ORANG TIDAK BERIMAN
Malam masih muda. Bandaraya Amman dalam kawalan ketat oleh tentera dan polis. Dr. Nur Azura berpakaian tidur. Sambil membaca sebuah majalah yang diterbitkan oleh Persatuan Penulis Politik Malaysia, dia bersandar pada dua biji bantal atas katilnya. Dua biji matanya tertumpu pada dua paragraf dalam sebuah artikel bertajuk, “Rasuah Memusnahkan Negara’.
‘ ... hanya pihak atasan, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bersungguh -sungguh untuk menghapuskan amalan rasuah, tetapi hampir semua jabatan kerajaan ada amalan tersebut yang diloakukan oleh sebilangan pegawai dan kaki tangan. Manakala segelintir dari golongan usahawan dan perdagangan memberi rasuah sebagai jalan mudah untuk mendapat habuan tender atau projek dari kerajaan.
Menurut pengakuan dari beberapa orang ahli perniagaan, bahawa mereka telah mengalami jalan sukar untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan beberapa orang menteri kabinet. Mereka terpaksa memberi rasuah kepada pegawai-pegawai tertentu sebelum pertemuan diatur.’
Dr. Nur Azura meneliti tulisan dua paragraf itu. Sebagai seorang ahli politik dan sosial, dia khuatir sesuatu akan berlaku ka atas negaranya. Fikirannya terhimbau kepada beberapa buah negara di seluruh dunia yang mengalami ‘papa kedana’, dikuasai oleh penjajah bentuk baru, golongan kapitalis, disebabkan amalan rasuah di kalangan para pegawai dan kaki tangan pemerintah.
“ ...kes teruk ni, kalau tak dibendung segera, negara akan menghadapi masalah, rakyat akan terus derita...,” sungut Dr. Nur Azura.
“Ialah, Allah telah membolehkan poligami, kita
pula menentang ... ertinya kita menentang
Allah ..., orang menentang Allah jadi kafir ...,” jelas
Dr. Nur Azura.
“Ooo, begitu ...,” sahut Dr. Atikah.
“ ...I..., I reda abang Hamidi kahwin..., dah
lama I minta dia kahwin ...,” jawab Dr. Nur Azura.
“Eee, you ni ..., baik sangat...,” kata Dr.Atikah.
“Bukanlah begitu ..., tapi itulah hakikatnya ..., kit
orang
Islam, ...beriman...,” sambut Dr. Nur Azura.
“I ..., I sorry..., kalau Zul nak kahwin
lain..., tinggalkan I ..., I boleh cari
husband lain ..., kalau dia boleh ...ngapa
I tak holeh ...,” kata Dr.Atikah seperti orang
jahiliah moden.
Dr.Nur Azura teringat akan kata-kata suaminya, “rasuah sukar dibasmikan dengan ‘tangkap, bicara dan hukum’. Kerajaan mesti dengan kesedaran mendidik orang cara Islam, Quran dan Sunah. Kuatkan iman kepada Allah, ihsan, amanah dam akhlak mulia.”
“Orang tak ada pengetahuan agama Islam, tak beriman, tak takut dosa, tak ada amanah, tak ada akhlak atau malu, sanggup melakukan rasuah,” kata suaminya.
TAHI LALAT
Seperti tersentak, Dr. Nur Azura terbangun dari bantalnya kerana telefon bimbitnya berdering. Dicapai telefon itu dan ditekapkan di telinga kanannya. Wajahnya berbunga senyuman. Tahi lalat di bawah mata kirinya seperti biji lada Sarawak itu bercahaya dijilat cahaya lampu yang suram.
“Eee, Dr. Atikah ..., wa alaikunnas salam..., apa khabar?” Tanya Dr. Nur Azura.
“Baik, I cakap dari rumah ..., di K.L ..., You apa khabar ..., lama tak balik...?” suara Dr.Atikah gugup.
“Baik, ia, dah lama ..., akhir tahun ni, I akan baliklah ..., bertugas di sana pula...,”jawab Dr. Nur Azura.
“I tengah runsing, ni, risau..., you tau ...,” kata Dr. Atikah.
“Ngapa ni...?” Dr. Nur Azura bertanya.
“....suami I, Zul, dia kena kerja di Arab Saudi..., kerana syarikat tempat dia kerja tu dapat projek binaan..., aaa, ia bina universiti...,hotel, hospital ...,”jawab Dr. Atikah.”
“O.K. la, Zul tu arkitek ..., baguslah ..., lagi pun tinggal di sana selalulah dia buat umrah ibadat ...,” kata Dr. Nur Azura.
