“Ke mana kita malam ni?” Johan bertanya Mustafa.
“Mike nak ke mana?”Tanya Mustafa pula.
“Teman ikut mike,”jawab Johan.
“…macam ni, apa kata kita pergi ke suatu tempat, teman kenalkan mike dengan orang alim,”kata Mustafa.
“Orang alim?”Johan bertanya.
“Ia, orang alim, teman dah kenal dia, dia bukan sebarang orang alim, …dia tu profesor…, ”Jawab Mustafa.
“Ia, elok bebenorle tu…, bukan senang nak jumpa orang alim macam tu,”kata Johan.
Mustafa telah memandu keretanya menuju ke Brixton Road. Johan duduk di sebelahnya dan dua bola matanya memerhatikan keindahan Bandaraya London pada waktu malam.Mustafa akan menemukan Johan dengan Profesor Ahmad Muhammad, di masjid Northen Brixton Islamic Centre – Masjidul Qudus.
“Kalau mike dah jumpa orang alim tu, mike akan rasa muda semula,”kata Mustafa.
“Au, ngapa…, hebat benorke dia tu…?”Tanya Johan.
“…hebat tu tidakle…, tapi cakap-cakapnya dapat menyedarkan orang macam kita ni,”Jawab Mustafa.
“Elok bebenorle tu,”sahut Johan.
Mustafa telah memandu keretanya masuk ke kawasan Masjidul Qudus. Dalama masjid itu diterangi cahaya lampu warna putih. Kelihatan kira-kira sepuluh orang lelaki sedang berkumpul di dalamnya.Setelah meletakkan kereta di sudut halaman masjid itu, Mustafa dan Johan telah keluar dari kereta itu dan masuk ke dalam masjid tersebut.
“As salamu alaikum,”Mustafa memberi salam.
“…wa alaikum salam…,”suara ramai menyambut salamnya.
“Ha, Tuan Mustafa, sila, silakan,”kata Profesor Ahmad Muhammad.
“Ia, saya bawa kawan saya, Mr Johan, Tuan,” kata Mustafa .
Mustafa dan Johan bersalaman dengan Profesor itu dan orang – orang dalam masjid tersebut yang terdiri dari orang Inggeris, Arab, Pakistan dan Afrika.
Mereka telah bercakap kira-kira lima belas minit dengan Profesor Ahmad Muhammad itu.Johan telah dapat memahami perjuangan suci profesor tersebut. Kemudian mereka mengikuti kuliah ringkas yang telah diberi oleh profesor Ahmad Muhammad:
“Kita umat Islam tetap memandang orang-orang Kristian sebagai kawan kita sesama manusia. Kita berpegang kepada firman Allah, iaitu berhubung baik dengan Allah dan berhubung baik dengan umat manusia.Ertinya kita umat Islam tidak memusuhi sesiapa.
Tetapi malangnya, semenjak zaman berzaman hingga pada masa ini, orang-orang Kristian, Yahudi, Hindu –Budha dan komunis yang kita harap-harapkan menjadi sahabat jujur kita, telah mengambil peluang dari kebaikan kita itu untuk menindas dan menzalimi kita.
Presiden Bus, Perdana Menteri Blair, pemimpin-pemimpin Yahudi dan Thaksin Thailand telah menzalimi umat Islam. Bush dan Blair menggunakan tentera-tentera mereka membunuh umat Islam Afghanistan, Iraq, Yahudi membunuh umat Islam Palestin,Pemimpin – pemimpin Hindu-Buda membunuh umat Islam di India dan Selatan Thailan, pemimpin komunis telah membunuh umat Islam di mana-mana sahaja sekitar Rusia.”
Johan merenung wajah Mustafa. Kemudian dia merenung wajah Profesor Ahmad Muhammad semula. Dia menelan kata-kata profesor itu.Bulu-bulu roma pada batang tengkoknya meremang. Sebelum itu, sebagai ahli perniagaan, Johan tidak menumpukan perhatian kepada tindak tanduk dan kezaliman orang-orang Krsitian, Yahudi, Hindu-Budha dan komunis ke atas umat Islam.
Johan sedar, wangnya yang banyak dan kekayaannya, telah membutakan mata hatinya, untuk merenung umat Islam yang menderita. Rasa keinsafan membungkus hatinya, “…memang pun orang kaya macam aku ni buta mata hati, duk kejor duit, nasib umat Islam tak nampak,”suara hatinya.
