Friday, July 10, 2009

MERDEKA

BENARKAH KITA MERDEKA?

Republik Indonsia, Cina, Jerman, Rusia dan ngara - negara lain dipandang telah benar - benar merdeka,iaitu tidak tunduk atau tidak terikut - ikut kepada orang dan negara yang telah menjajah meeka dahulu. Mereka menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri dalam semua bidang. Pemimpin - pemimpin mereka sentiasa bercakap bahasa mereka sendiri apabila berucap dalam persidangan dunia seperti perhimpunan Pertubuhnan Bangsa Bersatu - PBB.
Presiden Soskarno telah bercakap lebih empat jam dalam perhimpunan PBB dengan menggunakan bahasa Indonesai(Melayu) dan diterjemah serentak kepada semua bahasa yang digunakan oleh bangsa - bangsa di dunia.Demikian juga pemimpin - pemimpin Jerman, Cina, Arab,Rusia dan negara - negara lain.
Sistem pelajaran di negara - mereka tidak ternampak ada (taksub kepada penjajah mereka dulu). Pelajaran (termasuk sians, teknologi dan metametik negara mereka menggunakan bahasa mereka sendiri.
Para pelajar dan bekas mahasiswa mereka lebih bertenaga, dedikasi dan yakin diri dari mereka di negara- negara yang masih terperosok di bawah pengaruh bekas penjajah negara mereka.
Malangnya, kita, Malaysia sebuah negara merdeka, semenjak kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 hingga kini, kita masih menggunakan bahasa Inggers dalam berbgai bidang hatta pada mata pelajaran sains dan metamatik.
Para pemimpin kita, sama ada berucap di luar negara mahupun dalam negara lebih (fanatik) menggunakan bahasa Inggeri. Ini berlaku dari Tunku Abdul Rahman hingga Dato Seri Najib Tun Razak.
Mereka telah maklum, bahawa pada masa serba canggih ini, jika mereka berucap dalam sidang - sidang di luar negara dan dalam negara dengan menggunakan bahasa Melayu, ucapan mereka diterjemahkan serentak ke dalam bahasa - bahasa lain. Tetapi mengapa mereka masih berucap menggunakan bahasa Inggeris?
Saya mnelihat para pemimpin kita yang suka menggunakan bahasa Inggeris di sebabkan perkara seperti beerikut:
* Masih tebal fanatik atau taksub kepada behasa penjajah.
* Kalau tidak berucap dalam bahasa Inggeris tidak
dipandang berpelajaran tinggi atau tidak ada mutu sebgai
pemimpin.
* Tidak beerminat dan tidak mencintai bahasa ibunda
sendiri.
Mungkin kalangan mereka yang memperjuangkan bahasa Melayu terasa kecewa dengan sikap para pemimpin demikian, tetapi apakan daya,kerana yang berkuasa dan boleh berbuat sesuka hati adalah orang politik dan bukan mereka yang menjadi pejuang bahasa Melayu.
Yang boleh kita bertanya dan siapa pula yang sanggup menjawa; benarkah kita telah merdeka dari penjajah? Adakah nampak sahaja merdeka tetapi jiwa dan semangst kita masih terjajah.(mp)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.