TIPU MUSLIHAT INGGERIS
'Pada tahun 1948 – 49, Undang – Undang Darurat diistiharkan dan tindakan Kerajaan Inggeris dengan tentera – tentera upahannya pun dijalankan di luar perikemanusiaan.
Dalam masa darurat ini semua parti politik yang berfahaman kebangsaan tulin (Melayu dan Islam) telah diharamkan dan pemimpin – pemimpinnya ditangkap dan ditahan serta diseksa dalam khemah - kehmah tahanan.
Undang – undang darurat disitharkan kepada dunia sebagai menyelamatkan negeri ini (Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura) daripada cengkaman komunis. Tetapi sebenarnya undang – undang darurat dan tindak – tanduk darurat itu dilaksanakan dengan tujuan untuk menumpaskan perjuangan anak negeri ini dan cita – cita bangsa Melayu.
Sesungguhnya, dalam masa darurat ini dan setelah pemimpin – pemimpin (kiri) Melayu ditangkap dan ditahan, maka perjuangan orang Melayu mulai lemah dan masing – masing tinggal dalam ketakutan. Salah cakap dan salah bertindak, akibatnya, kedalam tahananlah.
Pada masa inilah penjajah Inggeris memujuk dan membeli jiwaraga permuda – pemuda Melayu untuk bekerja dalam pasukan polis khas atau dikenali dengan nama ringkasnya S.C.
Anak Melayu dan pemuda pemudi rakyat negeri ini telah masuk menajdi anggota polis khas itu kerana lari dari kebuluran akibat terkanan darurat dan juga kerana beberapa orang ulama di negeri ini (ulama tembolok di pihak Kerajaan Inggeris) mengeluarkan fatwa, bahawa sesiapa yang masuk menjadi anggota polis khas bererti menjalankan tugas yang mulia di sisi agama Islam dan kalau mereka mati terbunuh, kematian mereka itu adalah syahid.
Benar – benar Inggeris berjaya dengan tipu muslihatnya melalui undang – undang darurat, pemuda – pemuda polis khas itu telah diletakakan dalam kawasan estate dan lombong – lombnong bijih untuk menjaga dan mengawal kepentingan kapitalis Cina dan Inggeris.
Polis khasa menjadi hamba dalam kawasan – kawasan harta punya penjajah'. (Dari buku Bangsa Melayu Menggugat Dunia, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.