Profesor Ahmad Muhammmad meneruskan ceramahnya:
“…ingat, kita umat Islam ada prinsif, ada perikemansiaan, …walaupun orang-orang kafir menzalimi kita, tetapi kita tidak bertindak melampau…
Kejadian 11 September di Washington, sesuatu yang menimpa negara-negara Kristian dan negara-negara lain, umat Islam yang dituduh, mereka menuduh orang Islam pengganas, …tetapi kita kena ingat, di Amerika ada Yahudi dan akan komunis, di England ini ada Yahudi.Yahudi mahu menguasai negara-negara seluruh dunia. Saya yakin yang telah melakukan perbuatan ganas…, kejam, di Washington itu, adalah sebilangan dari orang-orang Yahudi.
Di seluruh dunia ada musuh Kristian, kerana orang-orang Kristian pada umumnya menjadi kapitalis. Golongan yang menentang dasar kapitalis mungkin menentang pemerintahan Presiden Bush, kerana Bush dari golongan kapitalis yang memperhamba dan menindas umat manusia.
…orang-orang dari golongan itulah yang melakukan perbuatan kejam itu. Bukan orang Islam.Tetapi kerana tujuan Bush, Blair, Putin, Thaksin …, mempunyai pandangan yang tidak baik terhadap umat Islam, maka mereka menuduh orang-orang Islam, mereka laung orang Islam penjahat, zalim dan tidak berperi kemanusiaan.
Mengapa mereka tidak melaungkan orang-orang Kristian pengganas, Yahudi pengganas, Hindu-Budha pengganas, komunis pengganas? Mengapa tidak menuduh Bush dan Blair ketua penggana dunia? Kerana mereka memang mahu menjahanamkan agama Islam dan umat Islam.”
Johan mengangguk-anggukan kepalanya. Ceramah Profesor Ahmd Muhammad itu telah membuka kepompong yang mengepung hatinya. Selama ini dia turut menuduh orang-orang Islam yang telah melakukan kekejaman di seluruh dunia.
“…ngapa ada di antara oghang-oghang di Malaysia juga tuduh orang Islam, …deme pun macam Bush, macam Blair juga…,” suara Johan dalam halkumnya.
“Betul kata Datuk Abdullah Badwi, nak menentang keganasan, kita kena cari puncanya, sebab mulanya, mengapa mereka mengganas…,”suara Johan tersangkut di halkumnya lagi..
“...Datuk Abdullah Badawi sajalah nampaknya dapat fikir cara Islam, ...yang lain tu berpandangan macam Bush, macam Balair juga,” suara Johan tersangkut pada anak lidahnya.
Johan menumpukan perhatiannya kepada ucapan Profesor Ahmad Muhammad.
“Kita individu Islam mestilah ada pada kita, keakuan, iaitu kenal diri kita siapa sebenarnya. Apa tanggungjawab kita kepada diri kita, sesama manusia dan kepada Allah.
Apakah Allah dan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya.
Kita mesti beriman kepada Allah. Iman kita bukan sekadar tunduk bangkit sembahyang sahaja.Tetapi memerlukan pengorbanan harta benda dan diri sendiri. Jihad pada jalan Allah. Orang-orang Islam yang kaya raya tidak mahu berkurban pada jalan Allah dan tidak mahu berjihad kerana Allah, hidup mereka sia-sia.”
Johan mengucap istighfar.Perkataan Profesor di hadapannya itu mengejutkannya. Selama ini dia menjadi kedekut; tidak suka berkorban kepada jalan Allah. Banyak wangnya mengalir ke kelab-kelab malam dan dangdut bersama pegawai-pegawai kerajaan, beberapa orang rakan yang terdiri dari politikus yang berkuasa.
“... banyak duit teman dah teman beghi kepada dema tu,” hati Johan bersungut.
“...tak buat begitu, tak dapat habuan..., tak dapat kawasan balak, tanah ...,”sungut hatinya lagi.
“Pening kepala…, dema tu dah macam langau nakkan rasuah...,” suara Johan tersangkut dalam halkumnya.
Profesor Ahmad Muhammad.
Apabila kita telah beriman kepada Allah dan berani berkorban, jihad…, tidak cukup lagi, selagi kita tidak beramanah. Ertinya amanah kepada diri kita sendiri, kepada isteri dan anak-anak kita, jiran tetangga, jiran tetangga dan anggota-anggota masyarakat kita, …seterusnya umat Islam.
