KITA SESAMA KITA
Kata sasterawan.
“Damailah kalian dalam negara,
tak usah dibina gelanggang neraka,
bahayanya besar kepada kita,
Melayu pupus hilang baka,
Sepanjang hidup di mamah duka.”
Kita sesama kita!
Pesan ulama waris nabi,
“Jangan berpecah Melayu peribumi,
ikut rahan agama suci,
Padu diri pembetungkan hati,
Bangsa kukuh gagah berani
tidak hina di jajah kembali.
Kita sesama kita!
Suruhan Islam jangan ditentang,
Nanti perjuangan sial kecundang,
Maruah hilang laksana binatang,
Jadi hamba dikerah orang.
Dibenci pagi dan petang,
Hidup hina di gua walang.
Kita sesama kita!
Allah berhikmat dalam Quran,
Umat mukmin hamba Tuhan,
Teguhkan iman, kufur jangan,
Bersatu teguh tanpa sempadan,
Waspada musuh manusia syaitan,
Penjajah bentuk baru kuasai watan.
Perang Besar ….......Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.