Wednesday, September 2, 2009

MENGENANG MASA SILAM


DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

PERLU TINDAKAN TEGAS NAJIB

Mokhtar Petah

Pada satu hari, dua bulan yang lalu, saya dengan menggonggong tarikh kelahiran 3 Julai 1934, 75 tahun, entah kali yang ke berapa ratus saya menapak ke gedung bahasa Melayu, iaitu DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA – bangunan tinggi menjulang awan - , terletak dalam Bandaraya Kuala Lumpur.

Kunjungan saya kali ini mencari dua keperluan bagi diri saya sendiri, 1, mencari rakan – rakan sasterawan atau bergelar penulis yang seusia dengan saya dan 2, mencari buku sejarah bangsa Melayu yang ditulis oleh ahli sejarah Melayu dan kandungannya benar – benar tulin, iaitu tidak dicedok dan disalin dari buku – buku sejarah yang ditulis oleh para tokoh penjajah Inggeris.

Di sana, saya tidak dapat bertemu walau seorang kawan sasterawa atau penulis yang seusia dengan saya atau yang berusia dalam lingkungan enam puluh tahun.

‘ ...tak ada di sini, ada yang tenang di bawah dua batu kaku dalam semak belukar di mana – mana ... atau sedang giat menulis di rumah masing – masing atau sedang murung – mengidap gaut, darah tinggi, kecning manis ..., derita di tinggalkan kekasih (isteri) atau sedang menanti undangan dari Allah untuk berhijrah ke syurga.

MENANTI JANJI

Mereka itu tergolong dalam umat Muhammad yang menanti janji Allah, ‘sesiapa yang beriman kepada-Nya, Kitab – Kitab-Nya, para malaikat – Nya, para Rasul – Nya dan hari kiamat serta beramal kebajikan akan dikurniakan tempat tinggal dan kedudukan di syurga’.

Sebilangan kecil dari mereka yang datang kemudian

(umat Muhammad),

(Mereka duduk dalam syurga itu) di atas takhta –

takhta kebesaran yang bertatahkan permata,

sambil berteleku di atasnya dengan berhadap –

hadapan,

Mereka dilayan oleh anak – anak muda lelaki

yang tetap kekal (muda) yang sentiasa berkeliling

di sekitar mereka,

Dengan membawa bejana – bejana (piala)

minuman dan tekoh – tekoh dan gelas – gelas

yang berisi minuman (lazat) diambil dari sungai

yang mengalir (airnya).

Mereka tidak merasa pening dengan sebab

Menikmatinya,

Dan juga (dihidangkan) buah – buahan dari

Jenis – jenis yang mereka pilih.

Serta daging burung dari jenis yang mereka

Ingini,

Dan (mereka dilayan oleh) para bidadari yang

Jelita,

Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-

Nya.’ (Qura, Al Waqi’ah: 14 – 23)

Hassan Ahmad

Shuhaimi Haji Muhammad

Nora

Firdaus Abdullah

Dr Razali

Dr Raman Yusof

Malungun

Sebilangan lagi.

Apabila saya bertanya tentang buku yang saya cari.

“Tak ada ..., tak pernah bacapun buku macam tu ...,” jawab seorang kaki tangan gedung koporat buku dewan tersebut.

Beberapa orang penulis muda – lelaki dan perempuan – berjalan di sekitar gedung buku dan lapang laluan tingkat bawah, tetapi tiada seorang pun dari mereka itu yang kenalkan saya.

UNIVERSITI MALAYA

Saya menumpang rehat atas kerusi dalam geleri. Dingin. Nyaman. Mengingatkan saya kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menubuhkan Balai Pustaka pada Julai 1956.

Kongres Dan Persuratan Melayu Malaya di Singapura dan Johor Bharu, pada 16 – 21 September tahun yang sama mncapai persetujuan menggantikan nama Balai Pustaka dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kerajaan Persekutuan bersetuju. Engku Aziz, pensyarah ilmu ekonomi di Universiti Malaya Singapura, di lantik memegang jawatan pengarahnya.

Pada waktu saya akan meninggalkan geleri itu, dua tiga orang lelaki bercakap sesama mereka, “ ... DBP ni, kalau bukan milik kerajaan dah lama tutup ..., muflis ..., macam orang berniaga buluh kasap ..., buku banya terbit, tapi banyak tak laku ...

MENGHARUSKAN POLIGAMI

Tak maca dulu ..., la ni semua buku DBP, baik buku ilmiah, sejarah, novel ..., tak ada aliran Melayu lagi ..., dah aliran Inggeris ....”

Pada ketika itu saya teringat, surat dari penerbit Marwilis kepada saya. Dia mahu menerbitkan buku saya, tetapi pengarang yang membaca dan mengedit manuskrip buku saya itu tidak setuju diterbitkan. Menolak.

Surat pengarang (wanita) kepada Marwilis (guna kepala surat DBP)memberitahu, dia tidak setuju buku saya itu diterbitkan. Dia tolak, mungkin kerana kerana dalam manuskrip itu saya telah menulis dua perkara yang memang tidak disukai oleh mana – mana wanita, iaitu, 1 – Mengenai Allah mengharuskan poligami an 2 – Mengenai ramai anak gadis bercinta dan kahwin dengan lelaki tua dan sebab- sebab berlaku demikian.

Maka saya teringat akan kawan saya, orang Johor, bukunya telah dicetak beberapa ribu buah oleh DBP, tetapi tidak dapat diedarkan kerana banyak ke salahan di dalamnya, kerana editor DBP tidak cermat atau cuai. Dewan bahasa dan Pustaka rugi. Semua diam.

Mereka berjalan keluar dari geleri itu. Mereka tidak kenal saya.

Saya berjalan dalam gesung buku, pada ketika saya membaca sebuah buku mengenai pertanian, saya mendengar dua pegawai dewan itu bercakap. Seorang dari mereka berkata : “ ....dewan ni dah terus ..., kerajaan silap ..., buatr apa Dewan ni jv dengan Dawama ...

Dah dan jadi macam haiwan dalam kandang tu ..., susu Dawama dapat ..., agrimen 17 tahuuuun ...

Kalau Dto Najib, Tan Sri Muhyiddin tak ambil tahu ..., akhirnya DBP ni tak jadi gedung bahasa Melayu lagilah ...”

“Nak jadi apa agaknya, jadi jil orang kena tangkap bawah ISA?” kawannya bertanya sambil ketawa. Menyindir agaknya.

‘Najib kena tengok, ambil tindakan tegas ...,’ hati saya berbisik.

“Jadi gedung koporatlah ..., jadi pasar raya ..., jadi apa –apa sajalah ...,”jawab si rakan.

Sambil berjalan keluar dari gedung buku, saya senyum sendiri dan bertanya sendiri: “ ...apa dah jadi ..., pada zaman Dr. Mahathir memerintah ..., macam – macam karena dah jadi ..., tabung haji, rasuah ..., kerajaan jv dengan koporat ..., DBP dengan Dawama ..., Ketua Dawama, Dato’ Gani, pandai berniaga jika dibandingkan dengan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ...”

Lantan saya teringatkan buku yang saya tulis, Terima Kasih Dr. Mahathir’ . Dalam buku itu saya telah sematkan pandangan seorang ahli ceramah motivasi orang – orang tua, iaitu,Dr. Mahagthir Mohamad termasuk golongan orang yang gila – gila (bukan gila).

“Biarkan, biarkan Si Luncai terjun dengan labu – labunya ...,” hati saya bernyanyi sendirian.(mp)




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.