TAAT
Hai orang – orang yang beriman, jika kalian mentaati orang – orang kafir (mengenai apa yang mereka perintah kepada kalian dalam pemerintahan) tentulah mereka akan mengembalikan kalian ke belakang (kepada kekafiran) sehingga jadilan kalian orang – orang yang rugi. - Ali Imran:149.
HADIS
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Tidak ada seorang hamba Allah yang diberi amanah memimpin rakyat oleh Allah kemudian dia meninggal dunia (setekah) dia dalam keadaan menipu rakyat, melainkan Allah mengharamkan syurga baginya. Hadis Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Perawi: Imam Muslim dan Ad Darimi.
PETUA
Ulama adalah waris para Nabi Allah. Apabila ulama menasihati umat Islam atas sesuatu perkara yang baik hendaklah diikuti nasihatnya, tetapi jika difikirkan nasihatnya tidak ada kepentingan umum, terutama umat Islam, maka bolehlah diketepikan nasihatnya, kerana tidak mengikuti nasihatnya tidak menjadi satu dosa.
*** ***
MENULIS
Pekerjaan yang boleh dikatakan sukar ialah menulis (artikel, buky dan yang bersifat kreatif), tetapi pekerjaan itulah digemari oleh individu - individu yang mahu menggunakan fikiran tidak seperti harta Qarun atau seketul batu terbenam dalam bumi di gunung.
POLIS
Pada masa psukan baru ditubuhkan kebanyakan orang Negeri Sembilan tidak tahu menyebut polis atau mata - mata. Mereka menyebut: Baju tagang, seluar tagang, kasut berdegok dan kupiah terpocak.
SESAT
Apabila seorang jemaah haji atau kumpulan pengamal ibadah umrah tersesat dalam masjid Haram dan di sekitar Makah, tentulah dia ada kesalahan kepada Allah yang dia belum bertobat atau tujuannya ke Makah tidak seperti tujuan orang mnukmin sejati.
SHAITAN
Allah telah menerangkan dalam Quran, bahawa syaitan itu musuh Allah dan musuh manusia (yang beragama Islam), tetapi ramai orang Islam yang masih bersahabat dan meminta tolong kepada syaitan disebabkan mereka itu jahil. Orang - oiranbg begini samalah dengan orang kafir.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.