CINTA NABI MUSA
Para Rasul Allah adalah manusia biasa. Mereka seperti manusia-manusia lain juga, dicintai oleh wanita-wanita dan mereka mencintai wanita-wanita. Mereka berkahwin ada yang berkahwin lebih dari dua orang seperti dengan hamba sahaya, ada yang berkahwin sampai sebelas orang wanita dan ada yang sampai sembilan puluh sembilan orang.
Percintaan Nabi Nuh a.s. dan Nabi Luth a.s. dengan isteri mereka tidak sampai ke hujung kerana isteri mereka mendurhaka kepada Allah Taala dan tidak setia kepada mereka. Manakala Nabi Ismail a.s. menceraikan isterinya, kerana bapanya, Nabi Ibrahim a.s. tidak menyukai isterinya.
Nabi Musa a.s., walaupun Baginda sudah bertemu dengan anak gadis, gadis itu jatuh cinta kepadanya dan Baginda juga tentunya jatuh cinta kepada gadis itu, tetapi terlalu mahal harga cintanya, kerana lapan tahun Baginda mesti bekerja dengan bakal bapa mertuanya, iaitu Nabi Syuib a.s., barulah boleh berkahwin.
Dalam Al Quran Allah Taala memberitakan tentang Nabi Musa a.s. telah berhijrah dari negeri Mesir. Kemudian bertemu dengan dua orang gadis cantik. Baginda dijemput ke rumah gadis dan kemudian Baginda bekerja di rumah gadis-gadis tersebut selama lapan tahun.
Dan telah datang seorang lelaki dari hujung bandar dengan tergesa-gesa seraya berkata: "Hai Musa sesungguhnya pembesar negeri sedang bermesyuarat tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari bandar ini), sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat.
Maka keluarlah Musa dari bandar itu dan rasa takut menunggu-nunggu (khuatir kalau ada orang-orang yang mengekorinya dan untuk menangkapnya) dengan khuatir. Dia berdoa: "Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu.
Setelah menempuh perjalanan yang sangat jauh, maka sampailah Nabi Musa a.s. ke negeri Madyan. Dalam keadaan Baginda penat dan lapar, Baginda tiba di suatu tempat yang ada mata air (sumber air) dan dilihatnya ramai gembala-gembala haiwan sedang memberi minum haiwan-haiwan ternakan mereka. Dilihatnya dua orang gadis jelita (gembala kambing) sedang menunggu di belakang gembala-gembala tersebut. Mereka menghadapi kesukaran untuk memberi minum kepada kambing-kambing mereka disebabkan semua gembala-gembala itu terdiri daripada orang-orang lelaki.
Dari tempat Baginda duduk berteduh di bawah sepohon pokok yang tidak jauh dari situ, Baginda pergi mendapatkan dua orang gadis itu untuk membantu mereka memberi minum kepada kambing-kambing mereka.
Dan Tatkala dia (Musa) sampai di mata air (sumber air) negeri Madyan dia (Musa) menjumpai di sana sekumpulan orang-orang yang sedang memberi minum (ternakan), dan dia (Musa) menjumpai (nampak) belakang orang-orang itu dua orang wanita yang sedang menghambat (ternakan). Musa bertanya: “ Apakah maksud kalian” (dengan berbuat begitu)? (Kedua-dua wanita) menjawab: “Kami tidak dapa memberi minum (haiwan-haiwan ternakan) sedangkan bapa kami seorang tua yang telah lanjut usianya.
Maka dia (Musa) memberi minum haiwan-haiwan ternakan kepunyaan dua gadis itu (menolong) kedua-duanya. Kemudian dia kembali ke tempat dia berteduh lalu berdoa: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (menurut sebahagian besar ahli-ahli tafsir permohonan Nabi Musa a.s. itu
bertujuan mendapatkan sedikit makanan).
Kemungkinan, kedua-dua gadis tersebut mengucapkan terima kasih kepada lelaki yang telah menolong mereka itu. Kemungkinan juga seorang dari dua gadis itu tertawan dengan budi bahasa Nabi Musa a.s. sebelum mereka meninggalkan tempat mata air itu. Hal ini adalah di bawah qudrat dan iradat Allah S.wT.
