MENCARI ALLAH
Mencari Allah,
Kebodohan merajai jiwa,
Batu dari gunung diujudi,
Batu ciptaan sendiri disembah.
Quran: Allah mencipta batu.
Mencari Allah,
Kejahilan menguasai diri,
Kayu dari rimba,
Kayu usang di gedung tua,
Disebah setulus hati,
Quran: Allah mencipta kayu.
Mencari Allah,
Nyala api tak kunjung padam,
Sembah api dik bodoh diri,
Sembah,takut sendiri,
Quran: Allah mencipta api.
Mencari Allah,
Kerana dungu diri,
Kemaluan manusia jadi tuhan,
Sembah taat mohon ihsan,
Quran: Allah mencipta kemaluan.
Mencari Allah,
Sebanb diri jahil murakkab,
Hantu, syaitan, jin dan penunggu,
Disembah, perhamn diri,
Quran: Allah mencipta musuh - musuhnya.
Mencari Allah,
Lihat dalam diri,
Siapa kita?
Kita semua ciptaan Allah,
Allah mencipta manusia.
Allah satu tanpa anak menantu,
Kuasa atas segala,
Penyelamat Pengurnia rezeki,
Pemilik alam dan kita,
Akhirat kesudahan kita.
Allahu Akbar - Maha Agung,
Maha Pengasih,
Maha bijaksana,
Maha keras dan tindakan,
Allah tempat kita bersyukur.
Gunung Besauk ..................Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.