Monday, September 14, 2009

MWNGENANG MASA SILAM

Mokhtar Petah

Semenjak wujud manusia di bumi Melayu hingga pada Ramadan al mubarak ini, amat sedikit manusia yang menganut agama Islam memahami dengan penuh iman dan takwa akan firman Allah mengenai hikmah Quran diturunkan pada bulan mulia ini, sebaliknya kebanyakan mereka mengingkari hikmah atau hukum hakam tersebut.

Bulan Ramadan, diturunkan (permulaan) Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan – penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza. (antara hak dengan batil) ..(Al Baqarah:185)

Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh individu – individu Melayu seolah – olah tidak mengendahkan hikmat Allah menurunkan Quran.Bahkan menentang beberapa hukum di dalam jitab suci tersebut, seperti Hudutd (undang – undang jenayah) dalam Islam.

Hanya baru beberapa hari lalu, kita dikejutkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengenai gagasan 1 Malaysia berdasar atau bertunjang - teraskan Quran dan agama Islam.

HIDAYAT

Kita tidak menyalahkan Tunku Abdul Rahman. Kita tidak menyalahkan Tun Abdul Razak Hussein. Kita tidak menyalahkan Tun Hussein Onn. Semua kita tidak menyalahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi yang tidak mahu mengguna – pakai perundangan Islam secara penuh atau keseleuruhannya, kerana mereka tidak ditaufik – hidayatkan oleh Allah ke arah itu.

Ingatlah, berapa ramai individu Islam yang memperjuangkan dustur (perlembagaan) dan undang – undang jenayah Islam ditangkap, disumbat dan di tahanan dalam gedung tahanan selama beberapa tahun dengan kuasa ISA yang dihadiahkan oleh penjajah Inggeris.

Hanya undang – undang Islam yang berhubungan dengan mal (civil) dan nikah – cerai dan rujuk diguna pakai oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan – kerajaan negeri di seleuruh Malaysia.

DITANGKAP

Saya pernah bertanya kepada Kenteri Hal Ehwal Dalam Negeri, King Gaz atau Tan Sri Ghazali Shafie, mengapa individu – individu yang memperjuangkan hukum – hukum dalam Quran ditangkap dan ditahan dalam kem tahanan. Beliau menjawab sambil senyum:

Off the record ..., ini bukan kehendak I ..., kehendak PM dan kabinet ..., dalam kabinet, U tau ..., ada ramai orang bukan Islam ..., kerana jaga hati dia orang ..., jaga mata undi ... orang bukan Islam ..., jaga populerity ..., kita tahan orang – orang tu ..., I tak setuju ..., tapi apa I boleh buat ...?”

U are journalist ..., U tau ..., Islam is the best ...., is the best ..., tapi kerana politik ..., kerana kita tak mau jatuh, kita terpaksa tolak ideologi Islam..., sebab orang – orang dalam parti – parti politik bersama kita tidak beragama Islam.”

” ... U tau kan? Pemuda UMNO Perak hantar surat kepada I ..., dia orang desak I supaya I tahan U bawah Interenal Security Act kerana U sokong Sultan Perak, Sultan Idris, Shah, U tak sokong Ghazali Jawi, I tak tahan U kerana PM tak suruh I tahan U ..., ha, ha, ha ...”

Ghazali Shafie menjelaskan, mengapa orang – orang UMNO selepas Perdana Menteri Hussein Onn, marahkan Dato Seri Anwar Ibrahim, tidak sukakan dia ..., memburuk – burukkan dia ..., kerana mereka takut kuasa dan populeriti mereka jatuh dan Anwar memegang kuasa.

Katanya lagi:

”Anwar the best leader ..., dia lakukan reformasi kerana rakyat msikin di Baling ..., rakyat untung kemudiannya, kerana kerajaan terpaksa membantu mereka ...”

U taulah, orang bina penjara ..., apa gunanya bina negara kalau tak dapat kurung orang jahat ..., orang jadi musuh dia orang ..., dalam negara demokrasi ni apa segala boleh jadi ...”

Ghazali Shafie anak Pahang. Bijaksana.Tetapi beliau tidak disukai oleh ramai ahli UMNO, terutama mereka yang berpelajaran setengah tiang dan bernafsu hendak naik ke atas.

Walaupun Tun Abdul Razak sukakan Ghazali Shafie, tetapi ramai tokoh dan ahli UMNO Kedah tidak sukakan beliau, kerana menjadi penghalang kepada orang – orang Kedah naik ke atas.

KECUNDANG

Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pernah memberitahu kepada Ghazali Shafie yang beliau akan mengangkatnya ke jawatan Timbalan Perdana Menteri. Percakapan Hussein dengan Ghazali Shafie itu di hadapan Tan Sri Megat Junid – penyokong Dr. Mahathir nombor wahid. Kerana manusia ini berkehendak akan sesuatu dengan menggunakan salah saru dari dua cara, iaitu cara bermahkotakan nafsu dan dan cara mengkreatifkan fikiran, maka Ghazali Shafie kecundang. Sebakiknya Dr. Mahathir Mohamad yang tidak pernah dijanjikan oleh Hussein Onn telah naik ke atas dan memegang kuasa terlalu lama.

Ghazali Shafie memberitahu saya, bahawa pada masa akan datang untuk menjadi pemimpin Melayu yang terbaik, pilihlah anak Melayu keturunan Melayu jati dan kuat berpegang kepada agama Islam di Kepulauan Melayu.

"...pada zaman Sultan Melaka, yang mengkhianatkan kerajaan Melayu tu, bukan anak Melayu jadi ..., tetapi orang pendatang ... Jangan titik hitamn sejarah berulang lagi ...,"tegas Ghazali Shafie.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.