SUNGAI
Setelah Thalut keluar dengan bala tenteranya, dia mengatakan: Bahawa Allah mengujimu dengan sebuah sungai. Siapa yang meminum airnya, maka dia tidak dari golonganku, dan siapa yang tidak meminumnya, sesungguhnya dia dari golonganku, kecuali dia menyauk satu sauk dengan tangannya. Lalu mereka meminum air sungai itu, hanya sebahagian kecil sahaja dari mereka. Setelah Thalut melintasi sungai itu dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: Kita tidak mempunyai kekuatan lagi waktu itu, untuk memerangi Jalut dan bala tenteranya, Orang-orang yang mengetahui, bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka (Allah), mereka mengatakan: Berapa banyak pasukan kecil dapat mengalahkan pasukan besar dengan izin Allah. Dan Allah bersama orang-orang yang sabar.[1]
Kedua-dua kebun itu menghasilkan buah-buahan, dengan tidak kurang barang sedikitpun, dan di antara kedua-duanya kami alirkan sebatang sungai.[2]
Dan Firaun memberitahu kepada kaumnya, katanya: Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini milikku dan sungai-sungai ini mengalir di bawahku (Sungai Nil mengalir di bawah istana Firaun atau dalam kawasan kekuasaannya)? Tidakkah kalian melihat (nampak).[3]
Perumpamaan taman (syurga) yang dijadikan bagi orang-orang yang bertaqwa, di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah - sungai-sungai dari susu yang rasanya tidak berubah, sungai dari air anggur yang amat lazat rasanya bagi mereka yang meminum dan sungai-sungai dari madu yang hening jernih. Di sana mereka mendapati beraneka buah-buahan dan keampunan Allah - orang-orang yang dalam kesenangan begitu rupa adakah sama dengan orang yang tinggal kekal dalam neraka, dan diberiminum air yang mendidih sehingga putus berpotong-potong, tali perut mereka?[4]
Sesungguhnya orang-orang yang memelihara diri dari kejahatan (taqwa) berada di dalam taman (di antara sungai-sungai).[5]
Allah Subhanahu wa Taala telah mencipta beribu-ribu sungai besar dan kecil, sungai panjang dan pendek di seluruh dunia, termasuk di negara-negara dalam lingkungan Asia dan Nusantara.
Sungai-sungai itu mengalirkan airnya ke laut yang kemudiannya air tawar bercampur baur dengan air masin, lalu air sungai itu hilang namanya dan dikenal dengan air laut sahaja.
Terdapat dua puluh batang sungai yang terpanjang di duniaiaitu:
1. Sungai Nil di Mesir panjangnya 6695 kilometer.
2. Sungai Amazon di Amerika Selatan panjangnya
6437 kilometer.
3. Sungai Yangtze di Cina panjangnya 6276
kilometer.
4. Sungai Mississippi - Missouri di Amerika Utara
panjangnya 6228 kilometer.
5. Sungai Yenisey di Anggara (Aisa) panjangnya
5536 kilometer.
6. Sungai Hung Do (sungai kuning) di Cina
panjangnya 1536 kilometer.
7. Sungai Ob di Irtysh (Asia) panjangnya 5407
kilometer.
8. Sungai Zaire di Congo di Mrika panjangnya 4667
kilometer.
9. Sungai Amur di Asia panjangnya 4506 kilometer.
10. Sungai Lena di Asia panjangnya 4345 kilometer.
4345 kilometer.
12. Sungai Parana di Rio de la Plata dalam Amerika
Selatan
panjangnya 4323 kilometer.
13. Sungai Mackenzie dalam Amerika Utara
panjangnya 4248
kilometer.
14. Sungai Niger di Afrika panjangnya 4184
kilometer.
15. Sungai Volga di Asia panjangnya 3702 kilometer.
16. Sungai Murry di Darling dalam Australia
panjangnya 3702 kilometer.
17. Sungai Zambezi dalam Afrika panjangnya 3540
kilometer.
18. Sungai Orinoco di Amerika Selatan panjangnya
3540 kilometer.
19. Sungai Madeira dalam Amerika Selatan
panjangnya 3235 kilometer.
20. Sungai Yukon dalam Amerika Utara panjangnya
3186kilometer.
Semua sungai menjadi jalan bagi manusia, iaitu mengembara ke hilir dan ke hulu dengan menggunakan perahu, tongkang, bahtera dan sebagainya. Allah Taala menjadikan berjenis-jenis ikan dalam sungai yang terkenal dengan nama ikan air tawar.
Sungai-sungai menjadi sumber yang penting bagi sains, teknologi manusia. Air sungai digunakan untuk kepentingan manusia seperti untuk minum, mandi, membasuh dan menyiram makanan dan sebagainya.
