Friday, August 28, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


HUKUM ALLAH

Dan Kami telah menetapkan atas mereka dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan (hukum atau undang – undang) yang diturnkan Allah, maka mereka itu adalah orang – orang yanbg zalim. –Al Maa’idah:45.

HADIS

SALING KASIH

Bandingan orang – orang mukmin tentang amalan saling kasih (mesra) dan bertimbang rasa antara mereka, ialah umpama tubuh yang satu, jika salah satu dari anggota – anggota tubuh sakit, nescaYa semua anggota itu (terasa sakit) terjaga malam dan demam.

Perawi: Imam Nawawi dan Imam Muslim.

PETUA

PEMIMPIN

Seseorang pemimpin kaum atau bangsa yang membelakangi hukum atau undang – undang Allah dari diguna pakai dalam kaum atau bangsanya, maka kepimpinannya itu adalah sia – sia dan dia sering menghadapi masalah yang memerlukan kedudukannya digangti oleh orang lain.

TAHUKAH?

PEMIMPIN PEREMPUAN

Mana – mana perempuan yang menuntut hak sama rata dengan kaum lelaki, sehingga untuk menjadi pemimpin negara, maka dia tidak sedarkan diri asal kejadiannya dan dia mnentang ketentuan Allah dalam Quran.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.