Monday, June 15, 2009

MENGENANG MASA SILAM



Mokhtar Petah

Pada zaman Tanah Melayu dalam taklukan tentera Japun. Aku dan adikku, Gazali atau Razali (kemudian, penulis, ustaz bekas pegawai kebajikan Felda) sentiasa makan nasih tidak randau (campur) dengan pisang atau ubi kayu yang telah direbus kerana bapa dan ibuku berldang padi di suatu tempat bernama Paya Pak Banon, di sekitar tasik cenderoh, Perak.
Orang - orang lain, di mana - mana terpaksa makan ubi kyu, sagu rumbia, pisang dan apa sahaja yang boleh dilulurkan ke dalam rengkung.
Sebilangan orang besar - besar dan warga istana Sultan Perak, di Kuala Kangsar telah datang ke tempat kami menujkarkan kris, badik, kain songket dan barang kemas dengan ubi kayu dan pisang.
Ada seorang perempuan tua di kampungku, nama tak payah catat di sini. Dia menjadi penjaja tempoyak di pasar minggu, Changkat Jering, Taiping. Tempoyaknya dimasukkan dalam guri atau pasu besar dan dibawa ke pasar mingu pada tiap- tiap minggu (Ahad).
Pasu itu, pada hari Isnin hingga hari Jumaat berkhidmat untuk suaminya yang menderita sakit tokak atau pekong pada dua belah kakinya. Kira - kira dua gelen air rebusan asam gelugur (suam)dimasukkan ke dalam pasu itu. Sang suami telah merenam dua puntung kakinya yang berpekong atau bertokak dalam air di dalam pasu tersebut.
Pada zaman sekarang, orang kata pasuk itu, ialah pasuk 'pembangunan ekonomi kampung' dan ' pembangunan kesihatan luar bandar.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.