Sunday, July 26, 2009

CERITA DARI NOVEL


MENGGONGGONG PERSAAN SEDIH

Pada mulanya persahabatan Zainal Rashid dengan Fauziah sekadar persahabatan antara seorang pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di perantauan. Pada hati masing-masing ada tukun-tukun jujur. Ada batas-batas adab atau susila dan hukum syarak. Zainal Rashid ada kekasih di Kota Bharu dan Fauziah ada kekasih di Padang Rengas.

Kita ni Fauziah, duk jauh dari emak bapa kita, kita kena jaga nama, jaga akhlak,”nasihat Zainal Rashid kepada Fauziah.

Ia, Zainal, ana jaga, ana tak mau jadi tak baik, ...kita sama-samalah jaga diri kita, Zainal,”sahut Fauziah.

Ia, kita bersahabat sahaja, tak lebih dari itu,”kata Zainal Rashid.

...ia, bersahabat sahaja,”sahut Fauziah.

Bulan memanjat ke bulan, kira-kira enam bulan kemudian, hati Zainal Rashid menjadi seperti hati orang-orang Yahudi mendapat Palestin. Di beri sedikit mahukan lebih. Macam Belanda minta tanah. Seperti kata orang tua-tua Melayu, diberi betis hendakkan paha. Zainal Rashid telah lupa akan nasihat-nasihatnya kepada Fauziah.

Hati Mereka telah bercampur dengan nafsu anjing. Pada pertengahan bulan yang ke enam, Zainal Rashid dan Fauziah telah memusnahkan amanah masing-masing dalam calet di pinggir sungai Nil. Di sana kuntum padma dari Padang Rengas koyak dan robek. Dalam calet itu maruah Zainal Rashid sebagai mahasiswa syariah dan usuluddin tercemar, rosak dan musnah.

Mereka telah menjadi dua manusia dalam golongan orang-orang mufanfik. Orang-orang yang bercakap bohong, menyalahi janji dan khianati amanah1.

Pada satu pagi minggu, sementara menanti Zainal Rashid menjemputnya, Fauziah membaca sekali lagi surat dari bekas kekasihnya, Khalid.

Fuzi.

Keputusan Fuzi memutuskan cinta kita, saya

terima dengan ikhlas. Sesungguhnya saya tidak

dapat menolak takdir.

Saya harap Fuzi bahagia dengan kekasih Fuzi yang

baru.

Salam dari saya.

Khalid Ismail.

Hai, Khalid, kasihan, apa boleh buat, takdir...,” bisik Fauziah.

Ada titik-titik penyesalannya kerana melakukan perbuatan maksiat dengan Zainal Rashid. Fauziah tidak membenci Khalid. Tetapi dia telah terjebak dalam dua persimpangan cinta. Cintanya kepada Khalid masih wujud dalam dirinya. Dia telah menjejaki persimpangan cintanya dengan Zainal Rashid, cinta berbau nafsu syaitan. Keputusannya menolak Khalid kerana dia telah menyedari dirinya bagai kuntum padma telah dirobek-robek belalang dewa dan kumbang. Haram baginya menghidangkan sisa orang lain kepada Khalid. Demi Tuhan, Fauziah tidak mahu Khalid mengutip sisa.

Butir-butir air mata Fauziah luruh atas surat Khalid.

...maafkan Fuzi Khalid, tak ada jodoh kita,”sungut Fauziah.

Lid, enta pemuda yang baik, ...insya Allah Lid dapat orang yang lebih baik dari Fuzi,” Fauziah menelan suaranya sendiri.

Fauziah melipatkan semula surat Khalid dan dimasukkan ke dalam laci mejanya. Surat pemuda itu tidak akan dijawabnya. Biar Khalid memarahinya. Biar Khalid membencinya. Dengan menggonggong perasaan sedih, Fauziah bergegas turun dari aparmantnya. Zainal Rashid sedang menunggunya dalam teksi, di halaman aparmant itu.

Fauziah duduk di sebalah kanan Zainal Rashid dalam teksi yang membawa mereka ke pusat bandar Kahirah. Wajah Fauziah muram. Moyok. Zainal Rashid menjeling kepadanya. Dia menyangka gadis itu sakit.

...ngapa ente, nampak muram?”Zainal Rashid bertanya kepada Fauziah.

Tak, tak, biasa aje,”jawab Fauziah.

Tentu ada apa-apa ni,’kata Zainal Rashid sambil memegang tangan kiri Fauziah.

Tak. Tak ada apa-apa,”sahut Fauziah.

Mereka turun di pusat bandar. Pagi itu permulaan musim cuti selama seminggu semua kolej dan universiti di Masir. Zainal Rashid dan Fauziah akan menghabiskan hari-hari cuti, di bandar Iskandariah. Fauziah belum pernah melawat ke sana.

Zainal Rashid dan Fauziah telah melancong ke Iskandariah dibiayai oleh sebuah kelab nasionalis di Kahirah. Na’imah Halfa menolong mereka mendapatkan wang tersebut. Kelab itu membiayai segala-galanya, seperti bilik hotel, makan dan minum, perjalanan dan tempat-tempat hiburan termasuk kelab tari menari dan membeli pakaian.

Kelab tersebut terletak di bawah naungan rangkaian Arab-Yahudi atau Zionis di Masir. Kelab tersebut menjalankan ’amal murah hati’ kepada pemuda-pemudi dari negara-negara Islam yang menuntut di sana. Tujuan utama, agar pemuda-pemudi itu diasak dengan fikiran-fikiran ’Islam moderat’ atau orang Islam yang mempunyai fikiran yang berlawanan dengan kehendak Islam yang sebanarnya. Hala tuju mereka berlawanan dengan Quran dan Sunnah.

