Tuesday, August 25, 2009

DOSA

KISAH MEREKA YANG BERDOSA

(III)

Oleh: Mokhtar Petah

Kisah ini adalah kisah benar dan menjadi teladan, hasil dari penyelidikan ke atas lima belas orang wanita yang menderita kerana didera penyaki barah (kanser) payu darah; ada yang berkepala botak, dogol dan dada berpapan tanpa buah dada, kerana telah dipotong.

Mereka itu terdiri 15 orang wanita.13 orang beragama Islam dan seorang daripada mereka keturunan India Islam dan ibunya Melayu. Seorang wanita beragama Hindu dan seorang lagi wanita Cina menganut agama Majusi.

Semua wanita yang menerima dosa tunai di dunia dari Allah itu berusia antara 25 hingga 48 tahun, iaitu telah masuk usia yang lanjut atau tua.

Pengakuan semua wanita itu kepada saya dalam keadaan mereka sedar. Masing – asing berada dalam gaung duka yang laksana neraka dunia bagi mereka. Mereka mengizinkan saya menyiarkan kisah mereka itu dalam media, tetapi kerana sebab – sebab menasabah dan tertentu, mereka meminta saya tidak menggunakan nama batang tubuh mereka yang sebenar

5 - Lee Lean, 44 tahun. Suri rumah sepenuh masa. Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Lebih lima belas tahun dia hidup sebagai seorang isteri. Suaminya, Ah Kwan, bekerja sebagai tukang perabot dalam sebuah bengkel perabot dalam Bandaraya Kuala Lumpur.

Lee Lean tidak mahu anak ramai. Dia telah memakan pil perancang.Tidak dengan kehendaknya tetapi kehendak suaminya, merteka telah mendapat seorang anak perempuan yang cacat kaki tangan dan mata kanannya buta sejak lahir ke dunia.

Mereka berkahwin setelah dua tahun sama – sama berkayuh dalam tasik cinta. Cinta mereka diikat dengan janji sehidup semati. Pendeknya, kalkau susah bersama susah, jika senang bersama senang. Ibarat jika terterap sama – sama membaham pasir dan terlentang sama – sama menelan embun.

Sejak berpindah ke Kuala Lumpur, Lee Lean terlibat dengan perjudian mahjong. Dia menjadi kaki mahjong. Siang malam dia bersama rakan – rakannya melepak di ke keliling meja mahjong. Tabiat demikian melekat pada kebanyakan wanita Cina yang terdiri dari orang berada.

Suaminya sering menasihatinya agar dia berhenti bermain mahjong. Suaminya mahu dia menumpukan kepada rumah tangga. Anak mereka yang caca perlu dijaga dengan baik. Tetapi Lee Lean tidak mahu menerima nasihat suaminya. Dia menganggap suaminya hendak menyekat kebebasannya.

” ... pada satu hali, wa manyak malah ..., wa mau pegi main mahjong ..., wa minta duit, dia tak mahu kasi ..., dia kata tata duit ..., wa malah ..., wa tak mahu masak nasi ..., wa punya laki lapar ..., tapi dia diam ..., dia tata malah wa ...,” Lee Lean memberitahu.

tapi hati wa panas..., tatak dapat duit ..., wa mau bayar hutang main mahjong ..., wa hantam kepala dia sama pinyapu .., dia tata malah wa ..., dia jalan keluar, pegi jumpa anak bawah pokok belakang lumah ...,” Lee Lean memberitahu lagi.

”Satu hali wa pulang..., wa punya anak tatak dalam rumah ..., bawah pokok pun tata ..., wa masuk dalam ..., wa jumpa sulat wa punya laki atas meja ..., itu sulat, dia kasi tau saya ..., ada satu ribu ringgi wang dia kasi gua ..., ada dalam laci ..., anak dia angkat pegi ..., dia tak tak mau pulang lagi...,” Lee Lean menerangkan dalam banjir air mata.

Sambil mengusap kepala dogolnya dengan kain hitam comot, dia berkata, ” Itu duia dia kasia saya ..., rumah dia kasi sama wa ..., saya tata tahu mana dia sudah pegi ...”