Tetapi kebanyakan indvidu Islam sekarang tidak beramanah, tidak amanah kepada diri mereka sendiri, iaitu, mereka menipu diri mereka sendiri, tidak amanah kepada isteri dan anak-anak. Misalnya mereka berkahwin dengan seorang perempuan cantik sekadar memuaskan nafsu, lepas itu ditinggalkan, perempuan itu telah melahirkan anak, tak ambil peduli, hidupkah, matikah anak itu langsung tidak ambil tahu…Ini manusia apa. Mereka itu samalah dengan binatang, …tetapi binatang, harimau, babi dan binatang –binatang lain sayangkan anak…”
Kata-kata Profesor Ahmad Muhammad itu seolah-olah batu gunung menimpa kepala Johan. Otaknya seperti dibaji dengan besi baji kayu balak di Lembah Temengor. Kalaulah tidak kerana ada orang-orang lain dalam masjid itu, mahu dia meraung di hadapan profesor itu.
“…Nab, anak kita, Nab,” Raung hati Johan.
Sebaik-baik sahaja profesor Ahmad Muhammad selesai memberi ceramah, Johan telah berkesut kepadanya. Dia telah berikrar akan menjadi anggota pergerakan Islam yang dianjurkan oleh profesor itu.
“Saya akan korbabankan apa sahaja demi agama Islam, kerana Allah, …walaupun harta dan nyawa saya,”kata Johan kepada Profesor Ahmad Muhammad.
“…Tuan ada isteri, ada anak?”Profesor Ahmad Muhammad bertanya kepada Johan.
“Tidak ada,Tuan,”jawab Johan.
“Mengapa…, belum kahwinkah atau…?”Profesor Ahmad Muhammad bertanya lagi.
“Isteri saya telah meninggal…, Tuan,”Jawab Johan.
Pada ketika itu wajah Johan moyok.Keinsafan telah mengasam-garamkan dirinya. Pada ketika itu barulah dia sedar, sesungguh dirinya seorang hartawan yang tidak bertanggungjawab kepada dirinya, isteri dan anaknya.
Mustafa telah menghantar Johan balik ke hotelnya. Selesai minum di coffee house, di hotel itu, Mustafa telah meminta diri pulang ke apartment Namlatun Sa’adiah.Johan yang baru ditinggalkan oleh Mustafa telah memasuki lif dengan menggonggong hatinya yang duka.
Johan telah masuk kebiliknya. Tubuhnya direbahkan atas katil. Hatinya amat sedih. Dalam sepi dan dingin bilik itu, Johan menangis sendirian.
*** ***
Dewan tamu apartment Namlatun Sa’adiah sepi.Dingin.
Namlatun Sa’adiah, Mustafa, Johan, Anisah Johan dan Anita Caddy duduk atas sofa. Baru sebentar mereka bersalaman.Degup jantung Anisah Johan seperti mengopak-ngopak dinding dadanya. Johan tidak dapat mengetahui akan sebab-sebab dia hadir di situ bersama mereka. Dia menyangka, kehadirannya hanya menjadi tetamu Namlatun Sa’adiah sahaja.
“Abang, cakaplah,”kata Namlatun Sa’adiah kepada Mustafa.
“Eh, cakaplah,”sahut Mustafa dan memandang kekasihnya.
“Abang mula dulu…,”kata Namlatun Sa’adiah.
“…baiklah,”kata Mustafa.
Mustafa bangun dari sofa. Dua bola matanya merenung wajah Johan. Senyum. Matanya meniti pula atas wajah dua orang gadis, di hadapannya.
“Assalamu alaikum, …begini, kita bertemu malam ini, hendak pertemukan antara dua manusia yang tidak pernah bertemu…,sebelumnya, …ia, kita hendak temukan Encik Johan dengan Cik Anisah Johan…,”kata Mustafa seraya duduk semula atas sofa..
Johan terasa tubuhnya menggigil. Dia merenung wajah Anisah Johan. Gadis itu tunduk. Wajahnya dibungai senyuman.
“…ia, Cik Anisah ada bapanya bernama Johan, tetapi sejak lahir dia tidak pernah bertemu bapanya.,”kata Mustafa. Senyum.
Bersama kita ini ada Encik Johan yang pernah berniaga kayu balak di Hutan Belum, Temengor…, di Malaysia,”tambah Mustafa.
