Wednesday, October 7, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



Haiwan Ternakan


Hai orang-orang yang beriman, tepati segala janji. Dihalalkan bagi kalian binatang ternakan untuk dimakan, selain dari yang dibaca (larang) kepadamu. Tidak dibolehkan memburu binatang ketika kalian mengerjakan ibadat haji. Sesungguhnya Allah memerintah menurut apa yang dikehendak-Nya.[1]

Dan sesungguhnya Kami telah jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakannya dari jin dan manusia yang memiliki hati (tetapi) tidak memahamkan dengan hatinya, mempunyai mata (tetapi) tidak melihat, mempunyai telinga (tetapi) tidak mendengar dengan telinganya. Orang itu seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat; itulah orang-orang yang lalai.[2]

Dan binatang ternakan, diciptakan-Nya untuk kalian daripadanya kalian mendapat pakaian panas dan keperluan (lain-lain) dan sebahagiannya (untuk) kalian makan.[3]

Dan sesungguhnya tentang kehidupan binatang ternakan itu menjadi pelajaran bagi kalian. Kami beri kalian minum dari yang dari dalam perutnya; di antara tahi dan darah, didapati susu yang bersih, mudah dan enak ditelan oleh orang-orang yang meminumnya.[4]

Dan Dia menciptakan pasangan-pasangan (kelamin), dan dijadikan-Nya kapal dan binatang ternakan itu men­jadi kenderaan untuk kalian.[5]

Dan dari unta dua pasang dan dari lembu dua pasang. Katakanlah; apakah yang dilarang oleh Allah itu dua ekor yang jantan atau dua ekor yang betina, atau dua ekor betina yang masih dalam kandungan? Atau adakah kalian hadir ketika Allah memutuskan begini kepada kalian? Siapakah yang lebih besar kesalahannya dari orang yang mengada-ngada (membohong) terhadap Allah, kerana hendak menyesatkan orang dengan tiada ilmu? Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang melanggar peraturan.[6]

Binatang itu lapan pasang, dua pasang biri-biri dan dua pasang kambing. Katakan; adakah yang dilarang oleh Allah itu dua yang jantan atau dua yang betina atau betina yang masih dikandung? Beritahulah kepadaku dengan ilmu pengetahuan, jika kalian memang orang-orang yang benar.[7]

Keperluan untuk kalian dan binatang ternakan.[8]

Banyak lagi ayat dalam Quran mengenai binatang ternakan. Di sini hanya enam ayat-ayat yang saya paparkan. Bagi mengetahui ayat-ayat lain bolehlah meneliti dalam Quran.

Binatang ternakan yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas ini di antaranya unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Apabila kita perhatikan dengan membulatkan fikiran kepada binatang-binatang ternakan ini, maka kita dengan penuh keyakinan mengakui akan hikmat Allah Subhanahu wa Taala yang telah menyebut binatang ternakan ini dalam wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Binatang-binatang ternakan itu selain dari memberi banyak faedahnya kepada manusia, keragaman hidup, perangai dan tin­dak tanduk binatang-binatang itu ada yang seimbang dengan manusia.

Kita perhatikan sedikit dari keragaman hidup, perangai dan tindak tanduk haiwan itu seperti di bawah ini:

Unta, mempunyai tubuh yang besar dengan keadaan tubuh­nya yang menarik. Cara mencari makanan seperti manusia, iaitu apabila banyak makanan dimakan banyak dan sedikit makanan dimakan sedikit. Ketabahannya berjalan, memikul bebanan atas belakangnya, tahan dahaga mempunyai persamaan dengan kebanyakan manusia. Kerelaannya berkhidmat kepada manusia - sanggup dijadikan hamba jua sama dengan kebanyakan manusia yang sanggup menjadi hamba abdi kepada orang-orang yang dikasihi atau orang-orang yang boleh dia menumpang hidup. Misalnya, unta sanggup mengabdikan dirinya kepada tok-tok Arab, maka manusia juga sanggup mengabdikan dirinya kepada manusia dan nafsunya. Di kalangan orang Arab, unta dianggap binatang yang bodoh, maka dalam masyarakat mereka ada peribahasa yang ditujukan kepada orang yang bodoh, iaitu ‘seperti unta kencing’( bahasa Arab) - peribahasa ini dilahirkan dari cara unta jantan kencing, iaitu kencingnya ke belakang tidak seperti lembu dan binatang-binatang lain yang berkaki empat. Orang-orang Melayu juga sering menggunakan perumpamaan; ‘Bodoh seperti unta’ iaitu dihadapkan ke­pada orang-orang yang bodoh.

Lembu - mempunyai tubuh yang besar dan keragaman hidupnya seperti manusia, termasuk makan dan minumnya. Lembu mempunyai kemahuan seksnya dengan tidak mem­punyai sempadan malu dan sebagainya, demikian juga bagi manusia yang tidak beriman kepada Allah Manusia yang tidak beriman selain mahu menonjolkan kemahuan seks kepada orang ramai, mereka juga meniru lembu bertelanjang di hadapan umum seperti membuka aurat, men­dedahkan sebahagian buah dada, dua puntung peha dan ram­butnya. Dalam masyarakat bangsa Arab mereka mengumpamakan orang-orang yang bodoh, terutama yang menjadi hamba orang dengan perkataan ‘Lembu tidak bertanduk’ .

