MANUSIA
Ketahuilah,m sesaungguhnya manusia itu benar - benar melampaui batasan,
Kerana dia melihat dirinya serba cukup,
Sesungguhnya kepada Tuhan andalah (akan) kembali (anda) ,
Bagaimana pendapat anda tentang orang yang melarang,
Seorang hamba pada ketika dia mengerjakan solat (Abu Jahalmelarang Nabi Muhammad s.a.w. solat),
Bagaimana pendapat anda jika orang yang mnelarang itu berada di atas petunjuk (kebenaran)?
Atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)?
Bagaimana pandangan anda jika orang yang melarang itu mendusta dan berpaling?
Tidakkah dia mengetahui, sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?
Ketahuilah, sesungguhnya, jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun - ubunnya (menarik kepalanya ke dalam neraka),
(iaitu) Ubun - ubun yang mendusta lagi menderhaka,
Maka, biarlah dia memanggil golongan (untuk menolong),
Kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniah ( penyeksa penghuni neraka),
Sekali - kali jangan, jangan anda taat kepadanya; dan sujudlah dan dekatilah (diri anda dengasn Allah) - Al Alaq: 6 - 19
HADIS
SEDEKAH
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Apa yang anda dapat untuk anda makan sendiri anda, adalah sedekah bagi anda; apa yang anda beri anak anada makan, adalah sedekah bagi diri anda; apa yang ada beri isteri an makan, adalah sedekah bagi diri anda, dan makanan yang adan berikan kepada orang gaji anda, adalah sedekah untuk anda.
- Perawi:Al Miqdam bin Ma'adi.
PETUAN
PEMIMPIN
Sepuluh perkara yang ada pada pemimpin negara dan negeri jangan anda mentaatinya kerana ketaatan anda itu menyalahi etika dan hukum Islam, iaitu: 1 - Tidak mengejakan sembahyang 5 waktu dan sembahyang Jumaat, 2 - Mengamalkan rasuah, 3 - Dalam pembahagian habuan dari peperintah mengutamakan keluarganya, 4 - Boros membelanjakan wang negara dan negeri, 5 - Bercakap atau berucap terselit kata - kata atau maksud menipu dan memperdayakan orang ramai,6 - Bertindak secara kuku besi (iaitu tidak mengikut persetujuan kabinet, 7 - Berzina atau melakukan perkarea yang hampir dengan perzinaan, 8 - Minum arak, 9 - menderhaka kepada ibu bapa, 10 - Benci dan mengutuk ulama.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.