UMNO PADA MASA DEPAN
PINDAAN PERLEMBAGAAN PENTING
Oleh: Mokhtar Petah
Sesebuah parti politik – sama ada berideologi atau tidak - , dalam sesebuah negara yang rakyatnya berbagai tingkatan hidup dan sebilangan besarnya miskin, setiap kali bertukar pemimpin, parti politik menjadi kabur atau terus berkubur tanpa ninsan.
Sebagai orang Melayu Nusantara – di seluruh semananjung dan kepulauan Melayu -, sedikit benar yang menilai perjuangan menuntut kemerdekaan oleh Dato Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman sebagai patriot bangsa sejati, kerana perjuangan Presiden Ir. Soekarno dan Dr. Hatta lebih patriot dan lebih bermakna kepada bangsa Melayu, kerana mereka berjuang dalam api revolusi (darah, tulang dan nanah rakyat menjadikan keturunan mereka berani, gigih, rajin dan yakin diri).
Walaupun orang Melayu - Jawa, Batak dan beberapa suku kaum lain – di Indonesia memuja Ir. Soekarno dan Dr. Hatta, tetapi kerana parti politik – Parti Nasional Indonesia (PNI) tidak berubah dasarnya dan sedangkan pemimpin berubah, maka parti itu telah tenggelam.
TAPAK PERJUANGAN
MENUNTUT KEMERDEKAAN
Sekarang, kita, iaitu orang Melayu yang masih tebal dengan Melayunya dan tebal dengan kebendaan dan fahaman kekapitalisnya, sedang berhadapan dengan keadaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu – PEKEMBBAR – atau United Malays National Organization – UMNO, sedang menghadapi kemalapan dan masa depan yang kabur.
Keadaan itu bukan kerana UMNO itu tidak baik dan tidak boleh dirakamkan dalam sejarah bangsa Melayu sebagai tapak perjuangan menuntut kemerdekaan, tetapi kerana pertukaran pemimpinnya dan dirinya masih bersifat keortodoksan atau dianggap kuno oleh orang Melayu yang lahir setelah Ogos 1957 dan para belia Melayu yang berpelajaran tinggi dengan kukuh berpegang kepada akidah dan ajaran Islam tulin atau fahaman – fahaman atau ideologi politik yang lain, seperti Sosilisme dan komunisme.
Kita jadikan pengetahuan; jika Dato' Najib bukan anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak, tentulah tidakada seorang dari putgera -putera Allahyarham yang berjuang 'mati – matian' dalam UMNO, kerana pandangan dan fahaman mereka terhap parti politik dan perjuangan berlainan dari Najib.
AJARAN ATAU AKIDAH ISLAM
ATAU FAHAMAN – FAHAMAN LAIN
Jika kita merenung dari sini, maka kita merstilah berfikir secara 'revolusiner', iaitu meminda perlembagaan UMNO menurut peredaran zaman, kemahuan dan hasrat semua orang Melayu yang berpelajaran menengah atas dan tinggi (makatab dan universiti) yang kukuh dengan ajaran dan akidah Islam atau fahaman – fahaman lain.
Contohnya boleh kita dapati pada hari ini, seorang bapa dan ibu yang berjuang dalam UMNO semenjak tahun 1946, tetapi lima orang anak mereka yang berpelajaran tinggi, seorang pun tidak menyertai UMNO, tetpai ada yang menyertai PAS dan parti politik lain, iaitu Parti Keadilan Rakyat.
Baru – baru ini dalam sebuah kelab eksekutif, di Bandaraya Kuala Lumpur, saya telah bercakap dengan tiga orang yang berjuang sebagai 'tokoh kapitalis' dalam UMNO - pakaian mereka; kemeja, tali lehir, kot dan seluar serta baju berjenama terbaik dan dari luar negara - , mereka berpendapat UMNO akan beransur kabur dan mungkin berkubur.
MEMINDA PERLEMBAGAAN UMNO
MENURUT PERDARAN ZAMAN
Kemudian mereka menyalahkan pemimpi - pemimpin pada masa lalu kerana tidak memberi 'projek mega' kepada mereka.Pada ketika itu saya berhadapan dengan seorang politikus kapitalis.
Hati saya berkata, ” … kalau orang – orang macam awak semua ini berjuang dalam UMNO, memanglah UMNO akan berkubur, kerana awak semua berjuang kerana 'ada udang di sebalik batu' …, kapitalis Melayu.”
Jika kita merenung dari sini, maka kita mestilah berfikir secara 'revolusiner', iaitu meminda perlembagaan UMNO menurut peredaran zaman sesuai dengan revolusi fitrah, kemahuan dan hasrat semua orang Melayu yang berpelajaran menengah atas dan tinggi (lepasan maktab dan universiti) yang kukuh dengan ajaran dan akidah Islam atau fahaman – fahaman lain.
MENJDIKAN ISLAM
SEBAGAI DASAR NEGARA
Pindaan yang amat penting pada perlembagaan UMNO, ialah mengenai agama Islam. Dalam perlembagaan yang ada sekarang, UMNO hanya sebagai organisasi dan para ahlinya orang Melayu, 'mempertahankan agama Islam sebagai agama resmi negara'. Susunan kata – kata itu tidak kukuh dan tidak memberi kepercayaan kepada orang Melayu pandai dan bijaksana yang UMNO akan mengikut semua ajaran Islam – dalam Quran dan Sunnah.
