Saturday, May 2, 2009

SAJAK

MASA DEPAN KITA


Jika roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Jika sungguh bagai dikata,
badan dan nyawa saya serahkan.


Dahul Melayu terjulang nama,
Kerana munafik ringankan agama,
Raja ketuanan Melayu amanah tiada,
Melayu jadi berpecah lima.

Yang satu agamanya kukuh,
kedua pula iman rapuh,
ketiga amal maksiat sungguh - sungguh,
wajah cantik jadi huduh.

kempat Melayu laksana kalkatu,
senja hujan membasah pungsu,
kelkatu keluar penuh nafsu,
kepak patah badan lesu.

Melayu kelima laksana gagak,
di mana - mana berdiri tegak,
kuasa di tangan berlagak - lagak,
duduk lemah berdiri tidak tegak.

Melayu Islam Melayu kapitalis,
Melayu puaka rakan iblis,
Kejar kemwahan tidak habis - habis,
Milik rakyat licin dikikis.

Kini kita menggigit jari,
Hidup merimpat di negeri sendiri,
Malam nyenyak dibuai mimpi,
Pagi tiba bermusuh sama sendiri.


Bekoh, Johor ................. Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.