Monday, October 5, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


BINATANG LIAR

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya Allah menguji kamu sedikit dengan binatang liar yang kamu dapat dengan tanganmu (tangkap) dan tombakmu, supaya Allah mengetahui orang-orang yang takut kepada-Nya dalam rahsia. Sesiapa yang melanggar batasan selepas itu, maka nescaya dia akan mendapat seksa yang perit.[1]

Hai orang-orang yang beriman, jangan kamu membunuh binatang liar ketika kamu sedang ihram (men­jalankan ibadat haji). Barang siapa di antara kamu mem­bunuhnya dengan sengaja, maka balasannya menggantikan dengan binatang ternakan serupa dengan yang dibunuhnya, menurut keputusan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai pengorbanannya (hadiah) yang diberikan kepada Kaabah, atau sebagai denda memberi makanan kepada orang-orang miskin, atau diganti dengan menjalankan ibadat puasa supaya terasa baginya akan akibat perbuatannya. Allah mengampunkan apa yang telah lalu. Barang siapa yang mengulangi (per­buatan demikian), nescaya akan diseksa oleh Allah. Allah itu Maha Kuasa dan mempunyai hak menyeksa.[2]

Dihalalkan bagi kalian buruan dan makanan laut (yang ditangkap dari laut seperti ikan), kesenangan bagimu dan orang-orang dalam perjalanan. Tetapi kamu dila­rang memburu binatang daratan (liar) selama kamu mengerjakan ibadah haji dan patuhlah kepada Allah ke­rana kepada-Nya kamu akan dihimpunkan (di padang Mahsyar).[3]

Binatang-binatang liar dalam ayat-ayat Quran di atas ini ialah binatang-binatang yang halal dimakan seperti rusa, kuda liar, kijang, kambing gurun, biri-biri dan binatang-binatang lain.

Binatang-binatang liar telah disebutkan oleh Allah dalam Quran seperti dalam ayat-ayat,di atas memanglah mem­punyai rahsia-rahsia yang hanya Allah yang mengetahui. Bina­tang-binatang itu banyak terdapat di sekitar kawasan Mekkah dalam zaman Nabi Muhammad menerima wahyu dan hinggalah Mekkah di ambang menjadi kawasan bandar besar.

Kalau kita ambil tiga jenis binatang liar sahaja, iaitu rusa, kijang dan kambing gurun, maka kita dapati tabiat binatang itu sedikit sebanyak ada persamaan dengan beberapa ciri manusia.

Rusa misalnya, di segi kegagahannya dan tanduknya yang bercabang itu menggambarkan keagungannya. Begitu jugalah manusia yang mempunyai serba serbi kekuatan dan kemewahan, dia akan bertabiat seperti binatang itu. Manusia tidak kasihan kepada manusia-manusia lain yang lemah. Manusia yang kuat terus menindas manusia yang lemah.

Contohnya Amerika Syarikat yang mempunyai serba serbi kekuatan dengan tidak segan silu dan tiada belas kasihan menindas negara-negara yang dipandang lemah seperti Libya, Iraq dan beberapa negara lain.

Begitu juga individu-individu yang terasa diri mereka kuat dan berkuasa telah melakukan apa jua tindakan ke atas yang lemah.

Mengapa terjadi demikian? Kerana mereka tidak mahu mengikut ajaran dan panduan yang ditunjukkan oleh Allah Yang Maha Esa.

Semenjak zaman berzaman lagi, orang-orang Melayu mengambil rusa sebagai simbol orang-orang yang tinggal di pen­dalaman dan tidak melihat sesuatu kemajuan di luar, iaitu menggunakan peribahasa; seperti rusa masuk kampung.

Peribahasa di atas ini digunakan bagi orang-orang yang baru masuk ke sesuatu tempat yang belum pernah dikunjungi se­belumnya atau seperti orang dari kampung bam masuk ke dalam sesebuah bandar besar.

Binatang rusa akan menjadi tercangak- bangak apabila tiba dalam kawasan lapang atau baru. Demikian juga manusia akan menjadi terpinga-pinga dan diselubungi ketakjuban kalau dia masuk ke dalam sesuatu tempat atau bandar yang baru baginya.

Dalam hal kesetiaan antara pasangan jantan dan betina, rusa mempunyai persamaan dengan manusia, iaitu yang perempuan setia kepada yang lelaki dan yang lelaki setia kepada yang perempuan.

Dalam kesusasteraan Melayu Nusantara terdapat banyak pembayang maksud pantun-pantun menggunakan perkataan 'rusa', di antaranya:

Anak rusa nani

baru kembang ekor

Apa dosa kami

lalu tidak tegur.



Berburu ke padang datar

dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar

laksana bunga kembang tak jadi.

Rusa mempunyai daging yang baik dan sedap dimakan. Se­lain dari itu dari anggota-anggota rusa banyak memberi faedah kepada manusia. Misalnya tanduknya boleh digunakan sebagainya.


------------------------------

[1] Al Maidah: 94

[2] Al Maidah: 95

[3] Al Maidah: 96 (Dari, RdaQ.mp)

HADIS

MATI KERANA ASOBIAH

Rasulullah Muhammad s.a.w. Sesiapa yang tidak taat dan keluar dari jemaah (Islam), kalau dia mati, maka kematiannya itu dalam jahiliah (kufur). Sesiapa yang berperang dengan sebab- sebab yang samar – samar dan sangkaan sahaja (tidak faham tentang jihad pada jalan Allah), dia marah kerana didorong oleh asobiah ( kaum atau bangsa yang menolak Islam) atau dia menyeru (orang ramai) kepada asobiah atau menolong kerana asobiah, jika dia mati, maka matinya itu adalah mati jahiliah (kufur).

Perawi: Imam Muslim – Bisyarhin Nawawi, jil. 12, hlm.238

PETUAN

PEMIMPIN


Salah satu dariempat jenjis manusia ini tidak boleh dipilih untuk memimpin

sesuatu kaum atau rakyat, iaitu: 1 - Pengamal rasuah, 2 - Gila perempuan,

3 - Kaki botol (minum arak), 4 - kaki judi. Jika memilih orang begini

nescasya Allah menimpakan bala atas kaum atau rakyat tersebut.

TAHUKAH?

GETAH


Jika perdagangan getah asli di negara kita ini tidak terikatdeengan perjanjian yang dibuat oleh parapemimpiann kita yang lalu dengan negara yang telah menjajah kita dahulu, harga getah tidak berada di tahap sekarang dan rakyat pekebun kecil dalam kesukaran hidup, kerana getah pengting bagi negara – negara seluruh dunia tentulah harganya tinggi.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.