Mokhtar Petah (03hb Julai 1934)

Selamat Hari Keputeraan yg ke-76 tahun (3 JULAI 1934 )

Friday, June 5, 2009

MUKTAMAR PAS



HADI HARAP KERAJAAN PERPADUAN TERLAKSANA



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih menaruh harapan cadangannya agar dapat diwujudkan kerajaan perpaduan tercapai jika mendapat respon daripada kerajaan.

Malah beliau begitu yakin menyatakan, gagasan pembentukan kerajaan perpaduan diterima baik oleh rakan pakatan pembangkang yang lain iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Gagasan kerajaan perpaduan ini adalah penyelesaian kemelut negara dan PAS tidak mahu menjaid pembangkang yang membuta tuli...selagi ada ruang kita akan bincang cara demokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Agung PAS ke-55 di Shah Alam pagi Jumaat.

Selepas pilihan raya umum Mac 2008, Hadi telah mengutarakan cadangannya agar diwujudkan kerajaan perpaduan. Cadangan ini muncul setelah timbul kemungkinan diadakan muzakarah antara PAS dengan UMNO.

Malah Mukatamar Dewan Ulama yang berlangsung Khamis juga mahu ulama dalam parti itu menyokong gagasan penubuhan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Hadi tersebut.



Sementara itu, semasa berucapan pada muktamar tersebut, Hadi menyatakan kesediaan parti itu untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi untuk kepentingan Islam.

Namun pada masa yang sama seperti mana biasa, Hadi menajdi UMNO dan BN sebagai sasaran serangan dalam ucapan dasarnya.

Malah ia lebih menyerlah apabila Hadi menyatkan PAS mengakui krisis ekonomi yang melanda dunia pada masa kini tetapi menyalahkan kerajaan BN di atas kesan krisis ekonomi yang turut melanda negara ini.

Katanya, krisis ekonomi yang dialami negara kerana BN tidak bertanggungjawab kerana amal sindrom penafian di atas apa yang berlaku.

Pada muktamar itu juga PAS memberikan anugerah pejuang bahasa kepada Datuk Dr Hassan Ahmad dan A Samad Said yang terbabit ajur perhimpunan bantah PPSMI. – 5/6/2009

(Berita ini dri Agenda Daily, 5 Jun 2009)

Mokhtar Petah at 4:04 PM

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.

‹
›
Home
View web version

About Me

My photo
Mokhtar Petah
"Aku terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu kalimat atas kain kapanku". Berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan sejak 1954. Menjadi Penasihat Hal Ehwal Politik Sultan Idris Shah ibni Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak.
View my complete profile
Powered by Blogger.