Friday, September 25, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN




BUMI

(Allah) yang menciptakan bumi untuk hamparan bagi kalian dan langit untuk atap dan menurunkan hujan dari langit (awan), maka tumbuhlah (keluar) kerananya buah-buahan untuk rezeki kalian, sebab itu janganlah kalian adakan sekutu Allah (ertinya menyembah atau beriman lain dari Allah) sedangkan kamu mengetahui.[1]

Kata Musa: Sesungguhnya Allah mengatakan, bahawa lembu betina itu bukanlah yang telah patuh membajak bumi dan mengangkut air, sihat dan warnanya tidak berbelang sedikit pun. Kata mereka: Sekarang engkau telah menerangkan yang sebenarnya, lalu mereka sembelih lembu betina itu dan hampir mereka tidak dapat memperbuatnya.[2]

Tidakkah engkau ketahui, sesungguhnya pemerintahan langit dan bumi itu milik Allah. Dan tidak ada yang menjadi Pemelihara (Pelindung) dan Penolong bagi kalian selain

dari Allah.[3]

(Dia) yang mengadakan langit dan bumi dengan indahnya, dan apabila Dia (Allah) hendak memutus

kan sesuatu perkara, hanya Dia (Allah) mengata -kan - Jadi, maka lalu jadi.[4]

Sesungguhnya tentang ciptaan langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, kapal yang belayar di lautan yang memberi manfaat kepada manusia, air (hujan) yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu dihidupkannya (kerana hujan itu) bumi yang telah mati (kering kontang) dan berkeliaranlah berbagai jenis haiwan, dan perkisaran angin dan awan yang dipe­rintah bekerja di antara langit dengan bumi, sesungguhnya semua itu menjadi bukti kebenaran bagi orang-­orang yang berakal.[5]

Hai manusia, makanlah sebahagian dari makanan yang ada di bumi ini, yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang terang bagi kamu.[6]

Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian yang baik-baik dari hasil usaha kalian dan hasil-hasil yang kami keluarkan dari bumi, dan jangan kalian pilih yang buruk-buruk di antaranya yang akan kalian nafkahkan, sedangkan kalian sendiri tidak mahu mengambilnya, melainkan dengan memicingkan mata,dan ketahuilah bahawa

Allah itu kaya dan terpuji.[7]


(Berilah sedekah) untuk orang-orang yang fakir (miskin) yang terkepung di jalan Allah, mereka tidak dapat berjalan keliling bumi (negeri), orang-

orang yang tidak tahu mengira bahawa mereka masih mampu, kerana suci jiwa mereka (tidak mahu minta-minta): Kalian kenal mereka-mereka dengan tanda-tandanya, mereka tidak mahu meminta berulang kali dan barang-barang yang baik yang kalian nafkahkan itu, sesungguhnya Allah mengetahui.[8]

Sesungguhnya orang-orang kafir itu dan mati mereka itu dalam kekafiran. Maka tidak diterima dari mereka itu emas (banyak) sepenuh bumi kalau mereka hendak menebuskan diri mereka dengan itu. Mereka beroleh siksaan yang pedih dan mereka tidak mempunyai orang-orang yang menolong.[9]

Kepunyaan Allah apa yang di langit (planet-planet) dan yang di bumi, dan kepada Allah kembali segala perkara.[10]

Kepunyaan Allah apa yang di langi( (planet-planet) dan di bumi, diampuni-Nya siapa yang disukai-Nya disiksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah itu pengampun dan penyayang.[11]

... ketika mereka mengadakan perjalanan di bumi atau dalam peperangan...[12]

Kepunyaan Allah pemerintahan langit (planet-planet) dan bumi....[13]

Sesungguhnya tentang kejadian langit (planet-planet) dan bumi....[14]

... tentang kejadian langit (planet-planet) dan bumi ...[15]

Supaya didatar (sama)kan saja dengan bumi...[16]

dan apa yang di bumi, dan Allah mengetahui segala sesuatu.[17]

