Saturday, June 20, 2009

QURAN



POLITIK BERMULA DARI AL FATIHAH


Pilitik atau siasah (bahasa Arab), jika kita mengkaji ayat- ayat Quran, maka pengajarannya diwujudkan Allah dalam surah Al Fatihah, iaitu pada ayat yang ke - 7.
Atat pertama: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang. Ayat ini Allah memperkenalkan dirinya akidah dan tauhid, bahawa diri - Nya adalah yang pemurah dan penyayang kepada alam semuanya, manusia, haiwan dan makhluk seluruhnya.
Ayat yang kedua: Segala pujian bagi Allah Penguasa seluruh alam. Allah memberitakan kepada semua manusia san seluruh makhluk - Nya, bahawa segala pujian itu hanya kepada Allah. Ayat ini telah membuktikan kepada makhluk - Nya, bahawa hanya Dia yang mesti dipuji dan berhak mnenerima pujian.
Ayat yang ketiga: (Allah) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ayat ini juga tergolong dalam kenyataan tentang akidah dan tauhid; betapa Allah itu Pemnurah dan Penyayang kepada semua makhluk - Nya.
Ayat yang keempat: Yang menguasai hari pembalasan. Ayat ini tergolong dalam akidah dan tauhi, bahawa setelah dunia ini menjadi tempat tinggal sementara bagi makhluk-Nya (terutama jenis haiwan berkata - kata - manusia, maka ada tempat lagi yang kekal untuk mereka, iaitu hari akhirat atau hari pembalasab. Allah adalah penguasanya.
Ayat yang kelima: Hanya adalah yang kami sembah dan (kepada) andalah kami memohon pertolongan. Iaitu, kerana Allah mempunyai kehendakj, kuasa dan segala - galanya, maka tidak ada tempat lain lagi bnagi hamba - hamba-Nya(menyembah dan meminta pertolongan.
Ayat yang keenam:Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus. Iaitu doa hamba - hambat yang beriman kepada Allah. Memhonon Allah menunnjukkan jalan yang lurus di dunia, jalan lurus menjuju ke hari akhirat dan jalan di akhirat.
Ayat yang ketujuh: Jalan mereka yang anda telah anugerahkan nikimat kepada mereka, iaitu melalui petunjuk dan hidayah - Mu. Kemudian Allah perjelaskan dengan ayat berikut: Bukan jalan mereka yang anda murkai. Maksudnya; orang - orang Yahudi. (Dan bukan pula) selain mereka yang sesat, iaitu orang - orang Nasrani - Kristian.
Ayat akhir inilah wujudnya pengejaran siasah atau politik, iaitu segala cara manusia mengikuti jalan yang baik atau yang buruk dalam kehidpan mereka, negara mereka dan kekuasa mereka.
(suber: Tafsir Ouran: Jalalain; Al iman Jalaluddin Muhammad bin Muhammad Al Mahilli dan Jalaluddin bin Abdul Rahman bin Abi Bakr As Sayutti).

HADIS

JANDA

Janda lebih berhak atas dirinya daripada walinya (untuk berkhahwin) dan gadis perlu meminta izin (dari walinya atau wali hakim) dan keizinannya adalah diamnya (tidak membantah).
- Perawi: Imam Muslim, Abu Daud dan At Tirmizi.

PETUA


Jika orang Islam orang - orang Islam dengan bermuafakat, menyelesaikan masakah, berdamai dan hidup aman, jangan ada orang Islam yang lain menghalangnya, kerana Allah lebih mengetahui buaruk baik rancangan itu daripada mereka.


*** ***

TAHUKAH?



AL ARQAM

Al Arqam telah diharamkan oleh kerajaan kerana dianggap salah, tetapi para bekas ahlinya kini yang mengikuti bimbingannya, telah maju dalam lapangan kehidupan; ekonomi, sosial, politik dan mereka banyak menyumbangkan idea kepada kerajaan , radio dan televisyen negara ini.

MAZHAB

Penjajah Inggeris telah menasihat dan menekan Raja - Raja Melayu padazaman kekuasaannya supaya tidak mengamal - gunapaiaki keempat- , empat mazhab Ahlus sunnan wal Jamaah, hanya guna pakai satu sahaja, iaitu mazhab Asy Syafie. Mazhab Maliki, Hambali dan Hanafi dianggap terlalu kuat menentang riba dan keras terhadap hukum - hukum Allah.


SULTAN

Antara sultan - sultan di negara ini yang banyak melakukan kejutan kepada Kerajaan Negeri Johor dan Kerajadi bawah Mahathir Mohamad, telah melakukan perubahan kepada imuunity (kekebalan) terhadap Raja - Raja Melayu.

LEE KUAN YEW

Ramai pemerhati politik dan penulis politik, penjelajahan Menteri Mentir Singapura,
Lee Kuan Yew ke negara ini termasuk bertemu dengan Nik Aziz di Kelantan, telah menjadi seperti hujang turun pada musimn kemarau menyuburkan tanaman yang kering hampir mati, iaitu parti - parti pembangkang, terutama DAP.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.