AMANAH
Hai orang – orang yang beriman (kepada Allah, semua malaikat, Kitab – kitab Allah, para Rasul Allah dan hari akhirat) jangan kalian mengkhianati (amanah Allah) dan Rasul – Nya (menggunakan ajaran atau hikmah Allah dalam Quran dan Sunnah sebagai peraturan bagi kehidupan diri sendiri, rumah tangga, masyarakat dan negara) dan jangan kalian mengkhianati amanah – amanah kalian, sedangkan kalian mengetahui. Al Anfal: 27.
HADIS
AMALAN DITOLAK
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang mengamalkan (dalam kehidupan dan kenegaraan) tidak mengikut ajaran kami ( Allah dan Rasul – Nya, iaitu menolak Quran dan Sunnah dan mengambil asobiah atau kebangsaan), maka ditolak.
Perawi: Imam Muslim.
PETUA
PEREMPUAN
Jika seseorang perempuan berjuang dengan tujuan hendak mencapai taraf dan kekuasaan melebihi lelaki, sesungguhnya dia telah melanggar ketentuan Allah dan Rasul – Nya dan dia pengkhinatr kepada Islam.
TAHUKAH
QURAN
Di seluruh Malaysia terdapat berjuta – juta Quran buruk dan baru hanya tersimpan atas para rumah orang - orang Melayu dan tidak dibaca, jika mereka membacanyapun, hanya sekadar seperti ’tikus tengok besi’ sahaja, maka sebab itulah orang Melayu berada dalam kemunduran dalam serba serbi kehidupan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.