... dan apa yang di bumi. Cukuplah Allah sebagai Pelindung.[18]

...Apa yang di langit dan di bumi, dan Allah itu Maha Mengetahui dan Bijaksana.[19]

...Dan milik Allah pemerintahan langit dan bumi dan yang di antara keduanya.[20]

Hai kaumku, masuklah ke bumi suci (Makkah)..[21]

... mereka mengembara di bumi (dunia) ...[22]

(Kemudian) Allah mengirim seekor gagak menggali tanah memperlihatkan kepadanya bagaimana di menanam (mayat) saudaranya.[23]

... Siapa yang membunuh seorang manusia tidak kerana - hukuman - atau kerana membuat angkara di bumi (dalam negeri) ...[24]

... tetapi kebanyakan manusia masih melanggar keputusan sesudah itu di muka bumi.[25]

Tidakkah mereka perhatikan, berapa banyak generasi telah kami binasakan sebelum mereka, kami telah teguhkan kedudukan mereka di muka bumi....[26]

Banyak lagi perkataan 'Ard' (ARAB) di dalam ayat­-ayat Al-Quran. Pembaca bolehlah menelitikannya dari ayat ke ayat di samping memahami ada' Ard' diertikan bumi dan ada yang diertikan negeri seperti dalam Al- Maidah: 21 dan Ar-Rum: 3 yang bererti negeri, iaitu Palestin:

Di bumi (negeri) yang dekat (Palestin dan Syria pada tahun 614-615 Masihi, iaitu sebelum waktu ini diturun­kan kepada Nabi Muhammad s.a.w.) dan mereka

setelah kalah itu akan menang lagi (Berlaku peperangan antara kerajaan Parsi dan Kerajaan Rumawi. Dalam masa yang singkat kerajaan Rumawi memperoleh kemenangan semula) nanti.

Terlalu banyak di dalam Al Quranul Karim Allah SWT menerangkan tentang 'ard' atau bumi. Itulah dinamakan falsafah bagi kehidupan manusia yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad. Kemudiannya Nabi agung itu menjadi seorang yang serba tahu, bijaksana dan

penyuluh bagi ,kehidupan manusia.

Sains dan Teknologi sama ada dilaksanakan oleh manusia secara kuno atau primitif atau secara moden adalah memerlukan bumi, tanah tanih, batu batan dan segala yang ada di atas muka bumi dan di dalamnya.

Allah Taala mengajar manusia dengan perkataan 'Ard' atau bumi supaya manusia menerokanya mengikut kemampuan sains teknologi bagi faedah kepada manusia seluruhnya.

Di bumi manusia yang ahli dalam bidang sains teknologi memperolehi berbagai-bagai jenis bahan untuk kepentingan manusia, iaitu batu berbagai-bagai jenis batu logam berbagai jenis logam, minyak dan gas dan lain-lain

Demikian juga di atasnya manusia memperolehi berbagai-bagai jenis bahan yang memberi faedah kepada manusia, seperti tanaman, tumbuh-tumbuhan, air, haiwan serangga dan sebagainya.

Malangnya, umat Islam yang menerima Al Quran sebagai pedoman kehidupan dunia dan akhirat tidak ramai yang mendalami rahsia dari Al Quran, maka kesempatan itu orang-orang yang tidak beragama Islam yang menerok rahsia itu, lalu mereka menjadi maju dan kita pula yang menjadi kagum melihat kemajuan mereka.

Sains teknologi mestilah diwujudkan kepentingan umat manusia - untuk keamanan dunia sejagat, untuk kemakmuran penduduk-penduduk dunia.

Tetapi, agak malang sekali, sekarang ini manusia-manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan dan melaung-laungkan perikemanusiaan telah menggunakan sains teknologi untuk kepentingan diri dan negara mereka. Mereka menggunakan sains teknologi untuk membunuh umat manusia, memusnahkan negara orang lain dan pendeknya sains teknologi digunakan untuk memuaskan nafsu kebinatangan yang ada pada manusia yang berilmu pengetahuan.

