Saturday, June 27, 2009

SAJAK


kerajaan perpaduan

Kupacak keris tajam berlok tujuh,

Atas nama patriotik bangsa terbilang,

Kerisku patah hujungnya,

Hanyut tenggelam di laut mana,

Dik salah juang datok nenek,

Bumi sendiri milik orang.


Berlok tujuuh keris pusaka,

Darah jantungku karatnya,

Iakah bangsaku berdaulat,

Atau laksana taberau tumbuh di kuala,

Hidup segan mati sukar,

Menunggu hanyut dalam muara.


Kerajaan Perpaduan dicanang kini,

Siapa berniat siapa merancang?

Laksana petir organisasi Islam menolak,

Dik berbeza ideologi dan perjuangan,

Nasio – capital dan Islam tapa titik koma,

Jadi igauan dan mimpi malam.


Ibarat pasangan bercinta,

Hati sama berwatak sejajar,

Yakin diri bertulus hati,

Kasih memanjang ke hujung usia,

Tidak sama jerai dan mengkudu,

Dik setia mengkudu, jadi mangsa.


Kerajaan Perpaduan,

Jika sungguh bagai dikata,

Papan di jawab kita dirikan,

Dua organisasi berideologi sama,

Islam agama teras perjuangan,

Bersatu Melayu seluruh baka.


Lahad Datu …………………………….. Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.