Monday, August 17, 2009

PEMIMPIN

Orang – orang yang beriman (kepada Allah dan Rasul-Nya) tidak boleh mengambil (melantik) orang – orang kafir (beragama lain dari Islam dan golongan sosialisme, komunisme dan tidak percaya wujudnya Allah), bukan orang yang beriman sebagai pemimpin, sesiapa yang berbuat demikian, tidak akan ada hubungannya sedikit pun dengan Allah( tidak mendapat keredaan Allah), melainkan jika kalian menjaga diri kalian terhadap mereka dengan penjagaan yang sempurna. Allah memperingatkan kalian akan kewajiban kalian kepada Allah sendiri dan kepada Allah tempat kmbali. - Al Baqarah:28

HADIS

MENGAMBIL WUDU

Jika anda masuk ke tempat tidur anda, hendaklah mengambil wudu (lebih dahulu) seperti mengambil wudu' hendak solat.' - Hadis Nabi Muhammad sallal Lahu alaihi wa salllam.

Perawi: Iman Bukhari dan Abu Daud

PETUA

RASUAH

Jika orang – orang dari parti politik pihak kerajaan berkempen dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, elak dari mengeluarkan ucapan janjji yang kerajaan akan mencorahkan wang yang banyak dalam kawasan orang ramai untuk pembangunan dan sebagainya dengan tujuan agar orang ramai mengundi calon parti politik pihak kerajaan, kerana perbuatan demikian rasuah juga. Allah melaknat. Kerajaan tidak reda atas kerajaan.

    TAHUKAH?

    Tidak ada seorang pun dari semua ahli UMNO sejak dulu hingga pada masa ini yang mengambil tahu akan untung nasib putera kepada Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra. Pada satu masa dia dan isterinya terpaksa mencari nafkah dengan mengambil upah menjahit butang pakaian dari beberapa kedai jahit dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Hal ini berlaku kerana Tunku jujur dan tidak mementingkan keruni dan keluarganya.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.