HATI TAK CINTA
Wahab tiba di Kelab Tasik Putrajaya kira-kira pada jam 5.00 petang itu. Pada ketika dia tiba di hadapan meja penyambut tetamu kelab itu, dua biji matanya menceria Julia Hani di sekitar perut kelab itu hingga ke dalam cefe berkepung dinding kayu dan kaca.
“Cik kenal seorang perempuan bersama seorang lelaki berjanggut?” Wahab bertanya kepada penyambut tetamu itu.
“ ... kenal, dia Cik Julia Hani ..., penulis sosial dan kebudayaan itu ...,” jawab penyambut tetamu.
“Itu tak penting, saya mahu tau awak kenal tak dia ...,”kata suara meninggikan suara.
“Encik ni siapa nak berkasar dengan saya?” Tanya penyambut tetamu itu.
“Minta maaf, saya terkasar ...,” kata Wahah.
“saya tak tau ..., carilah sendiri,” kata penyambut tetamu sambil berjalan masuk ke pejabat pengurus kelab itu.
MINYAK MENGGELEGAK
Wahah berjalan ke arah tasik. Beberapa orang dalam kelab itu merenung kepadanya melabuhkan punggungnya atas kerusi dan menghadapi meja bulat putih di tepi pagar arak tasik.
“Encik nak minum apa?” Pelayan bertanya kepadanya.
“Ram, saya mahu ram ...,” jawab Wahab.
“Maaf, encik, di sini tak ada jual arak,” kata pelayan itu.
“ ... beri saya aren jus ...,” pesan Wahab.
“ ...makan, encik?” Tanya pelayan lagi.
“Tak mahu ...,” jawab Wahab.
Pelayan berlalu dari meja Wahab.
Wahab bangun dari kerusinya. Sambil menggeliat dia berpaling kepada tasik. Lebih dua puluh orang remaja sedang bermain di tepi tasik itu. Sementara beberapa orang lagi sedang belayar dalam perahu dan berkayak.
Darah muda Wahab bagaikan minyak menggelegak. Dua biji matanya terpandang kepada Julia Hani bersama Profesor Hani sedang berjalan di atas jalan tepi tasik. Pada ketika itu hati Wahab menjerit memanggil nama Julia Hani. Tetapi mulutnya menjadi kelu sejenak kerana dia melihat lelaki berjanggut di sisi Julia Hani lebih tanpa daripada dirinya.
“Celaka, sial ...,” sungut hati Wahab.
DEGUP JANTUNG
Sambil mengesat peluk di dahinya dengan belakang tangan kanannya, dia duduk semula atas kerusi. Seluruh tubuhnya menggigil. Sebentar kemudian pelayan membawa segelas oren jus dan meletakkan atas meja di hadapannya.
“ ...aku jumpa Julia Hani?” Wahab bertanya dirinya sendiri.
“Buat apa jumpa, dia dah ada kekasih,” hatinya menjawab.
“Aku nak ajak dia kahwin ...,” kata Wahab.
“Cermin muka awak dulu ..., kalau setakat ilmu jurutera yang kamu ada, tak usah beranganlah nakkan gadis tu ..., di pilih profesorlah ...,tak pilih awak...” hatinya berkata.
Wahab mengesat peluh pada dahinya dengan sapu tangannya. Degup jantungnya kian kuat. Nekadnya akan menemui Julia. Pada ketika dia sedang didera oleh perasaannya sendiri, Julia Hani dan Profesor Hamidi naik melalui lorong bawah tanah. Mereka mengambil tempat duduk atas sofa depan kaunter penyambut tetamu.
Gadis penyambut tetamu datang mendapatkan Julia Hani dan Profesor Hamidi.
“Prof., orang di sana tu tadi tanya saya ..., tanya cik Julia Hani ...,” kata penyambut tetamu.
“Siapa?” Profesor Hamidi bertanya.
“Tak tau, tuan, nampak semacam aje ...,” jawab penyambut tetamu.
“Itulah Ir. Wahab ...,” kata Julia Hani sambil merenung kepada Wahab.
“Ooo, apa dia nak?” Tanya Profesor Hamidi.
“Entah ...,” sahut Julia Hani.
Penyambut tetamu datang beredar ke kaunternya.
MENGGIGIT KUKU
Profesor memesan dua cawan tea susu kepada pelayan. Sebaik-baik sahaja pelayan pergi meninggalkan Profesor Hamidi dan Julia Hani, Wahab datang mendapatkan mereka. Wajahnya pucat. Dua ulas bibirnya terketar-ketar. Dia berdiri di hadapan Julia Hani dan Profesor Hamidi. Dua puntung kakinya tidak kukuh di situ.
“Se...sela ...selamat petang ...,” suara Wahab tergagap-gagap.
“Selamat petang,” sahut Profesor Hamidi.
“Siapa, tuan?” Profesor Hamidi bertanya kepada Wahab.
“Saya, Ir. Wahab ..., saya nak jumpa Cik Julia Hani ...,” sahut Wahab sambil merenung kepada Julia Hani.
“Duduklah ..., sila duduk...,” Profesor Hamidi mempelawa Wahab.
“Tak apa, saya nak ajak Cik Julia jumpa di meja sana ...,” sahut Wahab.
“Di sini tak apa ...,” kata Profesor Hamidi.
“ ...tak, mari Cik Julia Hani ...,” jemput Wahab.
“Tak, saya tak mahu pergi ..., di sini saja ..., duduklah ...,” kata Julia Hani serius.
Wahab terpegun. Dia tidak menyangka gadis itu akan berkata demikian kepadanya. Mahu tidak mahu dia terpaksa duduk atas sofa di hadapan Profesor Hamidi dan ke kiri Julia Hani.