“Au, you ni ..., bagus tu, baguslah ..., tapi I risaula...,” kata Dr. Atikah.
“Apa yang you nak risaukan, dia bukan baby lagi...,” sahut Dr.Nur Azura. Ketawa.
“di sana tu ..., ramai anak dara Arab ..., cantik ...,” kata Dr.Atikah.-
“Ooo, you cemburulah ni..., takut Zul kahwin lain...,” Dr. Nur Azura mengusik.
“...ialah, I takut..., I takut dia kawin ..., I sayangkan dia ...,”sahut Dr.Atikah.
“Cemburu tak erti tanda you sayang ..., itu sentimen ..., perasaan...,udah dipengaruh oleh syaitan...,” kata Dr. Azura seperti mengajar rakannya itu.
“Uuu..., I..., I tak ...,” suara Dr. Atikah putus.”
“Tuhan Maha Mengetahui ..., Tikah, diberi hak kepada lelaki berpoligami sampai empat, ...kahwinlah dengan wanita yang kamu senangi (suka), dua, tiga atau empat, jika tidak boleh berlaku adil (kahwin) seorang saja,”[1]jelas Dr. Nur Azura.
“...Ti...,Ti..., Tikah tak nak dia kahwin lain, tak nak madu..., I don’t want ...,” sahut Dr. Atikah.
“Ia, ramai dari kaum jenis kita ni tak nak bermadu..., tapi jangan sampai menentang aturan Tuhan, tentang yang ditetapkan dalam Quran ..., iman kita boleh rosak, ...jadi kafir, tau...,” tegas Dr. Nur Azura.
“Macam mana ni, ...kak Zura, macam mana?” Dr.Atikah bertanya.
“Ialah, Allah telah membolehkan poligami, kita pula menentang ... ertinya kita menentang Allah ..., orang menentang Allah jadi kafir ...,” jelas Dr. Nur Azura.
“Ooo, begitu ...,” sahut Dr. Atikah.
“ ...I..., I reda abang Hamidi kahwin..., dah lama I minta dia kahwin ...,” jawab Dr. Nur Azura.
“Eee, you ni ..., baik sangat...,” kata Dr.Atikah.
“Bukanlah begitu ..., tapi itulah hakikatnya ..., kita orang Islam, ...beriman...,” sambut Dr. Nur Azura.
“I ..., I sorry..., kalau Zul nak kahwin lain..., tinggalkan I ..., I boleh cari husband lain ..., kalau dia boleh ...ngapa I tak holeh ...,” kata Dr.Atikah seperti orang jahiliah moden.
“Astaghafirullahal Azim ..., tak baik cakap begitu, Tikah,” kata Dr. Nur Azura.
IKAN TAPAH
Dr. Atikah diam. Kedengaran nafasnya kencang dalam telefon. Dr.Nur Azura tidak suka bercakap dengan orang yang hampir tergelincir kepada kekufuran, walaupun orang itu rakannya sendiri.
“Baiklah, Atikah..., lain kali aje kita bercakap ..., as asalamu alaikuna...,” ucap Dr. Nur Azura dan menutup punat telefonnya.
Dr. Atikah lahir di Parit, Perak. Umurnya kurang tiga tahun dari umur Dr. Nur Azura. Dia keturunan segolongan orang Melayu, di Perak Tengah yang pantang makan ikan tapah[2]. Dia gemar makan buah durian. Pulut durian. Serawa durian. Dodol durian. Lempuk. Tempoyak. Buah jering. Petai. kerdas seperti Dr. Nur Azura juga.
Mereka sama menuntut di Sekolah Menengah, di Parit. Kemudian Dr. Nur Azura melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan sains politik dan hal ehwal antarabangsa. Kemudian dia mendapat ijazah Ph.D. di sebuah universiti di Amerika Syarikat.
Dr.Atikah telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang biologi dan perubatan, di sebuah universiti di Australia dengan biasiswa dari syarikat tempat ibunya bekerja. Sebagai seorang mahasiswa yang lebih menumpukan kepada ilmu sains dan mengabaikan pengetahuan Islam, maka dia telah menjadi wanita Melayu dalam golongan jahiliah moden..
Dr. Atikah anak yang ketiga dalam keluarga English educated – bapanya berjawatan pegawai tadbir dalam jabatan kerajaan, di Ipoh. Ibunya bekerja sebagai peguam – penasihat undang-undang, dalam sebuah syarikat swasta – usaha sama rakyat negara ini dengan ahli perniagaan Australia.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.