Saturday, October 24, 2009

MELAWAT KE NEGARA RAKYAT BERANI

MONGOLIA

SIMBUL PERPADUAN BUDHA, ISLAM DAN KOMUNIS

Oleh:Mokhtar Petah

Pada 12 hingga16 Oktober 2009 lalu, saya bersama tiga rakan - dua ustaz lepasan Universiti Al Azhar dan Nur Azman dari Yayasan Rastu, Selangor telah meklawat negara rakyat berani, Mongolia yang mempuyai warga sah lebih 2.6 juta - 1 juta tinggal dalam Bandaraya Ulaanbaatar.

Pada hari pertama bersama 10 orang - seorang dari Canada, seorang dari Pakistan dan enam dari Malaysia, selebihnya pemandu kenderaan dan pengawal peribadi saya, telah melawat ke kawasan gurun pasir sejauh 300 kilometer, Borundur, iaitu hyampir dengan negara China. Lebih separuh jalan mengikuti denai sahara, di kri kanannya kami melihat beribu ekor lembu, kuda, unta dan kambing yang diternak oleh penghuni padang pasir (Nomade).
Di beberapa tempat pula kami dapat melihat beberapa ekor rusa, kijang, jenggiling dan serigala.
Dlam beberapa kawasan pula kelihatan lombong emas, tembaga dan berbagai galian di negara tersebut.
Di Borundur ini sebuah syarikat Orang Melayu dari Malaysia telah membeli pusat penyembelihan lembu dan haiwan halal untuk menjalankan oprasi penyembelihan halal di bawah perestuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semua daging yang dieksport ke seluruh dunia menggunakan tanda halam yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Di Ulaanbaatar, saya telah menemui Timbalan Menteri Makanan, Pertanian dan Indstri, Mr. Zoljargal Khandbaataar. Dalam pereetmuan itu saya telah menyampaikan surat persahabatan dari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Dato Noh Omar kepada menteri bekanaan.
Kementerian berkenaan mempunyai minat besar untuk menjalan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia dalam bidang pertanian dan makanan.
Saya dengan diiringi oleh pengawal peribadi bersenjata dan jurubahasa (Inggeris )telah dibawa melawat ke beberapa tempat dalam Bandar Ulaanbaatar. Di antaranya musium alam semula jadi dan muzium sejarah.
Pada sebelah malam akhir, saya diringi oleh jurubahasa Normin Batbayar, telah menonton teater musik dan tarian tradisi orang Mongolia. Dalam panggung tersebut terdapat lebiha 200 orang dari Kanada, Francis, Rusia, Uniterd Kindom.
Panggung itu tidak mempunyai kerusi empok. Hanya batu menjadi tempat duduk yang disusun seperti tangga dan atas batu itu dialas dengan bantal nipis.



Pemandangan sebagahian bandaraya Ulaanbaatar




Saya bergambar dengan pengawal peribadi saya, bersama Encik Siva dari Ipoh dan


(1) ( 2)
1 Saya bersama dua jurubahasa Inggeris,
Munkhjin Batbilig (Cinta) dan Nomin Batbayar
(Norma Cinta.
2 Bangunan komplek masjid berharga
USD3 bilion yang sedang dibina dalam
bandar UlaanBaatar.


Pada hari ketiga lawatan kami ke Monglia, kami telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Pertubuhan Islam Mongolia (NGO) merangkap Penasihat Penanaman Modal kepada Perdana Menteri dan Duta ke negara - negara Islam, Sairaan Kader, di markas Islam yang dijadikan masji d sementara.
Kami dibawa melawat ke markas masjid - di dalamnya dewan mesyuarat, dewan kuliah dan lain bernilai USD3 bilion. USD1.8 bilion diserma oleh Arab Saudi.
Markas ini sedang dibina oleh sebuah syarikat Ruasia.
Monggolia sebuah negara yang dikuasai oleh pemerintah yang beragama Budha, tetapi dasar pemerintahnya berbentuk sosialis dan komumis. Pemerintahannya terktenal dengan Republik Rakyat Mongolia.
Walaupun jumlah umat Islam sedikit amat, tetapi pemerintah memberi kerjasama yanjg baik kepada umat Islam. Ramai orang Islam berkhidmat dalam jabatan - jabatan pemerintah.
Saya akui, dibumi rakyat berni dan bersajarah - para pejuangnya telah menakluki sebahagian dunia pada beberapa abada lalu, kini mereka yang menganut agama (falsafah) Budha, Ideologi Komnunis, Kristian dan Islam hidup dalam keadaan muhibbah.
"Walaupun kami berbeza agama dan ideologi, tetapi bumi kami satu, di kelilingi oleh gunung-gunugn batu, kami kuat kerana kami bersatu," kata jurubasa saya, Normin Batbayar.





Saya begambar dengan Khan, 99 tahun san isterinya. Unggas- unggas dan haiwan - haiwan yang diawit tersimpa dalam musium alam semula jagi.























































No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.