Wednesday, October 14, 2009

BERITA LUAR NEGARA

KERJASAMA UMAT ISLAM MALAYSIA DAN MONGOLIA

Oleh:Mokhtar Petah

Ulaanbaatar, Mongolia - Umat Islam Mongolia berharapa kersama antara umat Islam Mongolia dengan umat Islam Malaysia dapat menjalin hubungan yang erat jika dapat mengembangkan pengalaman umat Islam dan sayap ke negara ini.
Penasihat Dasar Penanaman Modal kepada Perdana Menteri Monggolia, Sairaan Kader telah mengemukakan harapanya dalam pertemuan dengan rombongan muhibah dari , di sin petang in.
"Kami umat Islam di sini belum mencapai kemajuan seperti umat Islam Malaysia, maka kami harap dapat memberi kejasama dan nasihat kepada kami untuk meningkatkan syiar Islam di negara kami," kata Sairaan Kader yang juga pemimpin Persatuan Umat Islam di sini.
"Dengan bantuan kewangan Arab Saudi, kami akan membina sebuah masjid dan intitut pengajian Islam dalam Bandar Ulaanbaatar ini," katanya lagi.
"Beliau yakin kerajaan Malaysia, terutama Kementerian Pertanian dapat membantu Kerajaan Mongolia dan umat Islam di sini membangunkan ekonomi umat Islam yang masih mundur," tambahnya.
Menjawab pertanyaan, beliau yakin jika Bank Islam dan Agro Bank Malaysia dapat mengembangkan sayapnya di negara ini, ekonomi umat Islam Mongolia akan segera meningkat dan maju.
Menurutnya hubungan pemerintah Mongolia dengan umat Islam sangat baik.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.