KHIRUL UMMAH
Allahu Akbar!
|
Beras pulut impit mengimpit,
Berdakap mesra dalam ruang,
Santan kelapa lamak manis,
Laksana susu wanita beranak sulung,
Sebuku garam secukup rasa.
Allahu Akbar!
Pulut, santan garam berpadu,
Berdakap mesrA hasad tiada,
Berselimut daun pisang muda,
Pisang bernama awak lega’
Dibawa gadis hujung perrmatang.
Allahu Akbar!
Rela berpadu dalam usus muda,
’Buluh lamang’ nama terbilang,
Segar melambai di lembah desa,
Dibawa mari jejaka taqwa.
Sedia berjihad demi Khairul ummah.
Allahu Akbar!
Hari raya berkesut mesra,
Mengusap jantung khairul insan,
Tawakal rakyat dan para pemimpin,
Dalam keimanan, ketakwaan abadi,
Perpadu erat di hadapat Rabbi.
Allahu Akbar!
Mari Najib, Hadi dan Anwar,
Berjabat salam mengukuh iman,
Sengketa berkurun hapuskan segera,
Buang dendam fahaman asobia,
Dinul Islam peganglah ummah.
Allahu Akbar!
Tidak ke mana Anwar dan Hadi!
Ke hulu tidak kehilir tidak, hai Najib!
Air setasik tinggal seguri,
Emas segunug tinggal sebiji ,
Rakyat menjeri dik berdarah gusi.
Allahu Akbar!
Ummah lain bertepuk tangan,
Lagak kelian mencocok mata,
Lakonan kalian dimurka Ilahi,
Kokok gugat alam ekor gelumang tahi,
Kuasa Melayu jadi angan dan mimpi.
Janda Baik ...........................Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.