PEJUANG KEMERDEKAAN
Dalam senarai para pejuang kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia) yang mengikut aliran kebangsaan dan Islam (iaitu hendak mendirikan negara Islam dengan kebangsaan Melayu), yang paling ramai ialah orang Perak dari keturunan Melayu dari sekitar kepulauan Melayu.Mereka itu: Dr. Burhanuddin Helmi, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Haji Ahmad Fuad bin Hassan, Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Yahaya Nasim, Ustaz Abdul Rauf dan beberapa orang lagi.
Manakala anak - anak Perak jadi lembab berjuang. Mereka yang berjuang menegakkan ketuanan Melayu dan memuja Inggeris.
SAMAD ISMAIL
Samad Ismail adalah wartawan ulung di Tanah Melayu (Malaysia). Pada masa remaja dia bekerja wartawan Utusan Melayu di Singapura. Dia tidak pernah membasuh stokinnya. Setokinnya dipakai selama kira - kira dua bulan dengan tidak berbasuh. Kemudian dibuangkan dan digantikan dengan setokin baru. Dia juga tidak pernah membasuh baju dalamnya. Baju dalamnya dibelia pada setiap bulan sebanyak 30 atau 31 helai. Setiap hari dia memakai baju dalam itu, bila pulang ke rumah pada waktu malam, baju dalam itu dibuang (ada orang mengutipnya) dan esok dia memakai baju dalam baru. Begitulah seterusnya.(sumber: Kris Mas).
BELAKANG MATI
Padamasa ini, Kawasan Masjid India dalam Bandaraya Kuala Lumpur, terkenal dengan nama Jalan Masjid India. Sebelum berlaku tragedi 13 Mei 1969, sekitar kawasan itu terkenal dengan nama 'Belakang Mati' dan menjadi sarang pelacur. Kebanyakan perempuan yang beroprasi seks di situ adalah dari Kelantan, Terenggan dan Pulau Pinang.
KAMBCHOP
Daging kambing biri - biri,makanan bernama lambchop yang menjadi kegemaran penduduk - penduduk bandar di Malaysia, adalah daging bir-biri tua. Biri - biri itu sejak muda hingga tuasentiasa dicukur bulunya untuk dijadikan bahan perusahaan seperi membuat pakaian dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.