Monday, June 1, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS



Nik Aziz

Perhatikan nikmat Allah pada sepinggan nasi yang sedang tersaji, mungkin dilengkapi pula dengan gulai akan masak lemak cili padi dan segala rempah yang terdun di dalamnya. Petani dan jelapang padi mana yang mengusahakan padi, pkebun dan ladang mana pula yang menghasilkan kelapa untuk diperah santannyam bawang, lada, asam serta segala rempah dan perencah yang melazatkan gulai itu.
Periuk belanga untuk bertanak nasi dan masak gulai, entah diimport dari negara mana begitu juga bahan gas atau minyak tanah dari perut bumi mana ia dikeluarkan, sehingga suri rumah dapat memasak sajain dengan begitu sempurna. Yang jelas kesemuanya itu melibatkan berbagai pihak di merata tempat di dunia ini.
Untuk sepinggan nasi, di luar kesedaran kita bahawa Allah Subhanahu wa Taala telah mengerahkan begiu banyak tenaga manusia di merata tempat di pelusuk dunia bagi memenuhi naluri manusia yang memerlukan makan minum itu, sejak dari petani yang menghasilkan beras, para nelayan yang menghasilkan tangkapan ikan, peladang yang menghasilkan sayur - sayuran dan juda rempah ratus, para jurutera dan pekerja petrolium yang menghasilkan gas dan minyak tanah, pengusaha lombong dan juga pengusaha industri logam untuk menghasilkan periuk belanga dan alat memasak.
Ditambah pula dengan lesung batu untuk menumbuk sambal. Kajaian ahli geologi mendapati pepejal batu sehingga menjdi begitu keras, ia memerlukan suatu jangka masa pemerapan ribi atau jutaan tahun. Demikian Allah telah pejalkan batu itu di perut gunung sehingga ia amat keras, bukan sahaja boleh dijadikan lesung batu, malah boleh manfaatkan untuk membina jalan raya, jambatan dan sebagainya untuk memudahkan pengangkutan dan pengagihan makanan ke serata pelusuk dunia.
Orang yang menikmati sajian nasi dengan lauk - pauk itu, setelah kenyang dan sedawa, barulah mereka nak mengucapkan 'Al hamdulillah'. Sedangkan Allah Subhanahu wa Taala telah kerahkan perlbagai pihak di berbagai pelusuk dunia, ribuan manusia bekerja keras untuk menyempurnakan sepinggan nasi itu.
Dengan demian, amat wajar manusia bersyukur dan berzikrullah, sekurang - kurangnya 360 jaku dakamnsehari sesuai dengan jumlah sendi anggota yang Allah ciptakan untuk manusia. Jika hendak dibandingkan dengan nikmat Allah itu tidaklah sebanding dengan hanya 360 kali berzikir, malahan ribuan kali pun tidak akan terbalas nikmat tersebut.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.