Rakyat negara ini yang terdiri dari orang-orang Islam dan non muslim (sama-sama menjunjung perlembagaan yang mengambil agama Islam sebagai agama rasmi negara) mestilah berusaha menjadikan sains teknologi untuk memberi faedah kepada umat manusia dan menghindarkan daripada menggunakannya untuk memusnahkan umat manusia.

Bumi Malaysia amat kaya dengan segala kandungannya dan yang di atasnya, maka sudah tibalah masanya rakyat Malaysia - terutama ummah meneroka bidang sains teknologi dengan menggunakan 'bumi' sebagaimana yang ditunjukkan oleh Allah Taala di dalam Al Quranul Karim.

Maha Suci Allah mewahyukan 'Ard' (bumi) kepada Nabi Muhammad SAW. Kita umat Islam yang mengikut jejak Nabi Agung itu mestilah bangun meneroka bidang sains teknologi, supaya kita berjaya menjadi bangsa yang besar dan umat yang bangun di akhir zaman ini.

[1] Al Baqarah: 22

[2] Al Baqarah: 71

[3] Al Baqarah: 107

[4] Al Baqarah: 117

[5] Al Baqarah: 164

[6] Al Baqarah: 168

[7] Al Baqarah: 267

[8] Al Baqarah: 273

[9] Ali Imran: 91

[10] Ali Imran: 109

[11] Ali Imran: 129

[12] Ali Imran: 156

[13] Ali Imran: 189

[14] Ali Imran: 190

[15] Ali Imran: 191

[16] An Nisa: 42

[17] An Nisa: 126

[18] An Nisa:132, 171

[19] An Nisa: 170

[20] Al Maidah: 17, 18

[21] Al Maidah: 21

[22] Al Maidah: 26

[23] Al Maidah: 31

[24] Al Maidah: 31

[25] Al Maidah: 31

[26] Al Ana`am: 6 (RDaQ.mp)

HADIS

ANAK KUNCI KEBAIKAN

Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: Sesuatu yang baik ibarat peti besi (khazanah) dan bagi tiap peti besi ada anak kuncinya, maka berbahagialah bagi sesiapa yang Allah menjadikannya sebagai anak kunci kebajikan dan penyelak kepada kejahatan. Sebaliknya celakalah (sial dan masuk neraka) bagi sesiapa yang mnenjadikan anak kunci kepada kejahatan dan penyelak kepada kebaikan.

- Perawi: Ibnu Majah

PETUA

PENGENDALI BLOG

Setiap orang yang mengendalikan blog dan lama web atau apa jua media maya, maka dia adalah sebagai seorang penulis, cendekiawa, pendakwah dan pensyarah universiti maya, maka, jagalah etika sebagai seorang penulis, cendekiawan, pendakwah dan pensyarah universiti maya; elakkan diri dari menulis perkara yang buruk, mencarut, mengata orang dan melakukan perkara yang sia – sia. Sesungguhnya dari rangkaian media maya itu akan menjadikan anda orang mulia atau orang hina, atau lebih tegas orang bakal ke syurga atau bakal ke neraka.

TAHUKAH?

NASIHAT KEPADA DR. MAHATHIR

Kita mengakui Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang berjasa besar kepada negara dan rakyat negara ini, tetapi tahukah, banyak dari percakapan atau ucapan beliau pada masa ini menyembunyikan banyak kesilapan dan ke salahan beliau pada masa memegang jawatan PM Malaysia. Bagi orang yang arif, kasaf dan pandang telus terhadap manusia; melihat beliau sebagai seorang yang resah, kecewa dan mengalami gangguan pada perasaan halusnya.

Seorang mualim, melalui saya telah menasihatkan Tun Dr. Mahathir Mohammad: “Lebih baik buat amal ibadat dan banyakan berzikirullah, ratib nama dan memuji Allah dan sebagainya dari membebel – menyalah orang lain. Dia kita dah di hujung usia, tangga kata pergi ..., kubur kata mari."















No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.