Monday, June 1, 2009

KAPITALISME MUSUH ISLAM


KAPITALISME IDEA FIRAUN

Oleh: Mokhtar Petah

Sistem kapitalisme dan ketunanan satu - satu bangsa yang diamalkan di sebilangan negara di seluruh dunia pada masa ini, jika ditinjau dari sejarah yang dikemukakan oleh Quran, ia bermula secara besar – besaran pada zaman maharaja Firaun dan hartawan Qarun.

Walaupun amalan sistem kapitalisme telah diamalkan oleh manusia pada zaman sebelum maharaja Fiaruan dan hartawan Qarun, tetapi amalan itu tidak sehebat dua tokoh kapitalis pada zaman Nabi Musa alaihis salam tersebut.

Quran telah telah menyumbangkan rakaman sejarah mengenai maharaja Firaun dan hartawan Qarun untuk diketahui dan dikaji oleh umat manusia kemudian dari mereka, termasuk orang Melayu pada zaman ini.

Sesungguhnya Firaun itu menyombongkan diri dalam negeri, dipecah – belahkan rakyat menjadi beberap golongan, ditindasnya sebahagian dari mereka, di sembelihnya anak – anak lelaki meeka dan dibiarkan hidup anak – anak perempuan, sesungguhnya dia termasuk orang – orang yangmembuat kerosakan - Al Qasas: 4

Sesungguhnya Qarun itu termasuk kaum Musa, tetapi dia melakukan penginiayaan kepada mereka, dan Kami anugerahkan kepadanya kekayaan, yang anak kunci berat dipikul oleh sekumpulan orang yang gagah. Perhatikanlah, pada ketika kaumnya berkata kepadanya” Janganlah kamu bangga, s3saungguhnya Allah tidak menyukai orang – orang yang sombong. - Al Qasas: 76.

Maharaja Firaun bertegak dimuka bumi ini, di Masir sekarang, dengan kuasa diktator di tanganya, mengumpulkan seberapa banyak harta, terutama emas dan menindas serta memperhambakan manusia, iaitu dari kaum Bani Israel - Yahudi.

AMALAN RASUAH

Manakala Qarun berdiri di bumi ini, di sekitar kawasan Masir, Palestin dan Yahudi sekarang, telah menggunakan harta bendanya sebagai kuasa menindas dan memperhambakan manusia.

Maharani Balqis yang memerintah negeri Saba -Yaman – telah menguruskan kerajaannya dengan sistem kapitalisme juga. Kerana sistem kapitalis tidak menolak amalan rasuah, maka sebelum Balqis beriman kepada Allah dan berkahwin dengan Nabi Sulaiman alaihis salam telah cuba melakukan rasuh kepada Nabi Allah itu dengan ems dan permata yang dimuatkan dalam beberapa buahkereta kuda dan sebilkangan gadis jelita.

Rasuah yang ditolak oleh Nabi Sulaiman itu dilakukan agar Rasul Allah yang dapat mengusai manusia, haiwan m unggas dan jin itu tidak menyerang Negeri Saba dan menyebarkan agama Islam di sana.

MENGEMBANGKAN ISLAM

Semua para kapitalis dunia pada zaman itu telah di binasakan oleh Allah; Firaun telah mati lemas dalam laut merah setelah dia dengan bala tenteranya mengejar Nabi Musa alaihis salam.

Agama Islam yang dibawa oleh para Rasul Allah termasuk Nabi Musa dan Nabi harun hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. Adalah menentang sistem kapitalisme.

Nabi Muhammad telah berjuang mengembangkan Islam dengan menentang sistem kapitalis suku datuk Junjungan dari kaum Arab Quris, Yahudi di Madinah dan Kristian di Masir, Syam, yaman dan golonga Kristian dari Rum.

MENINDAS MANUSIA

Abu Lahab dan Abu Sufian ketua kaum Arab Quris adalah dia antara beberapa orang pengamal kapitlisme dalam masyarakat Arab Jahiliah.