Susunan kata – kata yang menjadi ayat dalam kanun, tidak mencerminkan UMNO akan mengambil agama Islam sebagai ideologi politiknya atau menjadikan Islam sebagai dasar negara. Sebaliknya memperlihatkan UMNO terus menerus berdiri sebagai sebuah parti politik kebangsaan Melayu dan cenderung kepada kaedah kapitalis.
Perkara inilah, apabila timbul ' hasrat dan angan – angan' untuk mewujudkan 'kerajaan perpaduan', iaitu UMNO dan PAS bekerjasama dan akan menjadi 'pilot' politik dan kerajaan', kalanmgan dalam PAS menolak dan menyatakan khuatir mereka UMNO akan memperalatkan PAS.
MENJADI PILOT POLITIK
DAN KERAJAAN
Pengalaman ' memperalat dan diperalat' ini telah dialami oleh para ahli PAS pada masa parti politik Islam itu bersama UMNO dalam Perikatan dulu, iaitu di bawah pimpinan Allahyarham Dato' Mohd. Asri bin Haji Muda. (Sila baca buku kecil: Pas Gagal Membentuk Negara Islam, oleh: Mokhtar Petah, 1970-an)
Jika UMNO mahu diterima oleh semua orang Melayu dan umat Islam di negara ini, maka artikel dalam perlembagaanya megenai Islam, hendaklah dipiunda kepada kira – kira:
'...mempertahankan Islam sebagai agama negara', atau:
'...mempertahakan agama Islam sebagai ideologi parti
…',
atau:
' ...mempertahakan sebagai Islam indeologi dan negara
betaraf, Melaysia.' negara Islam'
Mungkin ada orang mengaggap saranan saya ini satu saranan bodoh. Tetapi sebagai seorang Melayu yang telah ikut berjuang dxalam UMNO dari tahun 1952 – 1957, saya berpendapat, UMNO akan populer dan akan ramai orang Melayu dan umat Islam menjadi ahlinya, jika dalam perlembagaanya dimaktubkan lebih kurang begini:
'Satu negara, negara Melayu – umat Islam (walau dari
mana keturunan, asalahkan beragama Islam dan rakyat negara ini). Satu bangsa, Bangsa Melayu(umat Islam rakyat Malaysia),satu bahasa,Bahasa Melayu (Malaysia), dan
agama Islam, Agama negara.
Pada masa ini, siapapun yang membaca perlambagaan UMNO, tetap tidak menolak keyakinan, bahawa parti politik Melayu itu adalah sebuah 'parti kebangsaan dan berpegang kepada kekapitalisan. Ertinya, UMNO sebuah parti politik yang sama dengan parti – parti politik di Amerika syarikat, Great Britain dan negara – negara kapitalis lain.
WUJUD 'TIGER POWER'
DAN 'RABIT POWER' DALAM KERAJAAN
Jika PAS menyertai MNO untuk bersama mendokong 'kerajaan perpaduan', ada kemungkinan berlaku 'krisis' :
* UMNO mempertahankan ego politiknya dan ia akan
berkeadaan ke Amerikaan.
*PAS kurang daya diri atau tidak mahu menggunakanego politik, maka parti politik Islam itu nerkeadaan keSomaliaan.
Apabila keadaan demikian berlaku, mak, wujudlah 'tiger pewer' dan 'rabit power' dalam 'kerajaan perpaduan'. Akhirnya orang Melayu berpecah lagi.
Pada hari – hari menghadapai tugas meminda perkemabagaan UMNO, setiap pemimpin tertinggi, para anggota Majlis Tertinggi dan parea perwakilan 'amat perlu' mendalami petunjuk – petunjuk Allah dalam Quran, yang terjemahannya seperti berikut:
Dan perpeganglanh kalian semua pada tali (agama: Semua hal kehidupan, politik, ekonomi, kemasyarakatan dan kenegaraan) Allah dan kalian jangan berpecah belah. -Ali Imran: 103.
Dan hendaklah ada di antara segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan (sesuai dengan kehendak Islam), menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. - Ali Imran: 104.
Kalian (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah (Amalam semua hukum). Ali Imran:110.
Ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali Allah (Islam: Semua hal kehidupan, politik, ekonomi, kemasyarakatan dan kenegaraan) dan hubungan dengan manusia. - Ali Imran:112.
Dalam percakapan saya dengan Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua UMNO bahagian Kulim – Bandar Baharu,Dato' Abdul Aziz bin Haji Sheikh Fadzir baru – baru ini, saya telah berkata kepada beliau: ” Tak usah khuatir UMNO akan terus hidup dan orang Melayu akan terus menyokong UMNO …, sekadarkan UMNO kena pinda perlembagaannya ...”
Abdul Aziz senyum. Sebenarnya, beliau seorang pemimpin.
Pada haeri ini, pada umumnya orang Melayu angkatan muda dalam bandar – bandar besar lebih cenderung menyertai atau menyokong parti – perti politik yang berideologikan Islam dan sosialisme (mengikut iklim) atau sosio – demokrasi.
(Habis)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.