“Apa hal?” Julia Hani bertanya sebaik-baik sahaja Wahab duduk.
“ ...sssaya datang nak bincang ..., nak ajak Cik Julia Hani kahwin dengan saya ...,” kata Wahab. Gugup.
“Ooo, nak ajak saya kahwin ...,” kata Julia Hani sambil merenung kepada Profesor Hamidi.
“Ia ...,” sahut Wahab sambil menggigit kuku ibu jarinya.
SAMBIL SENYUM
Julia Hani memandang wajah Profesor Hamidi. Mereka senyum. Hati Wahab terbakar melihat Julia Hani dan Profesor Hamidi senyum. Senyuman mereka tersirat pengertian yang sukar diterjemahkannya.
“Minum ...,” pelawa Profesor Hamidi.
“Tak apa ...,” sahut Wahab.
“Macam nilah Encik Wahab ..., seperti saya katakan pada malam tu ..., petang ni pun tak berubah ...,” sambut Julia Hani.
“... saya merayu ..., saya minta juga-juga, Cik Julia Hani sudi kahwin dengan saya...,” kata Wahab dalam fikiran yang buntu.
“Apa macam, sayang?” Julia Hani bertanya kepada kekasihnya.
“ ...ikut sayang ..., Hani dah boleh timbang sendiri ...,” sahut Profesor Hamidi.
“ Macam nilah, Encik Wahab ..., carilah orang lain ..., saya ni dah ada teman ..., ini ha ..., depan saya ni ..., kekasih saya ..., bakal suami saya ...,” kata Julia Hani sambil senyum.
“Ia, Cik Julia Hani ni kekasih saya ..., dia pilih saya, tak pilih orang lain ...,” kata Profesor Hamidi.
Perasaan marah Wahab membakar hatinya. Fikirannya menjadi kalah kepada nafsunya. Mungkin kalau tidak dalam kelab itu dia menjadi gelap mata dan menerajang Profesor Hamidi. Orang yang bentuk tubuhnya seperti Wahab – pendek dan sasa -, walau pun berpelajaran tinggi, tetapi gagal mengawal dirinya dari kemarahan.
“Awak pilih orang tua macam ni...?” Tanya Wahab dengan suara garang seperti menerjah semua kerusi dan meja dalam kelab itu.
TENGGELAM PUNCA
Beberapa orang dalam kelab itu merenung ke arah mereka. Ada di antara mereka menduga akan berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini.
“Ia, saya pilih dia ..., orang tua kekasih saya ..., dia lebih sesuai bagi saya berbanding dengan orang lain ...,” sahut Julia Hani.
“Dalam percintaan, Ir. encik Wahab ..., masing-masing ada selera ..., ada selera pada yang muda ..., ada pada yang tua macam saya ni ...,” kata Profesor Hamidi.
“ karut ...,” kata Wahab.
“Ia, karut bagi Encik Wahab ..., tapi tak karut bagi saya ...,” sampuk Julia Hani.
Wahab diam. Dia tidak menyangka Julia Hani akan mengeluarkan perkataan begitu kepadanya. Pada ketika itu Wahab berkeadaan seperti si tolol. Tidak dapat menumpang pada fikirannya sendiri. Tenggelam punca.
Wahab senyuman. Tawar. Digagahi dirinya bangun dari kerusi di hadapan dua orang yang telah memukulnya dengan perkataan itu. Dua puntung kakinya terasa akan roboh dik tekanan hatinya yang dimamah kemarahan. Malu. Kecewa.
DENDAM KASUMAT
Pada ketika itu Profesor Hamidi menilai Wahab seorang terpelajar yang tidak ada akhlak. Anak Melayu yang tidak ada pengetahuan adat resam bangsanya sendiri.
Dengan tidak mengeluarkan sebarang ucapan kepada Profesor Hamidi dan Julia Hani, Wahab mneninggalkan mereka dengan perasaan dendam kesumat. Sebaik-baik sahaja tiba di mejanya, dia memanggil pelayan untuk membayar bil minumannya.
“Aku akan ajar orang tua anak haram tu ...,” hati Wahab bersuara pada ketika dia melangkah meninggalkan perut kelab itu.
“Macam mana nak jadi suami Hani, perangai tak semenggah ...,” kata Julia Hani kepada kekasihnya.
“Tapi, kalau Hani mahu ..., masih boleh dibentuk ...,” sambut Profesor Hamidi.
“Ooo, yang nak beri Hani kepada lelaki macam tu ..., yang nak tinggalkan Hani ...,” Kata Julia Hani. Manja campur marah.
“Tak begitu, maksud saya, Wahab tu boleh dibentuk perangainya untuk menjadi manusia yang berakhlak oleh perempuan macam Hani ni ...,” kata Profesor Hamidi.
“Tak payaaah ...,” sahut Julia Hani. Dua bibinya memuncung ke hadapan.
“Ai, dah naik angin,” kata Profesor Hamidi.
“Taaak, Hani tak nak lelaki macam tu ..., nak macam yang ni ...,” kata Julia Hani. Manja.
Profesor Hamidi senyum seperti dia senyum kepada mahasiswanya yang gelabah menjawab soalan dalam peperiksaan.
Di lapangan letak kereta kelab Tasik Putrajaya itu, Wahab beredar dengan menggonggong kemarahannya. Tangan kanannya diacu-acukan ke arah Profesor Hamidi dan Julia Hani.
“... mampus kamu, aku kerjakan ...,” suara Wahab terluah ke sekitar lapangan letak kereta itu.
Hati Wahab terbungkus dalam perasaan seperti perasaan Presiden Bush terhadap Presiden Saddam Hussein di Iraq.
(Dari manuskrip novel, Air Mata Kering Di pipi, oleh: Mokhtar Petah. Editor, Petah Shahrir Aidid.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.