Hai orang - orang yang beriman, nafkah (belanja)(kanlah sebahagian dari hasil usaha kalian yang be-baik (halal dan bersih) dan sebahagian dari sesuatu yang Kami keluarkan dari bumi untuk kalian. Dan jangan kalian memilih sesuatu yang buruk untuk dinafkah (belanjakan) dari padanya (harta), pada hal kalian sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahulah oleh kalian semua, bahawa Allah itu terkaya dan terpuji. - Al Baqarah: 267
HADIS
GANJARAN NAFKAH
Rasulullah Muhammad s.a.w. telah bersabda: sesungguhnya, nafkah (belanja) apapun yang anda nafkahkan kerana untuk memperoleh keredaan Allah, pasti akan diberi ganjaran (oleh Allah) kerananya, hingga kepada sesuatu (makanan) yang anda suapkan kepada mulut isteri anda.
- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim
PETUA
KEIZINAN SUAMI
Apabila seseorang wanita itu bertaraf isteri (walaupun dia Sultanah atau menteri), dia tidak boleh membelanjakan walau sebesar hama dari wang dan hartanya jika tidak meminta izin dari suaminya (walapun suaminya seorang tukang kebun). Allah tidak reda atas perbuatannya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.