KUASA ALLAH
Jika para penduduk negeri – negeri beriman dan takwa (kepada Allah) Kamai akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat – ayat dari kitab - kitab Kami) itu, maka Kami akan menyiksa mereka disebabkan perbuatan mereka itu.
Maka apakah para penduduk negeri – negeri itu merasa aman dengan kedatangan siksaan Kami ke atas mereka pada malam hari pada ketika mereka sedang tidur?
Atau apakah para penduduk negeri – negeri itu merasa aman dengan kedatangan siksaan Kami ke atsa mereka pada ketika mata hari naik sepenggalahan pada ketika mereka sedang bermain?
Maka, apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak mereka duga)? Tiada yang merasa aman dari azam Allah kecuali mereka yang rugi.
Dan apakah belum jelas bagi mereka yang mempusakai sesebuah negeri setelah (lenyap) penduduk – penduduknya, bahawa jika Kami mengehendaki tentu Kami azabkan mereka kerana dosa – dosa mereka dan Kami kunci-matikan hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (pelajaran dan petunjuk lagi) – Al A'araf:96 – 100.
HADIS
ILMU DAN SABAR
Rasulullullah Muhammad s.a.w. Telah bersabda: Ilmu itu dicapai dengan berlajar dan kesabaran itu dicapai dengan membiasakan diri bersabar.
PETUA
ISTERI DAN ANAK
Jika anda beristeri, maka sayang – sayanglah dia dan bimibinglah dia kepeda jalan Allah, agar sayang anda tidak menjerumuskan dia ke dalam neraka. Jika anda ada anak, sayang – sayanglah dia dan bimbinglah dia ke jalanAllah, agar dia tidak menderhakakan anda, kerana andalah lorong utama, sama ada anak anda akan masyuk syurga atau syurga.
TAHUKAH?
ULAMA
Dalam negara – negara maju terdapat dua golongan ulama, iaitu: Golongan ulama mursyid, ialah ulama yang tidak menghampu kerajaan, berani kerana benar benar dan takut kerana salah dan tidak menjadi biri – biri dalam hujan. Golongan ulama yang kedua, ialah ulama tembolok, menggunakan pengetahuan agama Islam dengan tujuan mencari kenyang perut, kekayaan dan penghampu serta tidak berdiri di atas kebenaran, iaitu pada jalan Allah.
KERAJAAN
Sesebuah kerajaan atau pemerintah yang lemah, ialah yang tidak menggunakan fikiran dan hala tuju yang baik, menggunakan wang negara untuk membantu rakyar jelata dengan tujuan agar rakyat jelata memberi sokongan yang padu kepada mereka.
LREMBU
Lembu tidak dinamakan lembu jika haiwan itu tidak makan rumput dan boleh dijadikan hamba. Manusia sering menjadi lembu, walaupun memiliki ijazah sekarung sendat, kerana dia tidak menggunakan pengetahu, fikiran dan tidak ada kebebasan jiwanya.
PELAKON
Penulis sekrip lakonan, pelakon, pengarah lakonan antara lelaki dan perempuan yang sah nikah, adalah menjalankan pekerjaan tidak diredai oleh Allah, kerana kedudukan mereka mencari rezeki sama seperti pelacur mencari rezeki. Kerana Allah tidak reda, maka mereka akan mengalami berbagai – bagai jenis penyaki, seperti barah, angin ahmar dan sebagainya.Dan tidak ada seorang pun orang – orang yang mencari rezeki demikian yang hidup kaya raya di bawah keredaan Allah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.