Wednesday, June 24, 2009

QURAN


KEBAJIKAN

Dan bertolong – tolonganlah kalian dalam (hal – hal) kebajikan dan jangan bertolong -tolongan pada jalan (perlakuan) dosa. - Al Maidah: 2


HADIS


PERDAMAIAN

Perdamaian antara orang - orang Islam itu adalah harus (tidak wajib), kecuali perdamaian yang mengharamkan sesuatu yang halal dan menghalal sesuatu yang haram.- Perawi: Abu Daud


PETUA

Jika anda keluar dari rumah dan berjalan ke mana – mana pada waktu pagi, tiba- tiba anda tergelincir atau terjatuh, maka anda semak balik akan perjalanan hidup anda kelmarin dan malam tadi, adakah anda telahj melakukan kesalahan kepada Allah. Tentunya anda telah melakukan kesalahan kepada Allah atau kepada manusia. Makna yangb boleh diterima akal, ialah dosa anda dibalas atau bayar tunai oleh Allah di dunia ini.


*** ***


PAS DAN UMNO

Sebilangan besar dari para pendukung dan ahli Pas tidak rela berkongsi kuasa dengan UMNO- Barisan Nasional dalam kerajaan perpaduanm kerana dengan kerjasama itu menjadikan parti politik mereka akan gagal untuk menegakkan negara Islam dan Pas akan pupus, tetapi jika Pas tidak bekerjasama dalam tempoh beberapa tahun lagi, mereka yakin UMNO dan Barisan Nasiolan akan lumpuh.(Punca: seorang ulama Pas).

KOMUNIS

Pada tahun 1972, Menteri Dalam Negeriu Malaysia, Tan Sri Ghazali Shafie telah mengeluarkan keratas putih, Kegiatan Parti Komnunis Malaya Dalam Persatuan Bahasa Thionghua Universti Malaya'. Di antara mahasiswa – mahasiswa itu teloah ditangkapo dan di tahan. Kini, sebilangan dari mereka itu berada dalam parti – parti politik dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

SUNGAI

Sungai yang paling panjang di dunia, ialah sungai Nil Afr1ika – Masir, iaitu 6437 Kilometer. Kerana kepercayaan kuno orang Afrika dan masir, beribu – ribu gadis cantik telah dikorbankan dalam sungai tersebut.

ORANG POLITIK


Orang – orang politik bersahabat tidak sampai ke hujung jalan. Mereka sanggup menjatuhkan rakan mereka dengan berbagai tuduhan palsu, kotor dan hina. Di antara tuduhan – tuduhan itu, ialah liwat, rogol, pecah amanah, sebersif dan rasuah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.