HASRAT
Dan katakan: “Kebenaran itu datangnya dari Tuhan kalian; maka, siapa yang berhasrat (beriman) hendaklah dia beriman dan siapa yang berhasrat (kafir), biarlah dia kafir.” Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi mereka itu neraka yang gejolak mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum dengan air seperti besi yang mendidih yang mernghanguskan muka, itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirihat mereka yang paling menjelakkan. - Al Kahf:29
HADIS
MENANAMKAN KELEMAHAN
Rasulullah Muhammad s.a.w. Telah bersabda: (Pada suatu ketika) mungkin kalian dikerumuni oleh berbagai umat dari segenap jurusan seperti orang – orang pelahap menghadapi hidangan.” Para sahabat brtanya: Ya Rasulullah, apakah kerana jumlah kita sedikit?” Junjungan menjawab: “ Tidak, melainkan kerana kalian menjadi (seperti) longgokan sampah yang hanyut dalam banjir. (Pada saat itu) Allah akan mencabut kengerian musuh terhadap kalian dan akan menanamkan kelemhan (tidak bersemangat) dalam hati kalian, (iaitu) kalian mencintai keduniaan dan benci mati).
- Perawi: Al Baihaqi dan abu Daud.
PETUA
BERSAHABAT
Jika anda menemui sahabat baru, maka hati – hati akan dua perkara, iaitu baik atau buruk. Jika anda mendapati akan baik, teruskan bersahabat, tetapi jika anda mendapati akan buruk, putuskan persahabatan itu. Jangan anda menjadikan diri anda sebagai sang cerdik dikuasai oleh kebodohannya sendiri.
TAHUKAH ANDA?
Dato' Onn bin Jaafar telah menarik diri dari memimpin UMNO dan meninggalkan parti pilitik kebangsaan Melayu itu kerana beliau mahu jadikan UMNO parti politiki induk bagi gagasannya, iaitu 1 Malaya (sama rata semua rakyat Malaya). Beliau ditentang oleh sebahagian besar ahli UMNO. Kata ahli sejarah dan sains politiki; 1 Malaysia Najib Raza sama 1 Malaya Dato Onn Jaafar.
SEPERTILINTAH KENYANG
Kebanyakan individu dalam parti politik yang berjuang mati – matian, apabila mereka telah mendapat kedudukan seperti menteri, apabila telah bersara, mereka tidak berjuang dalam parti itu lagi; mereka berkeadaanseperti lintan kenyang yang luruh da tubuh kerbau dalam sawah.
AHLI TAREKAT
Ramai orang Islam disekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan bersungut, ada seorang alim ahli tarekat berdakwah di masjid – masjid dengan menaiki kereta mewah miliknyasendiri dan meletakkan keretanya di hadapan masjis seperti yang dilakukan para menteri. Perbuatannya itu memperlihatkan dirinya seorang mualim kapitalis dan bukan seorang yang zuhud.
SONGKOK
Songkok yang dipakai oleh orang Melayu berasal dari India. Serban yang dipakai oleh para haji dan lebai Melayu dari orang Arab.Serban yan dikatakan dipakai oeh Nabi Muhammad tidak siapa yang tahu bagaimana bentuknya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.