Qarun yang mempunyai harta benda ( hingga di Tanah Melayu orang menyebut harta Qarun)nya, kerana perbuatan menindas manusia, takbur dan menderhaka kepada Allah, maka Allah mengakhirkan hidupnya dengan ditelan oleh bumi.

Islam menunjukkan manusia satu sistem politik dana ekonomi yang menghendarkan dari perbuatan menindas dan mempehambakan manusia, membolot dan mementingkan diri orang yang berkuasa dan kaum kerabatnya.

GOLONGAN KAPITALIS

Oleh kerana dalam sistem kapitalis amalan riba menjadi satu jaringan mencari keuntungan atau laba, maka Islam telah melarang mengemalkan riba.

Amalan kapitalisme oleh golongan kapitalis telah di warisi oleh umat manusia diseluruh dunia, tetuama pada masa manusia berlomba dalam bidang industri. Penjelasan tentang sistem kapitalisme ini seperti berikut:

Capitalisme. An economic and political system that developed following the industrial revolution. Essential features of the system are uncontrollled free market,base on the profgit motive, and unrestricted of the means of production (capital).If the system allowed to develop witghout restriction it has ceertain undesirable attributes. This has led western countries, characterized by substantiak government regulation. (The Macmillan Encyclopedia – Market Hous Books Limited, Aylesbury, 1981,

Sistem kapitalis dan ketuanan telah diamalkan dalam masayarakat Melayu, iaitu semenjak orang Melayu mulai hidup dalam masyarakat yang dikuasai oleh Raja Pemerintah dan Orang Besar - Besar. Contoh yang paling dekat, ialah Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan Negeri Perak di bawah Sultan Abdullah,malalan sistem kapitalis dan ketunanan Melayu tgelah menjadi satu ' hak daulat Raja dan hak undang – undang kerajaan'. Hak tersebut mengharuskan Raja dan Orang Besar - Besar menindas rakyat atas alasan dauklat dan kepentingan istana.

AGAMA ISLAM

Pada masa dua kerajaan beraja itu dan raja – raja lain di pulau jawan dan Sumatera, sistemkapitalisme berjalan ranca dengan menggunakan agama Islam sebagai perisai, iaitu, sdiapa menentang Raja atau Sultan bererti menentang Allah. Dan Sultan dan Raja wajib disembah sebagai Tuhan yang kedua.

Walaupun semua orang Melayu beragama Islam, dan sebilangan orang keturunan lain yang menajadi rakyat negara ini beragama Islam, tetapi sistem ekonomi dan politik di negara kita ini masih mengikut sistem kapitalisme.

Sistem kapitalisme menghalalkan perbuatan atau amalan berikut dengan tujuuan mencari untung atau laba:

* Riba dan sebarang cara berisifat riba.

* Zina dan sebarang cara yang hampir dengan perzinaan, termauk

dalam lakonan filem dan sebagainya.

* Penindasan dalam semua perkara, termasuk tanah, rumah

kediaman, harta benda dan manusia.

* Segala yang bolehmendatangkan keuntungan atau laba, seperti

judi; kasino, lomba kuda, loteri, nombor ekor dan sebagainya.

Semua yang tersebut di atas ini boleh dijalankan dalam negara yang mengamalkan sistem kapitalisme, asalah mendapat lesen dari kerajaan. Lesen itu pula mendatangkan untung atau lapa kepada kerajaan yang mengalamkan sistem kapitalisme.

Sesebuah negara yangmengamalkan sistem kapitalisme amat sukar untuk mencapai perpaduan antara rakyat. Sukarnya umpama mencampurkan minyak dengan air. Kerana sistem itu menjadi penghalang kepada perpaduan. Ia menimbulkan tidak puas hati di kalangan rakyat kelas bawahan atau marhein.

Malaysia sedang mengamalkan ekonomi dan politik mengikut sistem kapitalisme. Maka untuk mencaoai oeroaduan tulis di kalangan rakyat, menghapuskan penindasan dalam ekonomi dan politik dan mengelakkan orang Melayu terus menjdi bangsa yang pencurut atau diperhamba di bumi sendiri, maka sistem itu perlu diubah segera, iaitu kepada sistem Islamisme.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.