Kalau mereka minat dalam bidang kewartawanan dan penulisan, kita latih mereka, didik mereka, pupuk mereka menjadi wartawan atau penulis memihak kepada gerakan kita,”kata pengarah rangkaian kelab-kelab nasionalis Masir, Ali Jibran, kepada Na’imah Halfa.

Ia, itu rancangan yang bagus,”kata Na’imah Halfa.

Kalau mereka bakal ulama Islam, ustaz di negara mereka, kita brain wash mereka, kita tanamkan dalam fikiran mereka pengaruh kita atau doktrin Zionis,”kata Ali Jibran lagi.

Bagus, sungguh praktik,...apabila mereka pulang ke tanah air masing-masih, mereka akan menjadi pengamal media yang putar belit dan mengelirukan fikiran umat Islam di sana,”kata Na’imah Halfa.

Kalau mereka ulama, mereka akan menjadi ulama yang mumutar belitkan ayat-ayat Quran dan Hadis-Hadis, ulama yang menjadi alat kita,”kata Ali Jibran.

Macam mana, tuan?”Na’imah Halfa bertanya.

Ia, misalnya, mereka ciptakan hadis palsu, mereka gunakan Hadis daif jadikan hadi sahih. Hadis-hadis dalam mazhab Syiah dicampur adukkan dengan hadis-hadis dalam mazhab lain,”jelas Ali Jibran.

Na’imah Halfa mengangguk.

Kita gunakan apa sahaja untuk melemahkan umat Islam di seluruh dunia,” tegas Ali Jibran.

Itu perlukan banyaki wang,”kata Na’imah Halfa.

...masalah wang tak usah risau, kita, gerakan Zionis banyak wang, berbagai negara bantu kita termasuk negara-negara Arab,” kata Ali Jibran.

Na’imah Halfa senyum.

...semua bank, kasino, kelab hiburan dan perdagangan industri bantu kita,”kata Ali Jibran lagi.

Ia, kita akan berjaya di atas kebodohan dan kelemahan manusia,”sambut Naimah Halfa.

...kita akan sertakan penubuhan kolej-kolej, universiti-universiti di negara-negara orang Islam,” kata Ali Jibran.

Itu rancangan yang sangat baik,”kata Na’imah Halfa.

Ia, pusat-pusat pengajian tinggi itu akan menjadi industri yang akan mengeluarkan intelektual muda yang kita kehendaki,”jelas Ali Jibran.

Ia, seperti yang kita telah lakukan di Amerika,”sahut Na’iman Halfa.

...kalau mereka Islam, Hindu, Budha, Kristian dan apa jua agama, mereka akan pandang agama mereka kuno, menyekat kebebasan atau mereka sifatkan agama sebagai madat,”jelas Ali Jibran lagi.

Zainal Rashid dilihat oleh pihak kelab nasionalis di bawah pimpinan Ali Jibran, sebagai bakal seorang ulama dan pemimpin masyarakat di Malaysia. Sesuai dengan kegemarannya, menari, berfoya-foya, melancong dan mendampingi gadis-gadis, maka dia telah diberi kemudahan termasuk wang. Ali Jibran yakin dengan kemudahan-kemudahan itu, Zainal Rashid akan peka dalam rancangan Zionis antarabangsa.

Zainal Rashid dan Fauziah telah tenggelam dalam keseronokan. Mereka berbelanja dengan menggunakan kad kredit milik kelab kebangsaan. Mereka boleh berbelanja sehingga pada paras yang telah ditentukan.

Walau bagaimana pun Zainal Rashid dan Fauziah tidak mengetahui segala kemudahan yang mereka dapati itu di bawah rancangan Yahudi dan Zionis. Mereka hanya menyangka kelab itu dimiliki oleh orang-orang bijak pandai dan hartawan Arab, seperti yang diberitahu oleh Na’imah Halfa kepada mereka.

Mereka dua orang pelajar dari berpuluh-puluh pelajar Islam di seluruh negara-negara Islam yang telah termasuk pengakap Yahudi atau Zionis.

Setiap hari Zainal Rashid dengan Fauziah bagaikan pasangan sedang berbulan madu, di bandar yang menghadap ke laut Mediterranean itu. Mereka telah berkubang dalam bilik, di sebuah hotel mewah di bandar tersebut.

Teruna dan dara dari Malaysia dalam bilik hotel itu tenggelam dalam lautan hawa nafsu. Mereka seperti syair orang Arab.

Hawa nafsu itu bagaikan bayi;

bila kauberi kesempatan,

sampai besar masih ketagih susu.

Pada tiap-tiap malam dalam bilik hotel, Zainal Rashid nyenyak tidur. Dengkurnya bagaikan bunyi harimau belang. Tetapi Fauziah tidak dapat memejamkan matanya. Tidak dapat lena. Bekas kekasihnya, Khalid telah menjadi tetamu dalam bilik otaknya.

Fauziah sedar, dia telah melakukan tindakan munafik dan dosa kepada Khalid. Janjinya dengan pemuda yang awal memeluk tubuhnya itu telah dikhianatinya. Tetapi apakan daya, perbuatannya telah terlanjut kerana mengikut runtunan hawa nafsunya. Fauziah telah tenggelam dalam dilema Ibarat nasi telah menjadi bubur - dirinya, laksana kelapa muda ditebuk tupai.

(Dipetik dari novel, Bunga Padma di Lembah Nik, oleh: Mokhtar Petah. Editor, Petah Shahrir Aidid).












1 Maksud Hadis; Bukhari dan Muslim.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.