Friday, August 14, 2009

BERITA

Nik Aziz izin penceramah Pas guna kata-kata keras

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my

MACHANG: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, membenarkan penceramah parti itu mengeluarkan kata-kata keras terhadap lawan dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang walaupun berlangsung ketika Ramadan.

Namun, Nik Abdul Aziz mengingatkan ahli Pas yang akan terbabit dalam ceramah pada pilihan raya kecil itu supaya hanya melemparkan kata-kata itu kepada perkara berkaitan dasar saja, bukannya menyentuh hal peribadi pihak lawan.

"Dalam kempen pilihan raya itu nanti, kita boleh melakukan serangan secara dasar saja, tetapi jangan sampai berlaku serangan peribadi. Serangan terhadap dasar lawan adalah kemestian," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah jambatan Kampung Sungai Sat, dekat sini, semalam.

(Berita ini diambil dari Berita Harian online, 14 Ogos 2009)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.