Wednesday, September 9, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


SIKAP LEMAH LEMBUT

Maka disebabkan rahmat dari Allah anda berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya anda bersikap kasar dan keras hati, tentulah mereka menjauhkan diri dari keliling anda. Oleh itu maafkanlah (segala kesalahan yang mereka telah lakukan terhadap anda), dan pohokanlah keampunan bagi mereka, dan juga bermasyuarat (berunding) dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal ehwal dunia) itu. Kemudian, apabila anda telah berazam (setelah mesyuarat), maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Mengasihi mereka yang bertawakkal kepada –Nya. – Ali Imran: 157

HADIS

BAHASA YAHUDI

Dalam hadis Zaid bin Thabit (jurutulis), bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah pernah menuruh dia mepelajari bahasa Yahudi, lalu dia belajar bahasan Yahudi dan menulis tulisan Yahudi. Kemudian aku telah menulis beberap surat Nabi s.a.w.(kepada orang Yahudi) dan membca surat mereka kepada Junjungan apabila mereka mengirim surat kepada Junjungan. Perawi: Ahmad dan Imam Bukhari.

PETUA

GADIS BERIMAN

Jika anda seorang gadis yang kuat berpegang kepada Islam dan kuat iman kepada Allah, jaga lima perkara: 1 – Jangan menghina mana – mana lelaki, 2 – Jangan terlalu memilik lelaki untuk dijadikan suami kerana Allah jauh lebih pandai memilih untuk anda, 3 – Jangan dedahkan pinggul (ponggong) wauaupun dalam kain, 4 – Jangn jadikan buah dada sebagai kota negeri atau papan iklan, 5 – Jangan baran dan jangan berfikir dengan kepala lutut.

TAHUKAH?

MACAM LEMBU

Perempuan yang suka mendedahkan aurta – buah dada, perut hingga hampir kepada kemaluan, tarafnya sama dengan lembu, kerana lembu sahaja yang sanggup telanjang dan mendedahkan kemaluan di jalan raya.

****

MADAH CENDAKIAWAN

Syarat kajayaan bagi sesuatu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin tidak kuat, tetapi kalau keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita –cita (perjuangan kita) ini akan dapat kita laksanakan.

Prof. Dato’ Zulkifli Muhammad

*****

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.