Saturday, October 3, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


BINATANG LAUT


Dihalalkan kalian akan buruan dan makanan laut(yang ditangkap dari laut seperti ikan).[1]

Penjelasan:

Buruan laut ialah buruan yang ditangkap dari lautan. Makanan laut ialah ikan, udang, ketam, dan seumpamanya yang mati terdampar kerana tercampak dari laut ke pantai.

Demi Allah, sesungguhnya Allah jua Maha Mengetahui segala hikmat dan rahsia tentang buruan laut dan makanan laut yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w.Pada waktu baginda menerima wahyu ini, baginda jauh dari lautan tetapi baginda tahu berbagai-bagai jenis makanan laut kerana urusan perdagangan dan perniagaan antara Madinah al Munawarah dengan bandar-­bandar dan negara lain telah berjalan mengikut keadaan dalam zaman itu.

Berbagai-bagai jenis ikan dan makanan-makanan lain dalam lautan dan sungai telah menjadi bahan makanan yang penting bagi manusia. Makanan-makanan itu juga menjadi bahan penting kepada ekonomi dunia.

Hikmat Allah, walau bagaimana ramainya manusia di dunia ini yang memakan ikan dan makanan laut, tetapi makanan-­makanan itu tidak pernah habis dan pupus.

Ikan adalah sejenis haiwan berdarah sejuk dan bertulang belakang (aquatic certebrate) dan mempunyai dua "kelas iaitu con­drichtyes - seperti ikan yu atau jerung, ikan pari dan sebagainya dan Osteichthyers - ikan yang banyak tulang.

Ikan laut dan ikan air tawar terdapat lebih 30,000 jenis (spe­sis).

Bangsa Jepun adalah satu bangsa di dunia yang suka makan ikan. Orang tua-tua Jepun mempunyai pendapat bahawa ikan dapat membantu kecerdasan otak manusia, kuat daya fikir dan agreasif dalam menjalankan kerja.

Seorang ahli penyelidikan tentang ikan dan manusia - Dr. Judith Wartman dari sebuah universiti di Amerika Syarikat telah melakukan penyelidikan ke atas penduduk-penduduk luar bandar di Jepun dan didapati orang-orang Jepun memakan ikan sebagai makanan yang penting.

Dia mendapati orang-orang Jepun yang memakan ikan mem­punyai daya fikir yang baik dibandingkan dengan yang tidak memakan ikan.

Di dalam lautan dalam terdapat ikan-ikan besar seperti ikan paus dan ikan-ikan lain yang kebanyakannya ganas seperti binatang buas di daratan.

Ikan-ikan juga ada yang ganjil rupanya seperti sotong ku­reta, ikan pari, ikan sebelah (ikan Musa), ikan kuda (sea horse), buntal (puffer), ikan terbang dan ikan skopion (scorpion fish).

Selain dari ikan, banyak lagi binatang-binatang laut yang bersifat buas dan ganas seperti buaya, yang tidak ganas dan seba­gainya.

Dalam ilmu biologi iaitu cawangannya zoology ada penjelasan tentang binatang-binatang dari laut ada yang merangkak, menyusur seperti ular, berjalan dengan empat kaki dan berjalan dengan dua kaki.

Dan Allah telah menciptakan setiap binatang dari air. Di antaranya berjalan di atas perut (merangkak) dan menyusur seperti belut, dan daripada mereka berjalan atas dua kaki dan daripada mereka berjalan atas empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Se­sungguhnya Allah berkuasa atas sesuatu.[2]

Ada manusia yang sangat sayangkan anaknya sendiri, ada yang tidak sayangkan anak kandung dan ada yang menggunakan anak sendiri untuk memuaskan nafsu berahinya seperti merogol anak. Demikian juga ikan, akan ikan yang sangat sayangkan anak-anaknya sendiri sehingga anak-anaknya bersembunyi dalam mulutnya (seperti ikan tilapia). Banyak pula ikan yang tidak sukakan anak dan memakan anak -anak sendiri seperti ikan air tawar di antaranya ikan toman dan ikan haruan.

Dalam masyarakat orang Melayu menggunakan peribahasa 'seperti ikan haruan makan anak'. Peribahasa ini digunakan ter­hadap bapa yang melakukan perbuatan yang tidak senonoh ter­hadap anaknya sendiri.

