MANUSIA
Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan) maka Allah mengutuskan para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan memberi peringatan,dan Allah menurunkan bersama mereka Kita dengan benar untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mnereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang - orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah didatangkan kepada mereka keterangan – keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang – orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak – Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk kepada mereka yang dikehendaki – Nya kepada jalan yang lurus. - Al Baqarah:213
HADIS
ANAK
Perintahkan anak -anak kalian menunaikan sembahyang (fardu) apa bila mereka telah mencapai usia tujuh tahun. Bila (mereka) telah mencapai usia sepuluh tahun belum juga menunaikan sembahyang, bolehlah mereka dipukul (sebagai mendidik) dan pisahkan tempat tidur mereka.
- Perawi: Abu Daud.
PETUA
PENGIKUT DAN PEMIMPIN
Ikutlah pemimpin dengan fikiran yang terbuka dan jangan taksub pada dirinya dan menerima percakapannya bulat – bulat, kerana kebanyakan pemimpin bercakap untuk menarikk rakyat menyokongnya dan menguatkan kekuasaannya. Kebanyakan pemimpin pula sanggup berjanji kepada rakyat hatta untuk membina jambatan atas padang.
*** ***
TAHUKAH?
POLITIK
Mana – mana politik yang tidak berdasarkan Islam – Quran dan Sunnah – sering menjerumuskan rakyat sesebuah negara kepada kemusnahan, kerana tidak mendapat keredaan Allah.
AMANAH DAN AKHLAK
Anda mestilah ingat, walau bagaimana kuat anda beribadat kepada Allah, tetapi jika anda tidak beramanah dan tidak berakhlak mulia, anda tidak sempurna sebagai penganut agama Islam.
INGGERIS
Sebahagian besar harta benda – bangunan dan sebagainya – milik kerajaan Inggeris di London dan di bandar – bandar besar di negara mereka adalah hasil dari amalan mereka sebagai penjajah negara – negara manusia.
BUKAN KERAJAAN ISLAM
Walaupun Masjidul Haram, Ka'abah dan Masjid An Nabawi berada dalam negara Arab Saudi, tetpai negara itu bukan sebuah negara Islam total. Kebanyakan amalan kerajaan termasuk dasar monarkinya adalah sama dengan negara kapitalis. Ia hanya sebuah negara orang Islam.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.