Dalam masyarakat dunia hari ini, termasuk kita umat Islam, kaum wanita ramai yang tidak mahu berkongsi suami mereka dengan wanita lain (iaitu poligami), tetapi sanggup berkongsi dengan lembu bagi menyusui bayi mereka yang mereka kasihi.

Bayi-bayi di seluruh dunia hari ini mempunyai dua ibu-ibu yang melahirkan adalah isteri bapa mereka sendiri dan ibu yang menyusukan mereka ialah ibu lembu. Ini ada kemungkinan hikmat dan kuasa Allah Taala kita tidak ketahui, kerana bayi-bayi meminum susu lembu, maka kita dapati kanak-kanak dan belia-belia sekarang ini bertabiat seperti lembu, iaitu tidak menghormati ibu bapa, melawan guru, suka mendedahkan aurat, berasmara di hadapan orang seperti dalam taman bunga dan suka membuang masa melepak.

Kambing - Binatang ini walaupun mempunyai tubuh yang kecil dari lembu tetapi keragaman hidupnya ada yang sama dengan manusia. Begitu juga binatang yang dinamakan kibas. Saya yakin, kerana keragaman kambing itulah, maka Allah mendorongkan Nabi Muhammad s.a.w. dalam masa kanak-kanaknya menjadi gembala kambing. .

Kambing apabila berkumpul keadaannya seperti manusia, iaitu sukar dikawal atau dipimpin. Misalnya ketika pengembala menghalau mereka pulang ke kandang. Dalam puak kambing itu terdapat kambing yang menyimpang ke dalam semak dan memakan dedaun atau rumput dan rumpai, ada yang lari jauh ke hadapan, ada yang berlaga sesama mereka dan ada yang mengikut nafsu berahi yang jantan mengejar yang betina dengan tidak ada malu dan silu. Kambing jantan yang diruntun oleh kemahuan seksnya sendiri akan mengejar kambing betina di mana-mana juga dengan tidak ada perasaan malu. Demikian juga dari manusia-manusia apabila diselubungi oleh hawa nafsu, mereka sanggup melakukan perbuatan hubungan jenis dengan tidak menghiraukan orang lain, hatta merogol sekalipun.

Demikianlah hasil yang dapati diperhatikan dari hikmat Allah mengemukakan dalam Al Quran akan binatang ternakan. Terdapat dalam ayat-ayat lain Allah menyebut kambing (bahasa Arab) secara langsung. Manusia dan kambing mempunyai perasaan dalam beberapa segi.

Sesungguhnya Allah Maha Alim dan Maha Kuasa.




[1] Al Maidah: 1.

[2] Al A`raf: 179.

[3] An Nahl: 5.

[4] An Nahl: 66

[5] Az Zukhruf: 12

[6] Al An`am: 144

[7] An Nazirah: 33.

[8] ‘Babasa: 33. dari RdaQ.mp)



HADIS

TANAH ORANG


Rasul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Sesiapa yang mengambil tanah hakmilik orang lain dengan tidak hak (rampas atau menggunakan undang – undang ciptaan manusia), maka pada hari kiamat dia akan dikuburkan (sedalam) tujuh lapis bumi.

Perawi: Imam Bukhari.



PETUA

QURAN


Jika ada sebuah rumah atau bilik dalam rumah anda yang pada waktu memasukinya terasa gerun dan meremang bulu batang tengkuk, (syaitan atau hantu ada di dalamnya), cara mengatasinya, letakkan Quran atau sehelai kertas bertulis Al Fatihah atas apa sahaja dalam bilik itu yang setinggi anda berdiri. Atau anda membaca Quran didalamnya. Insya Allah anda tidak gerus lagi.

*......Rumah atau bilik yang ditumpang syaitan atau hantu, ialah yang di dalamnya berlaku maksiat, penghuni telanjang dan tidak ada orang sembahyang di dalamnya


TAHUKAH

FATIMAH HASHIM


Perempuan Malaysia pertama memegang jawatsan menteri, ialah Fatima Hashi (Fatimah binti Haji Hashim). Dia tidak memiliki pelajaran menengah. Hidupnya susah bersama suaminya, Abdul Kadir bin Yusif. Dia pernah mendirikan rumjah setinggan di pinggir bandar Johor Bharu.

Bila dia menyertai UMNO, Tunku Abdul Rahman sukakan pertempuan berambut lebat dan konde (sanggul) besar. Fatimah orangnya. Tunku memilihnya (kerana dia orang kiuat Wanita UMNO) bertanding dalam kawasan Dewan Rakyat Padang Terap, Kedah. Dia menang. Keudian menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat.

Stelah suaminya, Tan Seri Abdul Kadir Yusof meninggal dunia. Dia (Tan Sri Fatimah Hashim) tidak mensia -siakan masa tuanya. Dia belajar pengetahuan agama Islam dan bahasa Arab, di Masjid Bangsar. Kini dia seorang yang alim dan tahu bercakapo Arab.

Di antara putra putrinya: Mariam Kadir (bekas Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia) dan Ahmad Shah pemilik syarikat yang menjalankan rangkaian restoran Mc.Donald.(Lihat buku, Abdul Kadir Peguam Rakyat, oleh: Mokhtar Petah)







No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.