Ikan-ikan mempunyai ragam hidup seperti manusia juga. Ada jenis yang gagah, ganas dan rakus. Ada pula jenis yang mengalah dan lemah lembut.Ikan-ikan besar yang gagah dan ganas melakukan penekanan dan tindakan liar terhadap ikan-ikan yang lemah seperti ikan jerung, jerung putih, jerung palang, jerung bonito dan sebagainya.

Banyak juga jenis ikan air tawar yang gagah dan ganas dan menjadikan ikan-ikan kecil dari mereka sebagai makanan, seperti ikan toman, baung, belida, haruan dan seumpamanya.

Perbuatan menindas orang bawahan dan makan kawan oleh ikan-ikan ini adalah kerana untuk hidup. Mementingkan diri sendiri.

Begitu juga manusia, ramai manusia yang berkuasa menindas­ manusia yang lemah. Memperhambakan manusia dan men­jadikan manusia seperti barang dagangan atau seperti haiwan ternakan. Lebih buruk lagi mereka membunuh manusia-manusia kerana mahu menakluki bumi atau negara manusia-manusia yang menjadi mangsa mereka itu.

Perbuatan seperti itu telah dilakukan oleh bangsa-bangsa manusia seperti orang-orang Yahudi, Itali, Amerika, Inggeris, Cina, Jepun dan bermacam-macam bangsa lagi semenjak zaman silam sehingga sekarang ini.

Kita dapati orang-orang yang beragama Islam (mungkin jahil akan ajaran Allah dan tidak cukup beriman) melakukan penindasan ke atas orang-orang lain terutama kanak-kanak yang lemah.

Kalau kita melihat secara makrifat terhadap individu dalam masyarakat umat Islam di negara kita ini, maka kita dapati mereka yang cergas dalam bidang ekonomi mempunyai tabiat tamak dan rakus seperti jerung atau ikan toman. Mereka perniagakan apa sahaja dengan tidak mengambil kira sama ada Allah SWT mengharamkan atau tidak asalkan mendapat wang atau kekayaan.

Ada beberapa cara ahli ekonomi kita menjalankan perniagaan yang berlawanan dengan hukum (perintah) Allah, di anta­ranya:

* Golongan pemborong (contrector), mereka

berusaha bagi mendapatkan tender misalnya, mereka

sanggup mengeluarkan wang untuk membelanja pegawai-

pegawai kerajaan yang berkuasa atas pemberian tender itu

seperti menjamu arak, menyerahkan perempuan cantik

untuk memuaskan nafsu seks pegawai-pegawai itu.

Akhirnya mereka mencapai kejayaan.

* Pengusaha-pengusaha hiburan (filem dan sebagainya)

sanggup mengambil keuntungan daripada hasil mendedahkan tubuh wanita, adegan hubungan jenis, lelaki dan perempuan berpeluk dan bercium. Akhirnya mereka memperolehi wang yang banyak dan hidup mewah dari hasil filem mereka itu.

Dua perbuatan di atas itu ada satu jenis larangan sekurang-­kurangnya yang telah mereka lakukan, iaitu:

Dan jangan (tegahan) kamu dekati perzinaan, sesungguhnya perbuatan itu keji (tidak bermaruah) dan jalan yang cela (buruk).[3]

Perbuatan mendedahkan tubuh atau mendedahkan bahagian aurat perempuan, adegan hubungan jenis, lelaki dan perempuan berpeluk dan bercium adalah perbuatan yang hampir dengan zina.

Apa lagilah ahli perniagaan mengeluarkan wangnya untuk membiayai bagi pegawai melakukan zina dengan wanita-wanita. Perbuatan itu terkutuk.

Wang ringgit hasil dari perbuatan itu haram bagi orang­-orang Islam. Wang itu tidak diterima oleh Allah untuk mereka melakukan ibadat haji, umrah, korban haiwan, bersedekah dan sebagainya.

Hasil dari perbuatan haram itu akan merosakkan diri isteri dan anak -anak mereka, iaitu disegi kerohanian.

