Thursday, July 16, 2009

TAHUKAH?

TUNKU ABDUL RAHMAN
Sepamjang masa perjuangan menuntut kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman sering menginap di sebuah hotel kecil - sewanya sekadar $7.00, - potong 7% - di Jalan Raja Muda - Kampung Baru - , Kuala Lumpur.

PASIR SALAK
Para budayawan dan pengamal seni di Negeri Perak, terkilan dengan sikap pelakon terkenal di negara ini, Jins Samsudin kerana tidak melaksanakan janjinya kepada kerajaan negeri itu untuk mengeluarkan sebuah filem sejarah bernama 'Pasir Salak'.

UMNO
Satu di ntara sebab – sebab golongan muda Melayu tidak berminat menyokong UMNO kerana mereka tidak membaca dan tidak mengetahui sejarah UMNO dan para pejuang kemerdekaan di dalamnya. Sebab yang lojik, UMNO tidak menerbitkan buku sejarah tentang dirinya.

ORANG KELANTAN

Pada masa ini, di mana sahaja ada cahaya matahari di dunia ini, ada orang Cina. Di Malaysia, di mana ada cahaya matahari, ada orang Kelantan. Di mana ada orang Kelantan, di situ berkembang PAS.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.