Meneurut Lee Lean, kira – kira dua minggu setelah suaminya meninggalkannya, dia telah menjadi perempuan sundal di industri pelacuran murah, Chaw Kit. Dia perlukan wang untuk makan dan minum. Membayar bil api dan air dan keperluan lain lagi.

Lebih kurang tiga bulan Lee Lean bergiat dalam isdustri poelacuran dalam Bandaraya Kuala Lumpur, buah dada kanannya terasa sakit. Putingnya membengkak dan pada waktu malam terasa ama sakit.

” Wa manyak susah hati ..., doktor kas tau wa ada itu sakit kanser ..., dalam wa punya tu sudah ada nanah ..., putih ..., dua tiga hali wa pegi hospital ..., kasi periksa ..., doktor kas ubat ...,” Lee Lean bercerita sambil menahan tangisanya.

”Wa salah, wa tata baik sama wa punya laki ..., tokong punya olang kasi tahu wa ..., wa sakit pasai tuan Alah malah ..., pasai wa bikin tata baik sama wa punya laki ...,” Lee Lean mengakhir cerita dukanya.

Pada hari saya menemui Lee Lean, tubuhnya kurus kering. Hati saya yakin, dia tidak ada harapan hidup lagi. Saya merenung wajahnya yang cengkong itu dan hati saya berkata, ” Dosa ..., ada doa alam bayar tunai di dunia ni.”

Tiga bulan kemudian saya mendapat tahu, Lee Lean telah berpindah ke jerat Cina di Cheras.

6 - Endon, 44 tahun. Dia terhitung dalam golongan peniaga wanita yang berjaya. Dia dan suaminya, Abu Samah, berniaga dalam pasar malam. Mereka berniaga dari satu pasar malam ke satu pasar malam. Mereka memburu wang dan wang mencari mereka. Kerana rajin berusaha, mereka mudah mendapat rezeki dari Allah. Allah telah menolong mereka dan mereka hidup senang.

Endon telah terlibat dengan sebuah politik. Dia mudah berjuang dalam parti politik dan mudah berniaga di pasat malam, kerana dia di antara ramai wanita mandul di Malaysia ini akibat makan pil perancang.

Endon telah menuntut di sekolah agama (sekolah rakyat) di Kedah. Tetapi semenjak beniaga di pasar malam dan bergiat dalam parti politik, dia tidak lagi mengamalkan segala ilmu pengetahuan agama Islam yang dipelajarinya.

Walaupun Endok amat arif, sesiapa yang meninggalkan sembahyang berdos, tetapi semenjak dia berniaga di pasar malam dan bergiat dalam parti politik, dia telah mengabaikan sembahyang wajib. Pendeknya telah lebih tiga tahun dia tidak pernah sembahyang fardu.

Endon memberitahu, kerana dia sibuk dengan perniagaan dan politik, dia tidak melayan kehendak jentina suaminya. Dia sering menolak. Kadang – kadang suaminya menjadi pengemis seks kepadanya, tetapi dia tidak melayannya juga.

”Edon ..., Edon berdosa ..., Edon tak layan dia .., kadang – kadang Endon sergah dia ..., tengking dia ..., hardik dia ..., Endon banyak dosa ...,” Endon memberitahu sambil menangis tersedu sedan.

Tubuh Endon kurus kering. Hanya tinggal kulit dengan tulang. Kepalanya dogol seperti kepala kebanyakan wanita kampung di Afrika. Dadanya yang dulu molek dan menggiurkan telah berubah menjadi seperti papan tempat menghiris abawang dan sayauran di dapur.

” ... suami Endon tak tahan dengan perbuatanny. Dia meninggalkan Endon ..., enam bulan lebih dia tak balik ..., pada satu hari dia bali ..., dia serahkan surat cerai talak satu kepada Endon ...,” Endon memberitahu dalam rahang dukanya yang tidak ada siapa dapat menolongnya.

(bersambung esok)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.