Namlatu Sa’adiah menyambung percakapan Mustafa, “…Encik Johan telah berkahwin dengan seorang gadis Orang Asli di sana…, Zainab binti Abdullah…,”kata Namlatun Sa’adiah.
“…kerana Lembah Temengor di tenggelami tasik setelah empangan hydro elektrik Temengor di bina oleh Lembaga Litrtik Negara Malaysia di sana, mereka terpisah…,”kata Namlatun Sa’adiah lagi.
Dada Johan terasa sebak. Amat sedih hatinya mengingati isterinya, Zainab. Wajah Anisah Johan direnugnnya. Pada wajah gadis itu ada iras-iras wajahnya.
“ …sekarang kita hendak temukan bapa dengan anak, saya minta Cik Anisah Johan bercakap,”kata Namlatun Sa’adian dan merenung wajah gadis itu.
“…dengan nama Allah, saya Anisah binti Johan hin Mat Wali, …ibu saya, Zainab binti Abdullah, seorang perempuan Orang Asli, kaum Temiar, dalam rimba Banding, Lembah Temengor,Malaysia,” Anisah Johan bercakap sambil mengesat air matanya yang mengalir atas kedua belah pipinya.
Johan merenung wajah Anisah Johan. Dadanya sebak. Kalau tidak kerana di hadapannya ada gadis-gadis berpelajaran tinggi, tentulah dia meraung dan melolong di situ.
“…ibu saya telah bercinta dengan Encik Johan, seorang saudagar kayu balak yang menjalankan perusahaan membalak di Lembah Temengor, …ibu saya telah memeluk agama Islam, kemudian dia telah berkahwin dengan Encik Johan…,”jelas Anisah Johan.
Johan tunduk dan dua biji matanya bagaikan bergolek di hujung kakinya. Anisah Johan memandangnya. Sedih sambil menahan air mata dari membenak dalam dua telaga matanya.
“…kita manusia dengan segala karenah…, takdir di tangan Allah, …setelah ibu saya melahirkan saya, dia tidak pernah bertemu dengan suaminya…,”ujar Anisah Johan.
“Semenjak saya dilahirkan ke dunia ini, saya tidak pernah bertemu dengan bapa saya,…saya tidak tahu, adakah bapa saya masih hidup atau telah…,” ujar Anisah Johan lagi.
Johan bangun terpacak. Dengan telaga matanya digenangi air, dia merenung kepada anaknya, Mustafa dan gadis-gadis di hadapannya, “…sayalah Johan, sayalah Johan bin Mat Wali yang telah berkahwin dengan Zainab binti Abdullah…, saya bersalah, …ayah salah,anak…”
Pada detik-detik begitu Johan tidak dapat menahan tangisannya. Dadanya sebak. Degup jantungnya bergegar bagaikan bergegarnya tube melungsur dalam perut bumi Bandaraya London.
“ …demi Allah, saya yakin, Anisah ini anak saya, dia ada iras-iras saya…,”kata Johan lagi.
Anisah telah bangun dari tempat duduknya dan duduk bersimpuh di hadapan Johan. Air matanya membasahi pipinya. Dari tas tangannya telah dikeluarkan sebuah Quran kecil. Quran itu diletakkan atas paha Johan. Johan memegang Quran itu bersama tangan kanan anaknya.
“Ayah, ini Quran yang emak tinggal, kenang-kenangan emak kahwin dengan ayah,”kata Anisah Johan.
“…Anisah, anak ayah, maafkan ayah,”rayu Johan.
“Ayaaah, …Anisah anak ayah,”kata Anisah Johan lalu memeluk tubuh bapanya.
Anisah Johan mencium kedua belah pipi bapanya.Dia berkeadaan anak kecil, memeluk dan menciumi bapanya sambil menganis.Sesekali Johan mengucup dan mencium ubun-ubun anaknya yang berbungkus dalam seledang putih.
Johan masih memegang Quran kecil yang telah diterima dari anaknya. Kalimat-kalimat ‘Kenangan pernikahan kita – Johan bin Mat Wali dan Zainab binti Abdullah’ tertulis atas muka dalam kitab suci itu, direnung oleh Johan dengan dua biji matanya yang digenangi air jernih.
Johan menangis lagi. Anisah Johan menangis lagi.
Anita Caddy yang sejak tadi merakamkan peristiwa sedih itu dengan kameranya, telah mengesat air matanya yang mengalir atas kedua belah pipinya.Tangan kananya mengurut dadanya. Sedih dan pilu telah membungkus hatinya yang muda.Pada saat-saat pilu begitu, dia teringatkan aruah bapanya, yang telah dibunuh oleh sekumpulan orang-orang Yahudi, di Palestin, pada tahun 1991.