Saya dapati ramai ahli-ahli ekonomi kita yang melakukan perbuatan-perbuatan demikian, mereka menjadi orang kaya raya, tetapi akhirnya mereka jatuh bankrap, papa kedana dan di hujung usia mereka Allah SWT menimpakan ke atas mereka dengan penyakit orang yang hidup mewah seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Ikan besar makan ikan - ikan kecil dan akhirnya mereka sendiri termasuk ke dalam perangkap pukat atau

tertelan mata pancing.

Begitu juga orang-orang yang berkuasa dalam bidang politik bertabiat seperti ikan besar, masa berkuasa mereka bercakap takbur, menghina ulama dan orang-orang yang mereka tidak suka, berjanji tidak pernah ditunaikan, memperdaya rakyat jelata dan berbagai-bagai lagi termasuk melakukan perbuatan rasuah. Akhirnya Allah menjatuhkan mereka, dan menjadi orang yang dipandang hina oleh orang ramai.

Sejenis ikan air tawar iaitu ikan limbat adalah ikan yang hidup dalam parit, tasik kecil dalam lembah dan sebagainya. Ikan-ikan ini belayar dalam air dengan berkumpulan kira-kira empat hingga enam pasang. Sambil belayar mencari makanan ada yang kuat di antara mereka menyundak rakannya dengan tanduk atau durinya hingga kulit rakan itu luka dan keluar darah.

Apabila rakannya menderita kerana luka dan keluar darah dari badannya, ikan yang menyundak itu tidak pula hendak menolong, sebaliknya digigitnya tempat luka rakannya itu. Setelah melihat kawan yang menjadi mangsanya itu mati, maka bangkai rakannya itu dimakannya.

Ikan limbat ini boleh dijadikan bandingan dengan ahli-ahli politik yang tidak berpegang kepada ajaran Allah Subhanahu wa Taala secara ikhlas. Kebanyakan ahli -ahli politik mengkhianati rakan-rakan mereka untuk melakukan perlumbaan bagi mendapatkan tempat atau merebut tempat rakannya itu. Setelah rakan mereka itu jatuh atau kecundang, maka merekalah yang berjaya dan mendabik dada.

Masa kini telah wujud peribahasa baru yang ditujukan kepada orang-orang politik iaitu Politik limbat.

Maha Adil Allah Subhanahu wa Taala menemukan 'Buruan dan Makanan Laut' dalam wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w., dan dari yang Qudus itu kita mendapat banyak hikmat pula.

-----


1] Al Maidah: 96.

[2] An Nur: 45

[3] Al Isra: 32


HADIS

BALASAN

Tidak dinamakan baik apabila perbuatan itu berakibatkan (balasan) neraka. Dan tidak dinamakan jahat (buruk) apabila perbuatan itu menerima balasan syurga. – Hadis Qudsi.

PETUA

PEMIMPIN


Jika seseorang itu berhasrat untuk menjadiu pemimpin masyarakat dan rakyat jelata, janganlah mengaggap perkara itu mudah bagi dirinya. Kerana pemimpin memikul amanah Allah, masyarakat dan rakyat jelata.

Terlebih dahulu nilaikan diri sendiri, jika ada salah satu dari lima perkara ini, tak usahlah menjadi pemimpin,iaitu: 1 – Tidak ada pengetahauan agama Islam, dari fardu ‘ain, fardu kifayah hingga politik Islam. 2 – Berfikiran ssuntuk dan panas baran. 3 – Telah dan bercadang melakukan rasuah. 4 – Tidak beramanah. 5 – Tidak berakhlak mulia sebagai orang mukmin sejati.

TAHUKAH?

HASIL ZINA

Islam tidak mengenakan hukum denda ke atas individu yang bersalah kerana zina.

Semenjak undng – undang pencegahan zina dan khalwat (duduk berduaan lelaki dan perempuan yang sah nikah di tempat suci yangb boleh mencurigaan akan melakukan zina), banyak wang hasil dari kesalahan zina dan khakwat dipungut oleh kerajaan – kerajaan negeri. Wang itu sama derngan hsil zina yang dikutip oleh ibu dan bapa ayam di sarang pelacauran. Kemudian wang itu dicampurkan dengan wang hasil – hasilk lain yang dipungut oleh kerajaan negeri – negeri. Sedikit dari wang itu pula dibayar gaji dan alaun para mufti, kadi, ulama dan masjid dan sebagainya.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.