KASIHKAN ALLAH
Katakan (Muhammad s.a.w.) : Jika benar (dengan tulus ikhlas dan iman yang kukuh) kalian mengasihi Allah, maka ikutilah saya (amalkan serba serbi dalam kehidupan, seperti politik (kenegasraan Islam), ekonomi dan lain mengikut Islam), nescaya Allah mengasihi kalian dan mengampunkan semua dosa kalian. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Bijaksana. – Ali Imran:31.
HADIS
KAFIR ZIMMI
Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah memaklumkan kepada umat Islam: Sesiapa (orang Islam) yang menyakiti orang – orang kafir Zimmi (orang kafir rakyat negara Islam yang taat setia dan tidak mengkhianti agama Islam serta tidak dengki atau memusuhi umat Islam), maka, saya menjadi musuhnya pada hari kiamat.
- Perawi: Ibnu Al Jausi, As Sayutti dan Ali Al Qari.
PETUA J
Jika anda seorang yang tidak ada pengetahuan agama Islam secara mendalam jangan mempertikaikan pendapat para ulama mengfenai sesuatu pendapat dan hukum dalam Islam. Jika anda melakukan juga menunjukkan anda orang yang jahil dan membahayakan iman anda.
TAHUKAH?
Pada masa Tunku Abdul Rahman dan para pemimpin UMNO menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1951 hingga 1957, para pegawai tinggi penjajah Inggeris, termasuk Sir Gerald Templer, sering menasihat dan mengingatkan mereka agar tidak cenderung menubuhkan negara Islam dan sebaliknya mesti menentangnya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.