Bapanya berasal dari Scotland. Dia menjadi imam masjid, di sebuah kampung di Palestin. Pada waktu dia dan dua orang mualim, seorang Arab dan seorang British sedang berjalan pulang dari sembahyang fardu Isyak, di masjid itu, mereka telah dikepung oleh orang-orang Yahudi. Di situ juga orang-orang Yahudi itu telah dibunuh mereka dengan menggunakan batang-batang besi baip dan beberapa batang besi tajam.
“Ayah…,”bisik Anita Caddy dalam keluhan.
Ibunya telah meninggal dunia dalam khemah pelarian di Palestin setahun kemudian dari kematian bapanya..
Sebaik-baik sahaja tangisan orang dua beranak itu reda, Namlatun Sa’adiah berkata, “…kita bersyukur kepada Allah, kerana pada hari ini, kita telah dapat menemukan seorang anak dengan bapanya yang tidak pernah bertemu sebelumnya.”
“Saya berterima kasih kepada Anita Caddy yang telah berusaha sehingga Cik Anisah bertemu dengan bapanya, Encik Johan,”kata Namlatun Sa’adiah.
“Ia, saya mengucapkan terima kasih kepada Cik Anita…,”kata Johan dan merenung wajah Anita Caddy.
Anita Caddy bertanya kepada dirinya sendiri; mengapa setiap kali dia menatap wajah Johan, hatinya rasa tenang, mesra dan ada keinginan yang mengghairahkannya. Dia teringat akan pribahasa Melayu yang pernah dibacanya, ‘tak kenal maka tak cinta’. Pada saat itu juga dia lantas teringat akan sebuah pantun cinta:
Dari mana datangnya lintah,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati.
“Hari ini saya akan kenduri, kita makan masakan orang Arab,” Kata Mustafa dalam bahasa Inggeris, sambil berdiri.
“…jangan, saya yang akan kenduri, …kenduri syukur kepada Allah kerana saya telah bertemu dengan anak perempuan saya, Anisah…,”kata Johan dalam bahasa Inggeris juga..
Johan berdiri dan Anisah berdiri di sampingnya. Tangan Anisah masih membelit pinggang bapanya. Johan telah menjunjung Quran kecil itu dan kemudian telah menciumnya. Sementara Anita Caddy telah merakam setiap gerak geri dalam peristiwa itu.
Namlatun Sa’adiah telah menghidangkan kepada mereka minuman ringan.
Pada tengah hari itu mereka telah makan makanan yang di masak cara masakan Arab, di sebuah restoran Arab, di Adgware Road. Makanan tersebut, seekor kambing, seekor ayam Belanda, burung merpati,sayur-sayuran segar dan nasi minyak.
“Dalam kawasan ini ramai orang Arab berniaga, Encik Johan,”Namalatun Sa’adiah memberitahu Johan.
“Ia, di kedai-kedai di sana tu, nampak bertimbun-timbun surat khabar Arab…,”sambut Johan.
“Di London, …di England ramai orang Arab, India, Pakistan berniaga,”kata Anita Caddy.
“ Orang Inggeris tidak kacau mereka itukah?”Johan bertanya.
“Tidak, di Britain ini orang-orang Kristian dan orang –orang Islam bersahabat baik, macam satu keluarga,”jawa Anita Caddy.
“Baguslah, kalau macam itu, saya pun hendak tinggal di sini…,”kata Johan.
“Ia, bagus, Encik Johan dan Anisah boleh berniaga di sini, …misalnya tubuhkan kolej Islam, bawa pelajar-pelajar Islam Malaysia belajar di sini…,”anjur Anita Caddy.
“Ia, bagus, …apa macam Anisah,”Johan bertanya kepada anaknya.
“…elok, …boleh,”sahut Anisah Johan.
“Kita namakan ‘Johan Islamic College’…,”sahut Mustafa.
“Bagus, saya akan sokong,”sambut Anita Caddy.
Johan senyum.Tulang kambing yang masih bersisa isinya, di tangannya, diletakkan dalam pinggannya.
Anita Caddy sedang merenungnya.(Sedutan dari manuskrip novel, Kelip - Kelip Di Kota London, oleh: Mokhtar Petah).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.