Tidak lama kemudian kedua-dua gadis itu datang semula mendapatkan Nabi Musa yang masih duduk di bawah pohon tidak jauh dari tempat mata air itu.
(Kemudian) maka datanglah salah seorang dari dua gadis itu menemui Musa, berjalan kemalu-maluan, dia berkata: “Sesungguhnya bapaku menjemput kamu supaya dia (Nabi Syu'ib) memberi balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternakan) kami." Maka tatkala Musa menemui bapa gadis itu (Nabi Syu'ib) dan menceritakan kepadanya cerita (perihal dirinya). (Syu'ib) berkata: “Janganlah kamu takut, kamu telah terselamat dari orang-orang yang zalim itu.”
Salah seorang dari dua gadis itu berkata: "Ya bapa ambillah dia sebagai orang yang bekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik bapa ambil untuk bekerja (pada kita) orang yang kuat
lagi dapat dipercayai.”
Cadangan salah seorang dari dua anak gadisnya itu, disetujui oleh Nabi Syu'ib AS. Fikiran anaknya itu adalah baik untuk keluarganya. Dan kemudiannya Nabi Shu'ib AS berbincang dengan Nabi Musa AS.
(Syu'ib) berkata: "Sesungguhnya aku bertujuan menikahkan kamu dengan salah seorang dari dua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberatkan kamu. Dan, Insya Allah kamu akan dapati aku termasuk orang-orang yang baik.”
Dia (Musa) berkata: "Itulah (perjanjian) antara aku dan kamu. Mana saja dari dua waktu yang ditentukan itu aku sempurnakan, maka tidak ada tuntutan tambahan atas diri ku (lagi). Dan Allah adalah saksi atas apa yang kita berdua setuju.
Nabi Allah Musa a.s. telah melaksanakan janjinya dengan Nabi Syu'ib a.s, iaitu bekerja di bawah bakal bapa mertuanya. Setelah cukup masanya, Nabi Musa a.s. yang mencintai gadis anak Nabi Syu’ib a.s. dan anak gadis itu mencintainya, maka mereka pun dinikahkan oleh Nabi Syu'ib a.s.
Nabi Musa a.s. membawa isterinya itu berhijrah ke Mesir kerana Baginda berkewajipan menunaikan perintah Allah Taala supaya mendakwah firaun dan rakyatnya menyembah Allah Yang Maha Esa.
HADIS
ANJIN MENJILAT MUNTAH
Jangan anda membeli kuda yang anda telah menghadiahkan kepada seseorang Jangan anda mengambil semula barang yang anda telah menghadiahkan kepada seseorang walaupun dia menjualkannya kepada anda dengan harganya satu dirham cuma, kerana orang yang mengambil semula sedekahnya (walapun dengan cara membeli), adalah sama dengan anjing menjilat muntahnya sendiri
PETUA
LELAKI DAYUS
Lelaki yang sihat, memiliki tenaga batin yang sempurna, ada harta, ada pengetahuan yang sempurna dan berkemampuan berpoligami,tetapi tidak mahu melakukannya, maka dia tidak mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s . a. w., maka dia tidak dalam golongan umat Junjungan. Jika dia tidak dapat berpoligami kerana takutkan isterinya, maka dia adalah lelaki dayus. Nabi Muhamad s.a.w. ada menegaskan, lelaki dayus tidak akan dapat masuk sysurga.
TAHUKAH?
PASIR MENTERI BESAR
Sebilangan besar penduduk kampung Negeri Sembilan, termasuk kawwasan DUN Bagan Pinang, takut hendak mengambil pasir sungai sekadar untuk memambus lubang tikus, kerana mereka menganggapkan pasis dalam sungai di seluruh negeri sembilan kuasa itu milik Menteri Besar.
Pada ketika ditanya kepada beberapa aorang UMNO di NS, mereka memberitahu, adik beradik MB itu menjaga pasir di negeri tersebut.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.