Oleh: Mokhtar Petah
Ulaanbaatar, Mongolia - Kementerian Makanan,Pertanian dan Indusdtri Ringgan Demokrasi Mongolia berharap Menteri Pertanian dan Asas Tani Malaysia bekerjasama dalam bidang pertani untuk kemakmuran dusa negara bersejarah di Asia, demikian Penolong Menteri berkenaan, Zoljargal Khadbaar dalam pertemuan dengan saya di pejabatnya.
Saya bersama rombongan telah menemui beliau di pejabatnya. Saya telah menyampaikan warkah muhibbah dari Dato' Noh Omar.
Dalam pertemua lebih satu jam itu, Zoljargal Khadbaar bercakap dalam bahasa Mongol dcan diterjemahkan oleh dua wanita pergawainya dan saya bercakap bahasa Melayu dan diterjemahkan oleh dua jurubahasa - gadis Nongolia dan pemuda pihak saya.
"Kami, kerajaan Mongolia berharap Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Noh Omar dapat meluangkan masa untuk melawat negara kami dan bekerjasama dengan kami dalam bidang perrtanian kerana Malaysia lebih maju dari negara kami."
"Negara kami terlalu banyak haiwan ternakan seperti lembu dan berbagai jenis kambing.Mulai hari ini sebuah syarikat dari Malaysia sedang melangkah untuk meneroka bidang penyembelihan haiwan mengikut kaedah halal oleh Jabatan kemajuan Islam Malaysia dan akan diekspor ke negara di seluh dunia,"katanya.
"Kami berharap, apabila Dato' Noh Omar melawat ke sini nanti kami akan menandatangani perjanjian kerjasama dalam bidang pertanian antara dua negara bersejarah ini,"katanya lagi.
"Sejak zaman sila Mongolia dan Malaysia ada hubungan persahabatan, tetapi di segi pembangunan Malaysia lebih jauh maju ke hadapan," tambahnya.
Mongolia memerlukan makanan untuk lebih 2 juta rakyatnya. Buah - buahan dan sayur-sayuran bergantung dari negara luar dan negara terdekat ialah China.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.