusia.

Sesungguhnya Maha Bijaksana Allah yang mengemukakan 'bintang' dalam wahyu-wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Dari RdaQ.mp)


HADIS


TUMPAHKAN DARAH

Rasul Allah Muhammad s,a,w. memaklumkan: Sesiapa yang ditumpahkan darahnya atau dilukakan, maka dia boleh memilih salah satu dari tiga perkara (hudud) ; sama ada menerima hukum Qisas (balasan), mengambil diyat (bayaran atas kecederaan) , memaafkan (pelakunya). Jika dia mengambil pilihan keempat (balas dedam) halangkan keinginannya.

Perawi: Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Ad Darimi.



PETUA




MEMILIH PENGAMAL


RASUAH



Nabai Muhammad memberi amaran kepada umat Islam, iaitu orang yang memberi rasuah, penerima rasuah dan orang tengah atau perunding perbuatan rasuah, adalah dilaknat Allah. Laknat lebhih dahsyat dari dosa. Orang yang melakukan akan menerima derita, isteri dan anak – anak menderita dan di akhirat menerima balasan azab.

Maka, sesiaopa jua daria orang mukmin dan mukminah memilih pengamal rasuah untuk menjadi pemimpin, akan turut menerima laknat Allah

.


TAHUKAH?



MENJATUHKAN PEMIMPIN

Perbauatan jatuh menjatuhkan pemimpin dalam UMNO telah berlaku semenjak zaman Dato’ Onn bin Jaafar memimpin pareti politik Melayu itu pada tahun 1946 – 1051. Perbuatan itu telah menjadi tradisi atau budaya dalam UMNO hingga pada hari ini.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.