Dengan menggunaan sains teknologi manusia mengadakan empangan di sungai-sungai bagi mendapatkan - hydro-electric - tenaga elektrik dan mengalirkan air ke dalam sawah-sawah padi atau ladang-ladang.
Kuasa elektrik - hydro-electric dapat digunakan untuk kilang-kilang, rumah-rumah kediaman, pejabat-pejabat, gedung-gedung dan keperluan komunikasi dan sebagainya.
Allah Taala mencipta sungai-sungai dan manusia yang mempelajari cara-cara untuk menyambung kehidupan di dunia ini melakukan berbagai-bagai usaha menerusi sains teknologi dalam sungai-sungai bagi mendapatkan tenaga elektrik (Hydro-electric), membangun sawah padi, gandum, dan ladang serta ternakan.
Di samping itu menerusi sains teknologi juga air dari sungai disalurkan ke rumah-rumah orang ramai dan ke mana-mana bagi keperluan manusia.
Aswan Dam (empangan Aswan), empangan Karun - projek empangan Sungai Karuna dan Lar dam (empangan Lar)di Iran, Sanmexia Dam (empangan Sanmexia) di Cina dan lain-lain lagi adalah untuk mendapatkan tenaga elektrik di samping membangunkan kawasan pertanian bagi umat manusia.
Di negara kita ini terdapat banyak empangan, di antaranya Empangan Cenderoh dan Empangan Temenggor – Sungai Perak dan Empangan Kenyir di Terengganu membekalkan tenaga elektrik ke seluruh negara atau ke tempat-tempat yang tertentu.
Dengan sains teknologi juga manusia membina terusan (canal) di sungai-sungai bagi mengalirkan air ke kawasan-kawasan pertanian.
Air-air dari sungai termasuk hulu sungai diproses menerusi sains teknologi - menghasilkan air galian (mineral water). Pendeknya sungai memberi faedah kepada manusia dalam bidang teknologi.
Malangnya, manusia tidak menghormati Allah dan tidak berterima kasih - mereka mencemarkan pula sungai dengan berbagai cara, di antaranya membuang bahan-bahan sisa merbahaya, seperti air racun, kemikal, sampah-sarap, kotoran dan sebagainya.
Manusia hari ini walaupun, mempunyai ilmu pengetahuan bijaksana dan seumpamanya, tetapi mereka masih di tahap manusia 'Jahiliyah moden' yang mementingkan diri sendiri.
Kita bersyukur kepada Nabi Muhammad SAW dalam wahyu-wahyunya seperti yang dicatatkan di atas.
[1] Al Baqarah: 249
[2] Al Kahf: 33
[3] Az Aukhruf: 51
HADIS
Rasulullah Muhammad s.a.w. telah memaklumkan: Setiap harta yang dinafkahkan (pada perkara kebajikan) itu dikira (sumbangan) pada jalan Allah, kecuali harta yang dibelanjakan untuk mebina rumah (kediaman), tiada kebajikan padanya.
Perawi: Ahli Hadis, Anas radhiallahu ‘anh
PETUA
AHLI POLITIK
Jika anda berjuang dalam lapangan politik dan berperibadi ahli politik, mka anda hendaklah bertahan pada garis sempadan ini dan tidak melakukannya hingga akhir hayat anda. Jika anda melakukannya juga, anda adalah di antara berjuta – juta manusia dilaknat Allah dan dikutuk oleh umat manusia.Iaitu:
1 - Takbur dan ria, 2 – Mementingkan diri sendiri dan kaum irabat (dari peruntukan pemerintah), 3 – Bercakap bohong, 4 – Tidak silu berjanji tetapi tidak ditunaikan, 5 – melakukan rasuah, 6 - Lupa diri dan asal usul anda, 7 – Aktiv dalam harakah (Parti) bertujuan untuk faedah diri dan bukan perjuangan suci, 8 – Tidak amanah, 9 Tamak atau haloba, 10. Khianat ( berperangai menjatuhkan rakan seperjuangan), 11 – Bodoh sombong, 12 – Cerdik tidak boleh diikut, 13 – Bapa haruan (kepada wanita seharakah), 14 – Tidak sembahyang,
15 – Tidak berakhlak mulia.
TAHUKAH
TERPEDAYA
Semenjak negara mencapai kemerdekaan beribu – ribu ahli UMNO dalam kawasan Parlimen Kuala Kangsar , diperdayakan olem pemimpin mereka, kerana semua individu yang mewakili kawasan tersebut bukan anak tempatan.
Diramalkan, dalam pilihan raya umum akan datang, kawasan
Parlimen Kuala Kangsar akan terlepas kepada parti pembangkan,
iaitu PAS.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.